Home >> Advertorial, Tutorial >> Saya Dah Buang Iklan Innity?

Saya Dah Buang Iklan Innity?

by kulanz on 05/03/2010 · 83 comments

Ramai juga di kalangan rakan yang perihatin, yang selalu bertandang ke blog ni bertanya kenapa saya buang Iklan Innity? Mungkinkah kerana saya merajuk sebab iklan semakin berkurang, tak dapat kempen atau memang saya dah hilang minat dengan pengiklanan di blog yang kadang-kala terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sindiran, kutukan! Kadang saya sendiri tiada jawapan yang tepat untuk diberitahu kenapa sudah tiada iklan Innity di blog ni. Saya berfikir panjang untuk beri jawapan. Mujurlah pada suatu hari, seorang rakan bertanya sesuatu kepada saya via email. Dari sanalah saya dapat kekuatan untuk jelaskan dan berikan jawapan tepat kenapa sudah tiada iklan “Hijau” di blog ni.

Okey, saya straight to the point saja. Ketiadaan iklan Hijau di blog ni adalah kerana Innity memberi peluang kepada semua publisher nya memasang iklan alternatif (atau Alternate ad) sebagai rotation sekiranya tiada iklan dipaparkan pada satu-satu masa. Jadi peluang tu saya manfaatkan untuk menempatkan banner saya sendiri di blog ni. Bukan kerana tidak suka iklan Hijau. Iklan tu memang cukup cantik. Tetapi Innity sendiri menggalakkan publisher meletakkan alternate ad di blog kita, terutamanya yang melibatkan pertukaran link dengan blog yang lain. Sebab langkah tu akan meningkatkan traffic, juga melalui rotation pelawat antara kedua-dua blog (lebih kurang macam tu lah maksudnya). Namun untuk mengajak rakan lain bertukar-tukar link dengan saya, agak segan nak bagitahu sebenarnya. Maka dengan itu, saya tempatkan banner saya sendiri sebagai alternate ad. Maknanya, apabila iklan Innity tidak keluar, yang akan timbul adalah banner di bawah (terletak di header, bawah excerpt entri pertama dan di sidebar):

Jadi jika saya gantikan iklan statik dengan alternate ad, adakah saya langsung tidak mahu menunjukkan wujudnya iklan Innity di blog ni? Jawapannya hanya diketahui oleh mereka yang membaca habis entri ini dan entri lain.  Sebab setiap kali anda buka penuh entri, maka akan terpampanglah iklan berwarna hijau bersaiz wide retangle di single page atau bahagian bawah entri. Maknanya saya masih letakkan banner iklan yang jelas menunjukkan kewujudan iklan Innity di sini.  Setidak-tidaknya nanti orang klik, bolehlah mereka datang terus ke web Innity. Dan kalau lepas ni ada lagi rakan yang tanya kenapa sudah tiada iklan Innity di blog ni, anda dah tahu sebabnya kan? Tak perlu saya jelaskan ;P

Akhir sekali, alang-alang tulis entri ni, hari tu sebenarnya Yanmie ada tanya saya macam mana nak pasang alternate ni (Sebenarnya dia dah tahu dan ikut cara yang betul, cuma confuse sedikit sebab takut tak jadi..hehe – samalah, sayapun macam tu juga pada mulanya). .  Jadi sayapun tulis langkah-langkah ringkas. Ayatnya lebih kurang macam ni:

1. Login di http://advenue.innity.com
2. Klik manage ad -> Alternate Ad Management -> New Alternate Ad
3. Isikan butiran:

Name:
Ad Format: Pilih mana yg mau dipasang alternate Ad
Ad Type: [check] Banner Upload
Banner Upload: Cari Mana banner tu disimpan di komputer kita
Destination URL: http://kulanzsalleh.com (atau mana-mana web lain)

4. Save
5. Confirm

Lepas tu,

6. klik Manage Ad, klik Edit pada mana-mana kod yang dah kita buat alternate ad td
7. di paparan Edit Zone, Select Alternate Ad Type: [check] Alternate Ad
8. Alternate Ad (?): Availabe: Pilih alternate Ad yg baru dibuat tadi, pastu klik select.
Alternat Ad tadi akan berada pada kotak – Alternate Ad in rotation.
9. Save & Generate Code.
10. Siap

Lebih kurang macam tu la tutorial ringkas yang saya tulis dan hantar via email juga.. Ringkas tak tutorial kali ni? Apapun, itulah jawapan tepat di atas misteri kehilangan iklan Innity di front page…

p/s: ada sesiapa nak tempatkan banner di blog ni?

Kata kunci artikel:

bagaimana memasang alternate ads innity, innity publisher login

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 83 comments… read them below or add one }

1 marki March 5, 2010 at 2:02 am

wah..innity bleh buat cm2 plak.. tapi saya masih dengan nuff.. hehe .. lagipun nk beralih ke innity pun rasanya mcm sama je, kempen iklan dah berkurangan ..

Reply

2 kulanz March 5, 2010 at 8:57 pm

antara kelebihan Innity bro..
memang betul, skrg ni kempen dah terhad sbb ramai jgk dah join Innity
.-= kulanz´s last blog ..Saya Dah Buang Iklan Innity? =-.

Reply

3 lazaac March 5, 2010 at 2:20 am

aku pun mcm nak test pakai innity, mcm rock jer aku tgk.. :)

“p/s: ada sesiapa nak tempatkan banner di blog ni?”

aku mcm nak, tapi xde banner.. mcm mana yer..?
.-= lazaac´s last blog ..Selamat Tinggal DISQUS COMMENTS. =-.

Reply

4 kulanz March 5, 2010 at 9:00 pm

Boleh try apply Innity bro..
pasal banner tu.. kan bro ada banner saiz 125 tu.. nanti saya masukkan di sini..
.-= kulanz´s last blog ..Saya Dah Buang Iklan Innity? =-.

Reply

5 ezany March 5, 2010 at 2:42 am

innity mmg terbaik.. fungsi alternate ads ni best sgt2..
.-= ezany´s last blog ..Wallpaper Paling Sempoi =-.

Reply

6 kulanz March 5, 2010 at 9:01 pm

Betul tu bro.. rotation utk alternate ad pun boleh buat lebih dari satu banner

Reply

7 azizan4444 March 5, 2010 at 3:05 am

mcm2 ley bt..aku br join..har3….tlg ajar skit tuan
.-= azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? =-.

Reply

8 kulanz March 5, 2010 at 9:02 pm

aah.. tu yg best dgn Innity..
xda masalah bro.. sama-sama boleh belajar

Reply

9 arieza March 5, 2010 at 8:58 am

wah.. begitu… terkantoi la ek. sape xbace lgsg pun entry :p well.. ape2pun. semoga bertambah income utk encik kulanz :)
.-= arieza´s last blog ..::: Tag Datang Lagi =-.

Reply

10 kulanz March 5, 2010 at 11:14 pm

menggalakkn org buka entri..
haha, income xda la sangat..

Reply

11 Kujie March 5, 2010 at 9:01 am

saya dah tahu blog ni ada alternate ads sebab baca kat laman wen Innity mmg dibenarkan..cuma ramai yang gunakan Nuffnang yang tak tau…sbb Nuffnang tak de benda2 mcm gitu
.-= Kujie´s last blog ..Keputusan SPM 2009 Akan Diumum Pada Khamis 11hb Mac =-.

Reply

12 kulanz March 5, 2010 at 11:29 pm

betul tu kak jie, yg guna nuff masih ramai tak tahu pasal alternate ad utk innity, sbb tu nak kongsikan di sini

Reply

13 farra-eng March 5, 2010 at 9:59 am

wah bro mcm2 tutorial yg d’beri hehe..all the best yer

Reply

14 kulanz March 5, 2010 at 11:29 pm

hehe, tu la..
minggu ni mcm minggu tutorial la plk..

Reply

15 wazy March 5, 2010 at 10:56 am

ok gak alternate ads ni bro,tapi saya masih menggunakan nuffnang,hehehe
.-= wazy´s last blog ..Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable =-.

Reply

16 kulanz March 6, 2010 at 12:08 am

tak apa bro..
sayapun masih setia dengan Nuffnang lagi..

Reply

17 yanmie March 5, 2010 at 12:21 pm

memang dh lama tau lanz guna alternate ads tu…cuma aku baru tergerak hati nk buat baru nie..haha..banner yg ko nak tu dh ada tp xlawa lah..huhu..nnti ku upload jap ko tgk..heheh, klu ok blh lah exchange

Reply

18 kulanz March 6, 2010 at 12:18 am

samalah.. ari tu dah semangat mau letak alt ad, tapi banner tak buat lagi..
banner utk exchange link tu, bagi la.. tak kisah cantik ka nda.. janji ada utk rotation.. hehe

Reply

19 farenova March 5, 2010 at 12:28 pm

Semua yang tanya tu prihatin kat bro kulanz, saya pun dah pasang satu lat leaderboard huhuhu.
.-= farenova´s last blog ..Template Blogger yang Mesra SEO =-.

Reply

20 kulanz March 6, 2010 at 2:14 am

Betul tu, rakan-rakan yg selalu jenguk sini mesti perasan klu ada sesuatu yg berubah..pasal tu diorang selalu tanya..
dan ni la kali ni nak jelaskan pada rakan lain kedudukan iklan innity di blog ni.. sbb kalau yg ada innity mesti dah tau pasal alt ad tu

Reply

21 kak ina kl March 5, 2010 at 12:38 pm

akak masih setia dgn nuffnang
.-= kak ina kl´s last blog ..Tak ikut undang-undang. =-.

Reply

22 kulanz March 6, 2010 at 2:14 am

sama juga kak, saya pun masih setia dengan nuff.. masih status glitterati lg..

Reply

23 zulaikha March 8, 2010 at 7:19 am

sy pun setia ngn nuffnang.. hehe..

p/s: sbnarnya xcukup syarat nak join innity.. hahah…
.-= zulaikha´s last blog ..[tips] Tingkatkan taffic blog!! Rugi kalau tak cuba!! =-.

Reply

24 Mr.Bintang March 5, 2010 at 2:24 pm

mcm yg aku buat juga lah… exchange banner dengan alternate ads.. tp ramai yg x faham.. adess.. :P

jom exchange ngan aku… ko nak pilih size mana? hahaha…

Reply

25 kulanz March 6, 2010 at 2:15 am

betul tu bro.. sbb tu kena jelaskan dgn kawan2.. supaya diorang x tcari-cari iklan innity tu..

aku dah letak banner bro utk alternate ad post header tu..

Reply

26 knightblogger March 5, 2010 at 3:50 pm

memang aku wat camtu. Promote site aku yang lain la plak.

Reply

27 kulanz March 6, 2010 at 2:16 am

memang bagus guna cara ni.. senang nak promote blog yg lain

Reply

28 cikmin March 5, 2010 at 4:01 pm

salam..dah tahu jugak..yanmie bgtau..cantik la kan..banner kt sini..mcm si bintang..
.-= cikmin´s last blog ..Protected: Sulit-Projek Empat Ratus =-.

Reply

29 kulanz March 6, 2010 at 2:18 am

memang kebanyakan yg ada innity dah tau pasal tu.. saja nak kongsi dgn rakan yg tak tau lagi.. spy nanti tak tcari-cari iklan innity tu… cikmin napa tak pasang alternate ad.. boleh tukar-tukar link dgn member lain

Reply

30 Roslan March 5, 2010 at 4:47 pm

haha tu la kelebihan innity…takde ads asia yg buat camtu lagi..huhu..nuffnang mmg jeles la..tapi nuffnang web komuniti masa kini..400 org dipilih sorok2..huhu…ape tah..ape2 pun innity plg terbaik setakat ni…alexa rank..mediafire turut menggunakan innity..mereke mmg popular..huhu..apa lagi kalo web2 akhbar malaysia..sng weh…nak tukar2 alternate ads cakap la..huhu
.-= Roslan´s last blog ..Sebab Apa Aku Malas Menulis? =-.

Reply

31 kulanz March 6, 2010 at 2:19 am

Innity memang terbaik bro.. hehe, terutamanya macam bro yg dapat bnyk kempen..

aku dah letak banner blog bro sini.. rotation dgn blog sibintang sekali..

Reply

32 Meow March 5, 2010 at 5:39 pm

saya pun dah buat mcm awk buat…hehe
.-= Meow´s last blog ..Kontest Teka Tajuk Drama Ezy4u.Org =-.

Reply

33 kulanz March 6, 2010 at 2:31 am

bagus tu bro, aku dah jenguk sana juga..

Reply

34 Amir March 5, 2010 at 5:50 pm

ingat merajuk dgn innity.. terfikir jugak nak buat macam ni sblm ni, tapi tak kreatifla nak create banner sndiri ni.. tunggu jela. tapi bagus jugak dgn apa yg kulanz buat ni, xdelah menyemak iklan innity yg kaler hijau tu. kalau ada 2 blog, boleh promote blog lagi satu.
.-= Amir´s last blog ..Kes penderaan adik Syafia: Haruskah jiran tetangga dipersalahkan? =-.

Reply

35 kulanz March 6, 2010 at 2:32 am

Blog aku tak ketara sangat walaupun iklan hijau tu keluar.. sebb background lebih kurang jg warnanya.. tapi bab nak promote blog lain tu yg penting, sbb tu guna alternate ad walaupun banner aku tak cantik.. hehe

Reply

36 bundleaddict March 5, 2010 at 9:22 pm

aku dah test alternate ad tu dari minggu lepas lagi… so far stabil! skrg nie maintain guna alternate iklan advertlets…

Reply

37 kulanz March 6, 2010 at 2:33 am

nanti nak try juga pasang advertlets utk alternate ad innity tu.. tgk performance mcm mana

Reply

38 ariff March 5, 2010 at 10:46 pm

alternate ads tu memang best! haha~ lagi bagus letak je adverlets. masuk la jugak duit sikit2
.-= ariff´s last blog ..Panduan Buat Blog =-.

Reply

39 kulanz March 6, 2010 at 2:34 am

cadangan bro dah dilaksanakan.. hehe
kebetulan akupun ada juga akaun advertlets tu

Reply

40 Ichigo March 6, 2010 at 12:13 am

dah cuba apply ritu tapi xlepas. haha
.-= Ichigo´s last blog ..Get Rid of Wordpress Default Gravatar =-.

Reply

41 kulanz March 6, 2010 at 2:35 am

xpa bro.. mana tau lepas ni ada rezeki pula.. tapi syarat utk apply innity skrg ni makin ketat.. pageview dan unique visitor dah berubah dua kali ganda

Reply

42 Dak Wan® March 6, 2010 at 1:35 am

Keebihan Innity dan kekurangan Nuffnang. Bagus gak kalau nuff buat macamni…. Nuff cuma ada paparkan iklan kebajikan jewr jika iklan tak keluar.
.-= Dak Wan®´s last blog ..The Best of Bidor Makan-Makan =-.

Reply

43 kulanz March 6, 2010 at 2:40 am

Betul tu tuan, antara kelebihan Innity berbanding Nuffnang..
Tapi Nuffnang pun ada kelebihan juga… terutamanya komuniti Nuffnang tu

Reply

44 imran March 6, 2010 at 1:38 am

Orang lain sibuk dengan innity, saya pula masih merangkak dalam nuffnag :D

Nak juga register innity, tapi tak jumpa lagi blogger yang buat tutorial untuk register innity.

Reply

45 kulanz March 6, 2010 at 2:46 am

Register Innity tak susah juga, lebih kurang sama dengan Nuffnang.. bro buka saja laman web Innity di sini untuk apply. Tapi sebelum tu, kena baca dulu syarat yang Innity tetapkan di sini

Reply

46 zik March 6, 2010 at 10:53 am

Owh…patutla.. tapi masih lagi dengan nuff.. sebabnya visitor pun tak menentu…
.-= zik´s last blog ..Nexus One mampu dominasi segmen telefon bimbit pintar? =-.

Reply

47 d ina pengantin March 6, 2010 at 12:03 pm

Salam,

kak ina sbnarnya dah reg akaun inity, dan sudah dpt user acc. Drpd setiap entry yg akak bca, NUFF dan INITY sama HEBAT… kira 50/50…

TAPI, masalhnya, akak takut BUFFERED & Status akak hilang bila TARUK iklan INiTY kat blog Akak…

ADUSH……
.-= d ina pengantin´s last blog .. =-.

Reply

48 kulanz March 6, 2010 at 12:47 pm

salam kak ina, bagus tu kalau application dah lulus.. boleh letak terus.. memang ada yg ckp nuff n Innity lebih kurang sama.. tp tu bagi yg dpt buffered atau visitor ramai.. kalau tak, memang jauh sgt bezanya..

kak ina kan ada dua blog, satu tempatkan innity, satu utk nuff. Saya pun buat macam tu juga dan sampai skrg ni masih lagi bstatus gliterrati..

Reply

49 DaHLia March 6, 2010 at 2:37 pm

ohh boleh ek gitu? bagus gak tu…
nnti sy akan dtg lagi utk copy code alternate tu..hehe
right now xdan lagi nk masukkan iklan innity dlm blog tu…
.-= DaHLia´s last blog ..My duty for this weekend… =-.

Reply

50 kulanz March 7, 2010 at 1:13 am

kalau ada akaun innity, boleh buat terus alternate ad tu dari sana

Reply

51 aizuddin March 6, 2010 at 5:20 pm

aku belum cukup layak lg nk apply innity..huhu
.-= aizuddin´s last blog ..Dapatkan 10 Tiket Percuma Final Raja Lawak Musim 4 =-.

Reply

52 kulanz March 7, 2010 at 1:15 am

Belum sampai rezeki bro.. sampai masanya nanti dapat juga tu

Reply

53 zures March 6, 2010 at 7:14 pm

zures tak de innit. Dah cuba daftar tapi rasanya tak lulus kut..hehehe
.-= zures´s last blog ..JANIN MENJADI BAYI =-.

Reply

54 kulanz March 7, 2010 at 1:16 am

Sekarang ni syarat utk apply Innity memang dah ketat..memang nasib baik org yg apply awal-awal dulu

Reply

55 etomyam March 6, 2010 at 8:24 pm

ooo gitu, aku pun ingat nak pasang jugaklah alternate ad tu….innity hanya aktif selepas jam 12 malam je, tu pun dia dah ada daily limit…
.-= etomyam´s last blog ..Konsep Relativity Yang Einstein Lupa: Kejayaan Dan Relativity =-.

Reply

56 kulanz March 7, 2010 at 1:17 am

betul tu bro.. limit tu kelebihan Innity juga sebenarnya… kalau setiap 1 IP ada limit, tak membazir impression

Reply

57 etomyam March 7, 2010 at 1:48 am

nak tanya bro..apasal aku dah buat alternate ad kali ni tak menjadik jugak, keluar yh hijau jer, hari tu aku buat ok jer…kat mana silap ni ek
.-= etomyam´s last blog ..Tipu lah, Memang Sedap Makan Duit Haram, Nikmatnya Lebih Lazatnya Ummph =-.

Reply

58 kulanz March 7, 2010 at 2:02 am

dah tunggu lama ke bro.. kadang tu mmg ambik masa lama sikit baru alternate ad tu running

Reply

59 etomyam March 8, 2010 at 12:53 am

heheh..betul tu, baru pagi tadi ok…thanks
.-= etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed =-.

Reply

60 Mus March 6, 2010 at 11:24 pm

aku dapat ilmu ni dari Rjuna..

Reply

61 kulanz March 7, 2010 at 2:03 am

jauh perjalanan, luas pengetahuan bro

Reply

62 Cha'on March 7, 2010 at 1:13 am

patut la xnampak.. tapi trafik still nak kene jaga jugak kan kalo pakai innity?
.-= Cha’on´s last blog ..Hentam Sajalah Labu!! =-.

Reply

63 kulanz March 7, 2010 at 2:04 am

betul tu, traffic kena jaga.. kalau tak nanti iklan jadi kurang, macam di blog ni

Reply

64 Rokku March 7, 2010 at 3:39 am

tak reti aku nak buat banner ni..huhu..mane2 tempat yang boleh buat banner atau buat sendiri? macam maner?
.-= Rokku´s last blog ..Anak Eja Didera Orang Gaji =-.

Reply

65 kulanz March 7, 2010 at 2:59 pm

banner saya buat sendiri, banner statik je.. tak kreatif sangat nak buat banner gif.. tapi kalau nak minta tlg buat, try tanya bro Wachak. Dia buat banner memang cun.

Reply

66 denaihati March 7, 2010 at 10:36 am

menarik offer ni tapi apa2 hal aku kena create banner dulu

Reply

67 kulanz March 7, 2010 at 3:00 pm

saya rasa blog ni kosong sbb tak letak banner blog rakan2.. sbb tu nak juga letak klu ada org sudi letak sini..

no problem bro, klu dah buat banner inform je, nanti saya letak di blog ni

Reply

68 zoul March 7, 2010 at 1:31 pm

ho ho.. bagus ni.. nantilah kalau aku dh layak letak innity.. hi hi
.-= zoul´s last blog ..Jejaka Pilihan Gadis Melayu =-.

Reply

69 kulanz March 7, 2010 at 3:03 pm

dah ada rezeki dapat Innity nanti bagitau je bro.. boleh excahange link utk alternate ad

Reply

70 masterGOmaster March 8, 2010 at 10:44 am

kalo saya sih terserah anda saja bagaimana baiknya…mau pasang iklan atau tidak , betul nggak kawan !

Reply

71 kulanz March 8, 2010 at 11:58 pm

Itu memang tepat sekali.. memasang iklan atau tidak bergantung kepada kita sendiri

Reply

72 hydir March 8, 2010 at 4:09 pm

mmg stylo .. tp skrg di maklumkan bahawa innity nak 30K pageviews sebulan dan juga 6K unique visitor sebulan .. hoho .. makin ketat dah innity skrg ni :)
.-= hydir´s last blog ..Sahabat adalah upgrade kepada kawan =-.

Reply

73 kulanz March 8, 2010 at 11:59 pm

betul tu bro, skrg ni syarat Innity dah makin ketat, mungkin sebab nak kurangkan publisher..

Reply

74 Nine March 8, 2010 at 9:52 pm

wahh mantap betul innity nih leh wat banner ads sendiri best lah…tq info nih bro kulanz..best…:)
.-= Nine´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 2010 =-.

Reply

75 kulanz March 9, 2010 at 12:04 am

memang salah satu kelebihan Innity bro.. ari tu sempat lagi aku simpan iklan advertlets utk alternate ad, tapi skrg ni dah buang balik.. hehe

Reply

76 suesofieyya@cairo June 12, 2010 at 1:31 am

salam..baru nak bertatih nak letak alternate ad kt innity..sbb ada tertgk kt function dia…kulanz ada banner leh ar nak exchage sama…Wide Skyscraper (160 x 600) ok..sy pun tak sempat nakwat banner pjg gitu :)

apapun thanks for info dpt gak membantu sy..teruskan usaha yg baik..
suesofieyya@cairo recently posted..Aneka Resipi Laksa SarawakMy Profile

Reply

77 Aku July 11, 2010 at 12:38 pm

hehe…. sy tgh mencari gaya penulisan yg sesuai dgn diri sendiri… dan masih belajar pasal blogging nie… baru bertatih sikit-sikit :-D

Reply

78 beba July 17, 2010 at 2:00 pm

baguskan kalau nuffnang bule letak alternate ad ni..sy ngan nuffnang jek..rasanya tak layak pon kot untuk innity..hehe..

jumpe blog ni pon try dok carik kalau ada script ke ape ke yg boleh detect ads nuffnang ade ke tak ni..tapi tak jumpe plak..huu..
beba recently posted..spacebarkusayang…My Profile

Reply

79 Investasi Saham February 7, 2011 at 11:20 pm

artikel yang berguna sekali. terima kasih

Reply

80 riey February 18, 2011 at 11:56 pm

TQ bro..aku tengah cari2 macam mana nak buat alt ads kat Innity..jumpa jawapannya disini..
riey recently posted..Sembang • Kedai Lampu-Kipas murah &38 berkualitiMy Profile

Reply

81 Investasi Saham March 5, 2011 at 12:19 pm

artikel dan sharing yang sangat menarik..

Reply

82 Adam Roslan August 13, 2011 at 2:46 pm

Begitu rupanya, buang iklan hijau. Ingatkan merajuk dengan Innity :)
Adam Roslan recently posted..Innity Hadkan 3 Slot Iklan Setiap LamanMy Profile

Reply

83 adamghedodin September 24, 2011 at 2:12 am

Entri yang bermanfaat untuk blogger baru macam saya. Keep up the good work.
adamghedodin recently posted..A Meeting With Andrew Harding at Nilai SpringsMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: