Jika ditanya apa yang istimewanya pada tarikh 31 Ogos, mungkin setiap individu akan memberikan jawapan yang sedikit berbeza. 31 Ogos adalah sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, Hari Kebangsaan Negara, Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dan tak kurang juga ada yang menjawab itu adalah tarikh lahirnya.
Apapun jawapan yang diberikan, yang pasti daripada tarikh itu setiap “rakyat” negara ini pastinya akan dapat mengingati sedikit-sebanyak peristiwa di sebalik tarikh tersebut, melainkan dia hanyalah seorang “penduduk” di negara ini yang kurang mengambil peduli sejarah yang tercatat pada tarikh berkenaan.
Pada tahun ini, jika masih diberi peluang bernafas sehingga 31 Ogos nanti, maka sekali lagi kita berpeluang mengingati peristiwa atau detik-detik kemerdekaan Tanah Melayu. Tahun 2010 ni adalah tahun kemerdekaan yang ke-53 sejak pengisytiharan pada tahun 1957.
Jadi sebagai perkongsian bersama, berikut merupakan Tema dan Logo Hari Kemerdekaan ke-53 (tahun 2010).
Logo dan Tema Hari Kebangsaan
Lagu Tema dan Lirik
LAGU 1MALAYSIA
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha
Selain daripada memperingati hari kemerdekaan, satu sejarah yang lain juga turut tercatat pada tarikh 31 Ogos 1957, iaitu Pengisytiharan Perlembagaan Persekutuan (kini dikenali Perlembagaan Malaysia). Perlembagaan ni juga adalah antara perkara penting yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ia merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.



{ 22 comments… read them below or add one }
first ke aku?. haha. btw selamat mnyambut hari kemerdekaan bro!. moga trus sucess slalu ye.

acapz recently posted..Menganalisis Kelakuan Malware Dengan Buster Sandbox Analyzer
hehe, memang 1st bro..
selamat menyambut hari kemerdekaan bro..
tahun ni sambut merdeka nampak tak berapa nak meriah la bro
orang ramai lebih beri tumpuan kepada bazar ramadan dan shopping untuk raya
hehehe
tehr recently posted..Pantun Berkait Zakat Fitrah
tahun ini merdeka di bulan puasa nampaknya peniaga kurang mendapat untung la hehehee
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
betul tu bro, mungkin sibuk uruskan bazaar agaknya
selamat menyambut hari kemerdekaan bro..

banyak erti dari detik-detik bersejarah yang lalu yang harus kita hayati dan fahami..
Mr.Z recently posted..Promosi Hebat! Produk Kecantikan Paling Berkesan!
salam kemerdekaan untuk bro juga..
Selamat menyambut merdeka. Bendera dah pasang ke kat kereta, rumah, pintu pagar etc? Hehehehe….
semua dah pasang dalam hati, hehe
selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 semoga menjadi negara yang lebih maju menuju wawasan 2020
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
salam kemerdekaan..
bagaimana persediaan bro kulanz dalam menyambut hari kemerdekaan??
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
Persediaan semua ada dalam hati
sukran kita dah 53 tahun merdeka sedangkan negara lain dok berperang je…
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 bro..
bersyukur kita tinggal di malaysia bro..
selamat menyambut kemerdekaan
wah salam merdeka bro..semoga sukses selalu

ishak recently posted..Menghasilkan kesan letupan pada gambar
salam merdeka bro, banyak sejarah yg perlu diingat semula

etomyam recently posted..Blogger Goes Nuts
Selamat menyambut Hari Kebangssan Malaysia.

Selamat bercuti juga
hafidz recently posted..Minggu Ketiga Ramadhan
selamat menyambut hari kemerdekaan bro…
selamat hari merdeka !!!!! beberapa minute lagi..!!!
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53