Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tahun 2010 ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya sebab buat pertama kali kerajaan mengiktirafnya sebagai sambutan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun. Pada tahun ini juga, negeri Sabah sangat bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah pertama untuk sambutan peringkat kebangsaan tu.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan ini sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas kepada setiap rakyat negara ini yang kedudukan semua negeri di Malaysia adalah sama. Sabah, Sarawak mahupun negeri-negeri di Semananjung Malaysia sama-sama membentuk Malaysia dan kekuatan atau kelemahan “Malaysia” terletak pada semua rakyat tanpa mengira di mana dia berasal atau sedang bermastautin. Sebab itulah, sikap toleransi antara satu sama lain perlu ada dan kutuk-mengutuk atau kata-kata penghinaan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat negeri lain perlu dielakkan supaya semangat 1Malaysia sentiasa terpelihara. Selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti.
Jadi sebagai perkongsian bersama, berikut saya selitkan sedikit sejarah penubuhan Malaysia untuk tatapan bersama.
Sejarah Penubuhan Malaysia
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia
Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.
Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
Rentetan Peristiwa Penubuhan Malaysia
27 Mei 1961 – Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik.
23 Julai 1961 – Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961 – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.
18-20 Disember 1961 – Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak.
6-7 Januari 1962 – Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur.
17 Januari 1962 – Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha.
3-4 Februari 1962 – Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.
21 Jun 1962 – Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Julai 1962 – Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963 – Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963 – Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

{ 25 comments… read them below or add one }
wah, panjang info yang bro sediakan ni.. rasanya da bole guna untuk rujukan lengkap.. hehe
mrnamie recently posted..Pandanganku pada kes Datuk Sosilawati
bangga jadi rakyat malaysia..
fulamakkkk bro.. wa tabik laaa.. ini lah entri paling best dan lengkap
satu lg, sib baik terbaca..lau tidak , lupa esok cuti 

tpinky recently posted..Jangan Pernah Berputus Harapan
senangnya boleh cuti…:D
jawatan kosong recently posted..SilkAir Jobs 2010 – Sales- Admin & Ground Services Officers Vacancy
Hai Bro…Thks atas info ni…ellen juga tengah nak buat entry kat blog ellen mengenai Hari Malaysia…cari2 kat uncle googel..jumpa plak info dari Bro….ellen ambil sket2..boleh kan…kita share2 kio…hehhee…
semalam kawan dr kazakhstan tanya kenapa cuti..nak cerita takut tersilap..lepas ni dah boleh cerita dah..thanks..
Bb Hussain recently posted..Syawal 1431H
you did not mentioned on Melayu Raya, how this name has been rejected by Sabah& Sarawak and only then Malaysia’s name has been proposed.
selamat hari malaysia bro…artilel penuh berinfomasi thanks bro
ishak recently posted..Apa itu hari malaysia mari kita sama-sama raikan hari malaysia
berapa lama agaknya kalau nak karang info sepanjang ni eea???hihihi
Selamat hari Malaysia….
aman makmur……
syahrilhafiz recently posted..Versi penuh dilepaskan…Oh Yeahh
Selamat hari Malaysia semuga terus aman makmur. Proub to be Malaysian
sejak lama dahulu saya telah tertanya-tanya, mengapa hari kebangsaan disambut pada 31 ogos bukan pada 16 september
akhirnya kerajaan membuat keputusan yang betul – ambil masa 47 tahun dengan 6 perdana menteri
Selamat Hari Malaysia
tehr recently posted..Kebaikan Dan Keburukan Manusia
panjangnya nak baca..hehe
Masa DAH Time recently posted..Hari Malaysia
i love Malaysia
sunglasses recently posted..Used ray ban
info dan kronologi sejarah yg bagus untuk tatapan kita semua. Bersama kita hayati sedalam sejarah ni.
Saya bangga jadi anak Malaysia!
dedoku recently posted..Download Album Di Facebook Dengan Mudah
Selamat Hari malaysia!
16Sept hari penting dlm Malaysia..

valsonz recently posted..16 Sept Hari Kelahiran & Kemerdekaan Malaysia
Salam Hari Malaysia.
Bersatu kita teguh.
Bercerai kita roboh~
hafidz recently posted..Lagu dan Video Hari Raya Aidilfitri
sejarah terbaek!
1 malaysia menjana tranformasi
Moga sejarah ini dapat merapatkan hubungan antara kaum…kita sudah berjaya mengharungi kepayahan untuk merdeka..jangan dirosakkan dengan minda yang “tak merdeka”
fawzan recently posted..Justice For Datuk Sosilawati Lawiya-Kamaruddin Shamsudin-Noorhisham Mohammad & Ahmad Kamil Abdul Karim
Selamat hari malaysia..hari kemerdekaan ada tema,hari malaysia tiada temake?
eyriqazz recently posted..Video Lucah Fasha Sandha Bakal Tersebar
selamat hari Malaysia dan salam satu malaysia, semoga kemakmuran selamanya
m2g recently posted..Terkini dari Maxis – Dapatkan Blackberry torch
selamat hari malaysia…semoga malaysia terus cemerlang
anuarkarimz recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010
indahnya satu Malaysia itu tika kita sbg rakyatnya bijak menghargai megara yang tercinta
salam malaysia untuk tuan rumah jua
after 47 years… 47 years before the sabahan and the sarawakian never knew why they should celebrating the the 31st aug as their national day instead 16 sept.. it is sucks to “stand” in that condition from the past 47 years till today… hahah….
I do love the way you have presented this concern plus it does supply me personally a lot of fodder for consideration. On the other hand, through everything that I have personally seen, I really hope when other commentary stack on that individuals remain on issue and don’t start upon a soap box involving the news du jour. All the same, thank you for this outstanding point and while I can not concur with this in totality, I regard the point of view.