Pagi tadi balik awal dari tempat kerja, maklumlah sekolah mula bercuti jadi selepas balik dari kerja tadi sempat singgah di Dataran Bengkoka untuk meninjau keadaan di sana. Hari ini bermulalah Sambutan Pesta Bengkoka dan Kaamaatan Pitas 2012 yang adakan diadakan pada 25-27 Mei. Festival tahunan yang memang dinanti-nantikan oleh masyarakat tempatan dan turut jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Acara ini juga sudah dimasukkan dalam senarai aktiviti pelancongan negeri Sabah.
Kalau pada tahun-tahun sebelum ini, acara hari pertama hanya akan bermula pada sebelah petang, tetapi tahun ini acara bermula seawal jam 8.00 pagi lagi. Pertandingan memancing dan Pertandingan Peringkat Melukis Kanak-Kanak telahpun diadakan. Sambutan untuk kedua-dua acara awal tadi memang menggalakkan. ramai juga yang mengambil bahagian.
Selain daripada dua acara yang saya sebutkan di atas, ada banyak lagi acara lain yang bakal diadakan, antaranya: karnival Makanan Laut, Pertandingan Memasak Makanan Laut (Bilis), Pelancaran Lagu Pesta Bengkoka, Pertandingan ‘Battle of the Band’, Pelancaran Acara Sukan Laut, Pertandingan Sukan Rakyat/Tradisi, Pertandingan Tarik Tali Terbuka, Pelancaaran buku ‘Supirak‘, Pertandingan Perahu Berhias, Melawat Rumah-rumah Budaya Etnik di Pitas dan Expo Perdagangan/Pertanian, Pertandingan Kenderaan Pacuan 4 Roda, Pertandingan Auto Audio System, Persembahan Artis jemputan – Adira AF, Salma Mentor 5, Ampal, Pertunjukan Bunga Api dan banyak acara lain.
Kalau saya ceritakan satu-persatu aktiviti yang dilaksanakan untuk setiap acara di atas tentu akan hilang suspen jadi untuk mengetahui lebih lanjut, datanglah sendiri jika ada kesempatan. Untuk sampai ke sini tidaklah susah sangat. Jarak Dataran Bengkoka dari Kota Kinabalu hanya lebih kurang 158 kilometers (2 jam 30 mint – 3 jam perjalanan menggunakan kenderaan).
Untuk rujukan mereka yang hendak berkunjung ke pesta ini, di sini saya kongsikan Jadual Aktiviti Pesta Bengkoka 2012. Senanglah nanti untuk memilih jadual kedatangan jika hendak melihat acara-acara tertentu sahaja (Sumber: http://www.sabah.gov.my/).
p/s: Mungkin dalam 2-3 hari ini saya agak sibuk sebab jadi jurugambar bebas dalam acara itu nanti. Ada kesempatan saya akan kemaskini aktiviti sempena Pesta Bengkoka 2012 nanti.
Kemaskini: Gambar-gambar yang lain sudah saya muat-naik. Boleh lihat di blog kulanzsalleh.blogspot.com.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.











{ 26 comments… read them below or add one }
masakan hasil perikanan paling menarik agaknya, dapat rasa pelbagai jenis masakan.
memang antara acara yang menarik.. pertama kali diadakan tahun ni
Teringin nak pigi sabah
ada rezeki boleh datang bro
Sabah dan Sarawak negeri yang mempunyai banyak etnik…beruntung dalam belajar berbagai budaya.Bengkoka pertama kali dengar,mungkin dulu dah ada cuma saya tak amik port sgt.Thanks sudi ceritakan disini.
yela..byk pesta disana yg x pernah kita dgr..mmg menarik kalo diberi pendedahan..
pesta bengkoka tu baru sekitar 6-7 tahun dibuat
ni baru nak buat pendedahan.. memang susah sangat nak cari entri pasal pesta tu.. ada beberapa orang je yang selalu tulis
dalam sebulan dua ni
memang banyak pesta dan acara kat sabah
sesuai sangat untuk tarikan pelancong
memang banyak pesta bro.. pesta jagung.. pesta bengkoka dan pesta kaamatan adalah yang terbesar bulan ni
Syukur dapat jumpa bro di sana..
ya.. ada rezeki boleh jumpa lagi
jujur, aku memang nak datang. tapi jauhh maa..aku plak kat putrajaya gi handle orang..
tahun depan bro boleh datang..
Pertandingan tarik tali dinantikan kalau saya berada disana.
pertandingan tarik tali memang ada tu bro
ada artis sabah yang popular… mesti meriah punya
boleh tahan meriah..
Best dapat pegi pesta macam nie… Entah bilalah ada masa untuk pergi event… Sibuk memanjang
akupun tak selalu datang acara macam ni.. cuma kebetulan ni dibuat hampir dengan rumah jadi rajinlah sikit datang
Nak tanya sikit sd Kulanz, pesta Bengkoka Pitas ni utk sambutan peristiwa tertentu atau untuk promosi pelancongan?
untuk promosi pelancongan.. memperkenalkan sukan rakyat dan beberapa produk makanan di tempat ni
Assalammualaikum,
just nk tanye, ni blog Roslan Salleh yg pernah mngajar kt Mandurian ke?
bagusa ba kampung ku
yang penting arrrrrrrrmai ttttiiiiii
kali ni aku nak ikut pertandingan memancing, aku nak mancing kuang-kuang pula bleh ka tu kulanzzz.