Semalam, daerah Pitas baharu sahaja mengadakan Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W & Festival Kesenian Islam peringkat Daerah Pitas Tahun 2011M/1432H yang bertemakan “1Malaysia 1Ummah”. Sambutan kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Datuk Bolkiah Haji Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap ADUN N3 Pitas.
Sambutan ini sebenarnya memang diadakan setiap tahun. Acara bermula sekitar 7.30 pagi dengan perarakan dari Perkarangan Sekolah Kebangsaan Pitas II menuju ke Dewan Masyarakat Pekan Baru Pitas sejauh 1 km. Sebelum perarakan, YB Datuk Bolkiah Haji Ismail, Y.Bhg Encik Sapdin Ibrahim (Pegawai Daerah Pitas) dan beberapa pemimpin masyarakat lain sempat beramah mesra dengan kumpulan yang menyertai pertandingan sepanduk dan perarakan (terdiri daripada jabatan awam & swasta, sekolah rendah & menengah, jawatankuasa kampung/daerah serta pertubuhan bukan kerajaan).
Awal pagi tu sebenarnya hujan renyai-renyai dah turun, tapi alhamdulillah taklah sampai lebat, jadi acara perarakan dapat diteruskan.
Majlis diteruskan dengan beberapa lagi acara, termasuk ucapan daripada Y.Bhg Encik Sapdin Ibrahim (Pegawai Daerah Pitas) dan juga Perasmian oleh YB Datuk Bolkiah Haji Ismail. Selepas tu barulah diadakan acara persembahan dan pertandingan.
Program menderma darah juga antara aktiviti yang terkandung dalam majlis semalam. Antara yang mengambil peluang termasuklah pelajar-pelajar dari sekolah menengah dalam daerah Pitas.
Baca juga entri: Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012M/1433H untuk mengetahui tema sambutan Tahun 2012/1433H
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.







