Minggu hadapan, umat Islam seluruh Malaysia bakal menyambut Maulidur Rasul SAW yang jatuh pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433.
Di peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H akan diadakan pada 5 Februari 2012M, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam aturcara sambutan termasuklah:
- Bacaan Doa
- Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
- Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat
- Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
- Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
- Ceramah agama
- Upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
Maklumat lanjut aturcara sambutan boleh dirujuk di laman Islam.gov.my
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah tahun ini pula akan diadakan di Dewan saadah Wisma MUIS pada tarikh yang sama (5 Febuari 2012). Sempena sambutan, satu perhimpunan & perbarisan akan bermula di Padang Merdeka Kota Kinabalu bermula jam 7.00 pagi dan seterusnya majlis perarakan dari Padang Merdeka menuju ke Dewan Saadah Wisma MUIS sejauh 3 kilometer diketuai oleh Tuan yang Terutama yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, Menteri-Menteri Kabinet, Pembantu-Pembantu Menteri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. (Maklumat lanjut aturcara sambutan boleh dirujuk di laman jheains.sabah.gov.my)
- Harap tahun ni juga dapat ikut serta berarak sama seperti Maulidur Rasul SAW tahun lepas.



{ 20 comments… read them below or add one }
em..aku suka ceramah bab maulidur rasul nih..
titan recently posted..Lelaki kacak bila senyum-senyum..
alhamdulillah..
terima kasih kerana mengingatkan kita

rahman recently posted..Pokok manggis berbunga kertas
sama-sama
sama-samalah kita menghayati kisah di sebalik maulidur rasul..
Mus recently posted..Soto Campur ‘Marvellous’ Di Restoran Sofa, Segama
InsyaAllah bro..
bab berarak sempena maulidur rasul ni, selalu sangat nampak sambutan suam-suam je
selalunya macam tu lah..
diJB, majlis ceramah bersempena dgn Majlis Sambutan Maulidur Rasul dijalankan sehingga masuk ke bulan Ramadhan…
Nadri recently posted..Coming Soon; Video Lebih Dahsyat Oleh “Trio Dato T”
bagusnya, ada juga pengisian sepanjang tempoh tu
tahun nie kena berarak maulidur rasul lagi,,,hehehehe
hatiputera recently posted..lumba-lumba bersuara paus
mari sama-sama meramaikan perarakan
Harap2 hari tak hujan
Payah nak berarak nanti
tehr recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Menengah
harap macam tu.. tahun lepas tempat kami pun hujan masa perarakan.. nasib baik tak lebat sangat tapi licin juga jalan..
harap dapat berarak untuk tahun ni….
mancai recently posted..Inovasi dalam kepimpinan
InsyaAllah bro.. akupun harap macam tu juga
Xsedar pun sekarang nie nk maulidul rasul…
maklum la tgh cuti sem sekarang nie
namun sama-samalah kita menghayati kisah di sebalik maulidur rasul..
xsabar rasanya nak berarak…hehe
1433H dah rupanya nabi muhammad telah berjuang demi kita…
perjuangan mu akan selalu ku jejak..
tak sedar kan…
pejam celik, pejam celik.. dah sampai putaran satu tahun lagi
Setiap kali Maulidur Rasul setiap kali itulah Ulang Tahun perkahwinan kami berdua.
akakcomey recently posted..Pastikan kenderaan anda selamat sebelum ride
bagusnya.. lagi senang nak ingat kedua-dua tarikh penting ni