Baharu sebentar tadi menyaksikan persembahan protege Mentor 5. Tak tengok semua pun, cuma tengok persembahan Salma saja. Bukan apa, dua minggu lepas persembahan dia agak mantap masa menyanyi lagu Bertamu di Kalbu. Jadi saja nak tengok perkembangan minggu ni.
Rasa simpati ada, nak tergelak pun ada juga lepas dengar Salma buat kenyataan “ramai orang kata muka saya tak cantik.. saya segan“. Macam tak percaya ungkapan tu keluar dari mulut si Salma.
Sebab awal-awal lagi Salma sudah kata dia tak cantik, saya sengaja buat-buat tak tengok sambil mendengar dia menyanyi. Konon nak menghayati sambil cuba uji diri sendiri sama ada saya tertarik padanya kerana kecantikan atau kerana suaranya.
Seram sejuk merembang bulu roma dengar suara Salma mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara, yang dipopularkan oleh mentornya sendiri, Erra Fazira. Jadi, adakah paras rupa mempengaruhi minat saya pada nanyian, jawapannya tidak. Bukan saya seorang terasa macam tu, orang di sebelah (isteri) saya pun mengakuinya. Kebanyakan penonton yang menyaksikan persembahan secara langsung pun mengakuinya. Begitu juga dengan juri. Kalau tidak masakan Salma dan Erra Fazira boleh dapat 80 markah.
Bukan Salma seorang saja, penyanyi yang lain pun macam tu juga. Ada di antara penyanyi yang langsung saya tak pernah tengok mukanya, tapi saya tetap minat lagu mereka. Jadi kalau lepas ni ada lagi orang kata Salma tak cantik, biarkan saja. Mungkin Salma tidak cantik dari segi paras rupa, tapi itu kerana mereka memandang dari sudut lain, kita memandang dari sudut lain. Ada banyak jenis kecantikan yang boleh dilihat.
Saya tidak kata Salma sempurna sangat dari segi nyanyian. Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari lagi. Cuma jangan sampai orang lain memperlekehkan keupayaan Salma hanya kerana paras rupa. Macam kata Edry KRU, lupakan tumpuan pada kecantikan wajah, lebih fokus kepada nyanyian.
Apapun, dengarlah semula Lagu Yang Terindah Hanya Sementara nyanyian Salma Mentor 5 dan anda boleh buat penilaian sendiri.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 31 comments… read them below or add one }
Assalam.baru tadi jugak tgk mentor, sebenarnya xtau pun yg program ni dah start lagi. sebenarnya langsung tidak timbul masalah cantik x cantik, mungkin sebab salma sendiri yg mengeluarkan kenyataan tu, jadi semua org ‘terfokus’ pada pengakuan tu. Pada saya ramai lg artis yg sedia ada x cantik tapi suara mantap. Mudah2an salma akan berjaya. tengok persembahannya tadi sangat hebat dan ada keyakinan, cuma komunikasi (time jwb saoalan ‘kureng’ sikit). All the best utk pasangan erra dan salma!^^
Sebenarnya isu pasal cantek tak cantek ni, Nas Ahmad yang timbulkan pd episod pertama mentor (Konsert Pengenalan) harap maklum.
bagi saya nas ahmad xsesuai pn jadi pngcara blakang tabir. dia nk buat bg happening tp pening jadinya..langsung tak menarik
hai.. i like salma n her vocal.. superb power
muka dia cute jugerlah.. tapi yg penting
suara dan nyanyian mesti baek..
kalau nak pentingkan kecantikkan.. baik masuk ratu cantik ke.. ratu kebaya ke..
nyanyian salma memang mantap!!
Tidak tahu mungkin Salma memulakan stratergi perang psikologi antara peserta Mentor
aku pun memang tak kisah cantik atau tidak
aku tumpu pada nyanyian je
pandai ke tidak menyanyi
ada suara atau tidak
Wow, suara lantang dan ala-ala Erra. Agak pitchy di sana sini tetapi biasalah penyanyi baru. Ada potensi utk di gilap. Muka tu don’t worry la beb! Lawa sgt pun tapi tak pandai nyanyi, aku pun tak sanggup dengar.
erm dah start rupanya…. mentor nya erra rupanya…. boleh tahan time chorus tuh..
suara yang penting kan..sedap suara dia..
cantik pun kalau nyanyi tak seberapa, tak mungkin org suka. dah ramai penyanyi kita yg ada rupa tp kemana mereka?
Salma ada sikit2 rupa Ramlah Ram kan?
bukan salma yang memulakan perang psikologi..tp nas ahmad yang beri komen slepas salma buat prsmbahan pd minggu konsert pgenalan mentor..
yang penting SUARA da tlebi cantikkkkkkkk
Masalah tak cantik ni bukan salma yg timbul,kan dan bukan startegi Salma,yang kata Salma tak cantik tu adalah Nas Ahmad masa konsert pengenalan, ramai org marah dengan kenyataan Nas Ahmad tu.
Nas ahmad tu mg bodoh….perangai mcm sampah….tk patut dia ckp mcm tu masa konsert pengenalan……kesian kat salmah…
actually aku hairan sudut mana c salma ne tak cantik…..sy tgk salma ne ok jer….dia bukan dalam kategori x cantik……
to nas ahmad….ko mg bodoh mcm sampah…..go to hell nas ahmad!
apapun suara dan perangai biar cantikkkkkk…. leh layan juga suara dia ni…. kalau aku menyanyi mesti pengiring muzik tak tau nak guna kod aper…. kekekekkek
xde la buruk sgt pn.ok je.sempurna cukup sifat.bersyukur la salma oiii.yang penting suara ko mmg best.
suara mantap, muka cute, peduli apa orang cakap..yang penting buat yang terbaik untuk mentor 5..saya sokong awak salma.
Gerenti Mentor n protege lain tcabar ngan vocal Salma yg tinggi tu.. 1again,SABAHAN gakla bnyak mengeluarkan produk bmutu dr segi vocal. Jangan aje bakat c Salma ni dperlekehkan bila dia jadi artis sok,udahle. Proud to be SABAHAN!! AHakz! Bab cantik2 nih, isu tu tak timbul if NAS AHMAD tak kuarkan statement xbrapa bijak time konsert pertama arituh! Tgamak tul dia hina makhluk cptaan TUHAN. Rasa nak baling aje dia ngan kuali panas. Tak fkir prasaan si tuan punya badan!!! Tak sedar diri kut yang diri dia tu MEMANG TAK KACAK!!!! Hambik ko!!! Anyway,SUPPORT TUK SALMA! Kiut ape bibir dia time nyanyi.SUke tengok,opppsss!!! Heheee…
Belum lagi tengok mentor ni…ni baru kali pertama tgk…hehe..apa2pun, mmg mantap suara dia..ada iras2 deja moss ek..hehe
sedap sikit suaraku drpada salma tp dia banyak, he he he. apa2pun diantara 6 peserta salma yg paling kusuka suara & cr nyanyinya. semoga jadi juara mentor 5 amin3x
betul.. suara Salma sedap banyak, hehe..
akupun peminat dia juga
mesti orang tawau kamu ni kan. ahahaha. salma. I lap u. sapa ckp dia xcantik tu?. cantik bah dia tu. cute lagi. jatuh cinta dah aku ni ama dia. hehehe
sebenarnya, nas ahmad tu,pada konsert pengenalan mentor5 pertama,tak puas hati sebab erra fazirakan bekas finalis ratu dunia!miss world!so,bila protege tak cantik,nas terus bla…bla….bla…secara spontan!mungkin tak segaja,akupun kasihan kat nas sekarang dikutuk oleh peminat satu malaysia,apapun semoga nas bermuhasabah diri,jaga lidah dan bertoubatlah….
walaupun salma tak cantik tapi suara mantap……………..
Semua kat atas, ramai yang sokong Salam. I pilih IQA
semua ada kecantikan sendiri….
Salma punya suara yang hebat.. tapi berwajah ok. means tak cantik sgt tp sedap mata memandang
tp salute. memang hebat
NICE JE..ADE AKU KESAH ORG KATA KO TAK CANTIK…NTAH2 YG CAKAP TU LG LAAAA SEDIIIIIIIH…U ROCK GIRL…
hapipiborhan.blogspot.com
Hello amigo! I desean mensaje es impresionante, grande incluyen casi informaciones vitales . Me como de archivos adicional posts como este.