Home >> Nasional >> Sabah dan Sarawak Dibahagi kepada 16 Negeri. Apa Kata Anda?

Saya terbaca di berita online Malaysiakini yang menyatakan kononnya pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan kedua negeri berkenaan. Gesaan itu dibuat melalui ucaptama tertutup beliau ‘The Genesis of Malaysia Revisited’ dan ‘The Way Forward’ sempena forum pembuka tirai bagi sambutan rasmi Hari malaysia di Kota Kinabalu. Alasan utama yang beliau berikan, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi mampu memaksimumkan potensi.

Beliau berpendapat, Sabah perlu dibahagikan kepada lima negeri, iaitu: Tawau, Sandakan dan Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, manakala Sarawak akan dibahagikan kepada 11 negeri mengikut bahagian-bahagian yang ada sekarang, iaitu: Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Ini bermakna, 11 negeri di Semenanjung Malaysia tambah dengan 16 negeri hasil pembahagian Sabah dan Sarawak akan menjadikan 27 buah negeri di Malaysia tambah dengan 2 wilayah persekutuan. (Berita penuh)

Jadi, sebagai seorang yang duduk di salah sebuah negeri yang dimaksudkan, saya berpendapat cadangan itu ada juga kebaikannya. Alasan saya berdasarkan padangan kasar:

  1. Kerajaan negeri (yang baru) akan dapat memberi tumpuan yang lebih sekiranya kawasan yang ditadbir lebih kecil.
  2. Pengagihan peruntukan di setiap negeri dapat diagihkan secara sama rata mengikut keluasan kawasan negeri. Tidak seperti sekarang. Ada sesetengah kawasan tersangat mundur, terutama jika kawasan itu ditadbir oleh pegawai yang tidak cekap.
  3. Segala urusan rasmi kerajaan dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana pusat pentadbiran (HQ) terletak di kawasan yang hampir.
  4. Kuasa mutlak ketua menteri (sekarang) yang mempengaruhi keseluruhan negeri dapat dikurangkan dan diagihkan kepada ketua menteri yang lain.
  5. Daerah-daerah yang berkeluasan luas boleh dibahagikan menjadi 2-3 daerah baru. Pentadbiran daerah oleh kerajaan negeri akan lebih cekap (dengan pegawai yang cekap)
  6. Pengagihan daerah/negeri ini secara tidak langsung akan dapat memberi kelebihan kepada kerajaan sekarang sebab sokongan penduduk negeri Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan masih kuat.

Banyak lagi sebab sebenarnya. Tapi cukuplah dengan 6 alasan di atas. Jadi sebagai rakyat Malaysia, apa pula pandangan anda berkenaan cadangan tersebut?

p/s: Ini hanyalah pandangan peribadi. Tiada sebarang pernyataan di atas yang berunsur hasutan atau sokongan kepada mana-mana pihak.

Kata kunci artikel:

daerah di sarawak mengikut bahagian, isu-isu kerajaan negeri sabah

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 53 comments… read them below or add one }

1 tpinky August 2, 2010 at 10:03 pm

ada juga baik nya mcm tu.. jd kalau org negeri pedalaman (tpinky asal tenom) tanya keja d mana? boleh la jawab keja d negeri pantai barat hehehe… sori2 jgn mare…

setuju dgn tuan punya blog…
tpinky recently posted..Besar nyaaaaa!!My Profile

Reply

2 Kulanz Salleh August 2, 2010 at 10:59 pm

haha, terfikir juga macam tu.. akupun boleh sebut tinggal di negeri kudat.. :D

Reply

3 jawatan kosong August 2, 2010 at 10:15 pm

asalkan setelah dibahagi, penduduk dapat hidup lebih baik..
jawatan kosong recently posted..Faber Castell Jobs Export Manager- Warehouse- Quality AssuranceMy Profile

Reply

4 Kulanz Salleh August 2, 2010 at 11:00 pm

betul, itu yang sangat diharapkan.. tak guna juga dikecilkan kalau pentadbiran kekal di takuk lama

Reply

5 iza August 2, 2010 at 10:32 pm

Salam…

Buat la macam mana pun tak kisah, asalkan tiada pertelingkahan, kita hidup aman dan damai, semua rakyat dapat makan, tiada peperangan dan macam2 bala bencana sudah la…..

Reply

6 Kulanz Salleh August 2, 2010 at 11:01 pm

salam,
betul juga tu..
dan yang penting juga.. kebajikan rakyat sentiasa diutamakan

Reply

7 Mus August 2, 2010 at 10:52 pm

atau mereka ada agenda tersembunyi..
Mus recently posted..Sebelum Ramadhan- Cuci Mata Korang Dengan Gambar XXX!My Profile

Reply

8 Kulanz Salleh August 2, 2010 at 11:02 pm

pasti ada agenda di sebaliknya..
tapi sama ada mendatangkan kesan baik kepada rakyat atau untuk diorang saja, bergantung kepada niat dioranglah

Reply

9 Steward John November 12, 2010 at 8:48 am

Manatahu kan….
Steward John recently posted..Rahsia Lulus Cemerlang KPLI eBook ReviewMy Profile

Reply

10 Amir August 2, 2010 at 11:01 pm

menarik jugak idea tu.. sabah dan sarawak pun kena maju seiring dengan pembangunan di semenanjung. biar sama rata.

Reply

11 Kulanz Salleh August 2, 2010 at 11:03 pm

idea memang menarik bro.. negeri kecil senang ditadbir.. tapi itupun bergantung kepada pentadbir tu sendiri juga :)

Reply

12 etomyam August 2, 2010 at 11:01 pm

wah jadi 27 buah negeri, nak kena ubah jalur gemilang tu kena tambah strike lagi hehe :D
etomyam recently posted..Homemade Blueberry Cheese TartMy Profile

Reply

13 Kulanz Salleh August 2, 2010 at 11:04 pm

betul juga tu bro.. tambah lebar jalur gemilang tu..
tapi kesian juga budak-budak sekolah tadika yang nak hafal kesemua negeri di Malaysia lepas ni :D

Reply

14 Steward John November 12, 2010 at 8:50 am

Makin susah la nak melukis bintang dekat bendera tu..
Steward John recently posted..Rahsia Lulus Cemerlang KPLI eBook ReviewMy Profile

Reply

15 bujang3 August 3, 2010 at 12:24 am

27 negeri ??? terpulang lah !!!!

Reply

16 zik August 3, 2010 at 12:51 am

wah… nak duduk sanalah manalah tahu boleh jadi yb kat sana…hehe

Reply

17 Steward John August 24, 2010 at 2:45 pm

Haha.. amboi Zik nak jadi YB? ni kena bersaing dengan Donnyien ni.. hehe
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

Reply

18 Sophon August 3, 2010 at 2:09 am

Ini lah saya rasa sesuai.

Sabah dan Sarawak pada asasnya memang sebuah negara. Empat buah negara yang membentuk Malaysia, iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebab itu ia disebut Persekutuan Malaysia. Ini kefahaman saya lah.

Malahan pada tahun 70-an, Yang diPertua Negeri Sabah tak disebut macam ni. Ia disebut Yang diPertua Negara Sabah. Cuma selepas 70-an ia disebut Yang diPertua Negeri Sabah.

Ia mungkin satu kekeliruan yang diwarisi. Tegur saya jika saya salah. Boleh kita bincang lagi.

Reply

19 tehr August 3, 2010 at 12:53 pm

saya setuju
bila segala peruntukan dari kerajaan pusat tiba di negeri masing2 – nampak [harapan] keseluruhan kawasan mendapat faedah

Reply

20 ishak August 3, 2010 at 2:49 pm

pembangkang ni ada agenda tersembunyi..biasalah…mereka punya cadangan macam tu sebab ada kepentingan politik mereka

Reply

21 Eyl August 3, 2010 at 4:51 pm

mcm xbest je kalau negeri banyak sangat ni..adeh.

Reply

22 Affan August 6, 2010 at 12:00 pm

tu lah pasal
kalau sukma, byk tema jadinya.

tapi dari segi kesamarataan, ada kebaikan. huhu

Reply

23 911 August 3, 2010 at 6:41 pm

Agak menarik dan logik juga ni. Kalau terlaksana, kerajaan Persekutuan lepas ini kenalah garu kepala sikit nak membahagi-bahagikan peruntukan belanjawan yang terhad. Walaubagaimanapun, secara peribadi, saya sangat setuju.

Reply

24 Affan August 6, 2010 at 12:09 pm

harap2 bila dah byk negeri, rasuah pulak tak bertambah lah ye. hehe

Reply

25 suri August 3, 2010 at 10:19 pm

27 negeri huhu..tentu bahasa dialeknya berbeza kan bro? ye ke? hehee..

kat malaysia cakap kelantan lain, kedah sleng pun lain gak,melaka adh lagi le kasar bahasanya huhu..

Reply

26 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 10:01 pm

bahasa di sabah memang ada beza sedikit di sesetengah kawasan..

Reply

27 Mentol Bulat August 3, 2010 at 11:00 pm

Jangan cuba kita mengubah sejarah tanahair kerana itu kontrak yang sudah ditandatangai antara Kerajaan India Timur Ingeris (KHTI) dengan kerajaan British. Jika diubah akan jadi konflik antarabagsa pulak…

Reply

28 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 9:54 pm

mungkin betul juga.. yang tu kenalah diorang buat dengan teliti

Reply

29 Vida August 4, 2010 at 11:22 am

bagus idea tu. Nanti setiap negeri dapat allocation dari kerajaan pusat. semua dapat 5% hasil dari minyak..hahhaa..

Reply

30 kulanz August 6, 2010 at 9:52 pm

itu yang bagusnya.. pengagihan peruntukan lebih adil :D

Reply

31 Samdaddycool August 5, 2010 at 1:25 am

Muungkin ada benarnya, tapi mungkin tak syok bila melibatkan negeri yang ada minyak.. Nanti negeri lain kurang hasilnya..

Reply

32 kulanz August 6, 2010 at 9:50 pm

seluruh pantai barat sabah ada minyak.. memang kaya kawasan tu nanti :D

Reply

33 Luth Textile August 5, 2010 at 3:09 am

tengoklah macam negara lain contoh rusia..
negara besar, negeri banyak. yang terbaru negara yang mintak merdeka ialah negeri kosovo, 17 February 2008.

so.. ambil iktibar. biar besar tapi ada kuasa.
depa tu ada agenda tersendiri. serius

Reply

34 kulanz August 6, 2010 at 9:47 pm

Setiap satu cadangan mesti ada agenda tersendiri bro.. ada yang baik, kadang buruk juga..
itu yang kena kaji betul-betul..

Reply

35 wawa December 26, 2011 at 1:52 pm

BETUL TU….’DIAORANG’ ADA AGENDA TERSENDIRI….TAK PASAL2 GARA ORG YG ADA AGENDA TERSENDIRI NI ORG SABAH DAN SWAK TERPAKSA BUAT MYKAD BARU TUKAR NAMA NEGERI…CEHHHH….

Reply

36 Thoha August 5, 2010 at 10:18 pm

perkara ni perlu dikaji dengan sepenuhnya sebelum sebarang keputusan diambil..

Reply

37 kulanz August 6, 2010 at 9:43 pm

Meman betul, kena kaji pandangan rakyat sendiri, baru keputusan adil dapat diambil

Reply

38 Affan August 6, 2010 at 11:58 am

menarik gak ni. tapi jadi 27 tu, mcm byk sgt je. hehe

Reply

39 kulanz August 6, 2010 at 9:42 pm

Banyak xda masalah kalau pemimpin yang dipilih mampu bekerja dengan baik..

Reply

40 ray ban August 8, 2010 at 7:53 pm

perkara ini perlu dikaji sedalam2nya oleh kerajaan biarlah manfaat dan kekayaan Malaysia dibahagi secara adil kepada rakyat jelata
ray ban recently posted..Size guideMy Profile

Reply

41 Steward John August 24, 2010 at 2:47 pm

Perlu dikaji sedalam2nya.. masalah dalaman negeri pun belum selesai.. contohnya isu PATI.. kalau nak buat semua tu, kena selesaikan Isu lama dulu..
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

Reply

42 B0rneo October 13, 2010 at 12:28 pm

Aq setuju sngt2.ibarat dlm stu kelas,guru lg selesa mengajar dlm bilangan pelajar yg kecil bb snang mw kna urus.smu bole dpt prhatian.jd pruntukan t0k sbh kna di pertingkat kan.xkan dgn ngara sbh pun mw berkira kan…sbh da bnyk pam duit di pedral ba,tiba msa sbh kna maju kan.jd paz ni xda lgi aq dgr da 0rg maki ngara sbh kmi ni miskin,^ ~

Reply

43 bukan pikirian sempit.. October 22, 2010 at 11:09 am

hah!..BAGUS LA MCM TU..baru adil..kenapa di semananjung mesti ada 11 negeri kenapa pula borneo x blh buat mcm tu?….

Reply

44 zallyn November 25, 2010 at 12:38 am

kot2 pasni ada nama aku dlm snarai jmaah mnteri kat mukah…

Reply

45 kulanz November 25, 2010 at 2:31 am

mudah-mudahan :)

Reply

46 zorro v2.0 December 2, 2010 at 11:39 pm

Saya kurang Setuju idea penubuhan negeri baru dalam negeri, tapi penubuhan Negeri baru dalam sebuah Negara mungkin ada baiknya Kalaupun Negeri-Negeri kecil ini di tadbir oleh pemimpin macam sekarang ni, well Lu fikirlah sendiri.(Risau juga kalau ada Negeri Maguindanau atau Negeri Sulsel Baru (sulawesi selatan), mesti ada Yang Di Pertuan Negeri Sulsel Baru atau Negeri Maguindanau. Lagu Negeri baru pun lain macam saja nanti.

Reply

47 zallyn December 8, 2010 at 10:04 pm

takpe,stakat nk cipta lagu ngri,kita dh ada ramai pnulis lirik n lagu yg bgus…tak pn panggil melly gslo wat lagu…!…lg pn kt sini dh ramai sgt mat n minah indon…wat ptandingan cipta lagu tbuka,mcm2 lg kluar plak kg…tambah lg pristiwa2 sjarah kat msia ni…makin pening cikgu2 sjarah,kah3…

Reply

48 ayim March 26, 2011 at 10:20 am

ahaha….banyak betul negeri…kalau kat daerah samarahn mcm aku skrg org panggil negeri samarahan lah..haha….

Reply

49 Mlee April 27, 2011 at 9:58 am

wahduh… bnyknya ngeri emmmm tkut pula nti tmbul smangat assabiah yg tnggi…
tpaksa larr nak rujuk blik dr awl pnubuhan m’sia, sejarah jan diubah2 nti tkut ia bulang lgi, lbih bek bnyak anggota mjadi 1 tubuh drpd bnyak tubuh mjadi 1 anggota..renung2 kan laaa… I LOVE MALAYSIA.. ok bah kalau ko…hehehe

Reply

50 ilzaf October 2, 2011 at 11:53 pm

Setuju. Lebih banyak kebaikan akan kita dapat berbanding kalau kekal macam sekarang.

Pertama: Tiap bahagian di Sabah dan Sarawak (jika menjadi negeri) akan dapat peruntukan sama banyak seperti negeri-negeri di Semenanjung.

Kedua: Bahagian yang ada hasil bumi seperti minyak dan gas berhak akan dapat royalti 5% sebagaimana negeri-negeri di Semenanjung. Contoh, Miri 5%, Bintulu 5%, Tawau 5%, Sandakan 5%. Berbanding sekarang, Seluruh Sabah 5% dan Seluruh Sarawak 5%.

Ketiga: Memudahkan urusan pentadbiran. Kalau kerja kerajaan negeri, tiap urusan negeri harus ke Kuching (atau Kota Kinabalu). Bayangkan kalau kita bertugas di Limbang atau Tawau. Mereka yang berKerjaya sebagai guru tentu maklum akan hal ini.

Keempat: Tiap bahagian (jika menjadi negeri) boleh menonjolkan kelebihan bahagiannya masing-masing. Dan kuasa membangunkan kawasan masing-masing menjadi lebih mudah.

Kelima, keenam, kesepuluh… ah, banyak lagi kalau nak dihurai.

Keburukan? Tak ada sama sekali. Yang ada hanya sedikit kelemahan yang boleh diatasi.

Sokong 100%, mari kita perjuangkan.

Reply

51 wawa December 26, 2011 at 1:46 pm

TAK SETUJU…..

KALAU LE NAK BG SAMA RATA PERUNTUKAN BG LE IKUT DAERAH SETIAP NEGERI DI MSIA NI SEBANYAK 5 %…..SAMA JE DGN BAB2 BG NEGERI SAMPAI 27 BUAH…
DAN JGN NAK HAPUSKAN NAMA SABAH DAN SARAWAK…

KEPADA ORG SABAH DAN SARAWAK YG MENYOKONG ANDA TAK TERFIKIR KE YG ANDA DAH MEMBUANG NAMA SABAH DAN SARAWAK SELEPAS PEMBAHAGIAN TU…NAMA SABAH DAN SARAWAK NAK LETAK MANA…FIKIR2 LE…

KALAU BETUL NAK BG SABAH DAN SARAWAK NI KPD BEBERAPA NEGERI…TUKAR JE NAMA NEGERI SABAH KEPADA NEGARA SABAH LNEGARA SARAWAK LAGI BEST….SIBUK JE NAK BG NEGERI NI…

KALAU BAB BG2 NI KAT SEMENANJUNG PUN BOLEH BG LAGI….PAHANG BG KEPADA 4. PERAK BG KEPADA 3,JOHOR BG KPD 2,KELANTAN BG KPD 2….HAHAHA….LG BYK NEGERI KAT MSIA KAN…KANNNNNN……KANNNNNN JD KALAU 4 NEGERI DI SMJUNG NI BG KPD NEGERI BARU…KIRA2 ADA 10 NEGERI BARU MUNCUL….SJUNG ADA KIRA2 ADA 18 ATAU 20 NEGERI….TAMBAH KIRA2 16 NEGERI DR SABAH SWAK……MAKNANYA MSIA ADA KIRA2 30 NEGERI…HEBAT TAK…..KANNNNN KANNNN….

BERFIKIR LE IKUT MCM MANA PERLEMBAGAAN NI DIGUBAL….

Reply

52 EMILIAN November 24, 2011 at 12:12 am

tidak menarik idea tu..kalau nak maju cepat kita mesti tau brapa pembahagian hasil negeri sabah dan sarawak dengan persekutuan malaysia..sabah dan sarawak adalah lebih kaya hasil buminya daripada semenanjung tetapi sabah dan sarawak macam tidak saja..jadi kemana perginya kekayaan ‘wilayah’ sabah dan sarawak itu??

Reply

53 wawa December 26, 2011 at 1:23 pm

hahahahha….lawak2…..kalau le msia ni ada byk negeri…maknanya ada byk lg le negeri yg buat protes kat pemimipin…TAK NAK….NEGERI AKU CUMA SATU JE….SENANG2 NAK BG…ADA AGENDA TERSEMBUNYI LE TU….KPD YG TRY NAK BG2 TU CUBA BG2 KAN ANGGOTA BADAN MU….NEGERI AKU DAH LENGKAP ANGGOTA KAU NAK CERAI BERAI KAN….

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: