Alhamdulillah, tengahari tadi cuaca agak baik walaupun pada sebelah pagi hujan turun. Hari ini sekadar duduk di rumah. Ambil peluang untuk berehat dan melupakan seketika soal kerja. Minggu lepas lain ceritanya. Sedang orang lain sibuk memikirkan untuk menyambut kedatangan tahun baharu, kami pula menghabiskan masa seharian pada Sabtu, Ahad, Isnin membuat kerja rasmi masuk di beberapa lokasi yang perlu diperiksa segera. Hujan dan jalan yang becak sudah jadi sebahagian dari kehidupan kami. Penat jangan ditanya.
Belum cukup merehatkan badan daripada kepenatan dan demam yang melanda pada hari Isnin lepas, Atillia, anak bungsu saya pula demam panas sampai terkena sawan. Terpaksalah dikejarkan ke hospital (wad kecemasan) awal subuh hari Rabu. Jururawat tahan Atillia di wad kecemasan dalam beberapa jam dan ambil langkah kurangkan suhu badan sebelum dia dibenarkan keluar pada pagi tu.
Tapi malamnya suhu badan Atillia naik semula dan sekali lagi saya bawa ke wad kecemasan. Jururawat ambil darah dan buat x-ray sebab risaukan ada jangkitan kuman. Hampir 5 jam juga dia di wad kecemasan baru dibenarkan keluar. Dalam tempoh tu juga anak-anak yang lain terpaksa tidur dalam kereta.
Syukurlah hari ni keadaan Atillia semakin baik walaupun sesekali merengek minta perhatian. Sayapun kebetulan tidak buat ‘site-visit’ beberapa projek yang masih berjalan jadi bolehlah berehat panjang sambil menghadap blog yang rasanya sudah lama kurang diberi perhatian. Harap-harap lepas semua projek ni selesai bolehlah memberi tumpuan lebih pada blog.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




{ 22 comments… read them below or add one }
Bahaya kalau demam sampai peringkat sawan. Nasib baiklah bro cepat bertindak. Semoga demam panas anak semakin beransur pulih.
tu lah.. nasib baik tak panik sangat masa tu..
syukur. sampai kena sawan ni. risau gak dengar..
pengalaman pertama menghadapi anak macam tu.. memang risau juga
bahanya sampai kena sawan…semoga anaknya sepat sembuh
alhamdulillah sekarang dah semakin baik
hospita mana tu bro?
Hospital Pitas ka?
semoga anak cepat sembuh..
ya bro.. hospital Pitas
alhamdulillah dah semakin baik
Alhamdulillah dah baik ye?
ya.. dah beransur baik
semoga anak bro cepat sehat. weekend kalau ada peluang rehat, rehat betul2. kalau bebudak U ni, tgh hempas pulas mengulang kaji.
ya.. kena berehat banyak ni..
gud luck untuk study bro
aku memang risau kalau anak demam panas
mujur juga bro segera ke hospital
alhamdulillah
memang risau selalu.. tu yang segera bawa ke hospital
sekarang macam mana? dah ok?
alhamdulillah.. dah semakin baik..
bro klu badan panas mandikan anak dg air sejuk..air batu je..air kolah yang sejuk..sy anak bdan panas semacam dok tunggu makan ubt je tapi saya terus mandikan dia..htta tengah malam or pagi sekalipun.sawan klu dah tarik mmg susah nak baik atau sembuh..
doktor ckp klu dah bgi mkn ubt tak kebah, jaram air asam jawa tak jalan kurangnya sikit..kita kena cpt2 mandikan dia ,tu salah satu cara nak redakan suhu dm badan dia cept turun..
Terima kasih tips yang diberi.. insyaAllah boleh dipraktikkan ni..
semoga ank bro sht dan ceria bermai2 amin
alhamdulillah.. semakin baik anak sekarang ni..
anak nya lucu tuu ngegemesin
sekarang gmn keadaan anaknya