Saya Dah Buang..

February 23rd, 2010 | 11:29 am | Umum | 40 responses

Dalam entri sebelum ni saya dah bagitau yang blog ni sedang dalam proses diet. Tujuannya bukan untuk mencantikkan tubuh badan blog, tapi semata-mata untuk meringankan beban, supaya blog dapat loading lebih cepat.

Jadi kali ni saja nak kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan untuk meringankan beban blog ni. Mungkin boleh juga dijadikan panduan atau Tips Meringankan Blog atau Mempercepatkan Loading Blog.

#1 – Mengurangkan widget di sidebar
Banyak widget di sidebar sebelum ni telah berada di tong sampah, antaranya ads innity (skycraper), top commentator, banner, blogtopsites button, recent comment dan pageview.

#2 – Memindahkan Follower (Rakan Blog)
Follower ni pun salah satu penyebab blog jadi berat sebab skripnya boleh tahan complicated.

#3 – Mengurangkan jumlah paparan entri di page (Reading)
Sebelum ni sebanyak 8 entri (excerpt) berada di front page, tapi sekarang cuma tinggal 5.

#4 – Mengurangkan Paparan Iklan
Iklan untuk wide retangle dan head banner hanya akan kelihatan apabila anda membuka full article (single pos), tetapi apabila berada di front page (home), iklan berkenaan tidak akan dipaparkan (Saya menggunakan plugin  WP Quick Adsense)

#5 – Membuang Page Tracker
Sebelum ni ada beberapa page tracker yang dipasang di blog ni, antaranya: Sitemeter, Google Analytics, whos.amung.us, Visitor Maps and Who’s Online, trackmybloglog, blogtopsites dan Count Per Day. Tapi sekarang ni cuma tinggal Google Analytics, whos.amung.us dan Visitor Maps and Who’s Online.

#6 – Membuang Plugins
Terdapat beberapa plugins lain yang turut dibuang, termasuklah: TweetMeme Retweet Button, MyAvatar, dan Twitter Link Comment.

#7 – Membuang skrip
Selain tu saya juga telah membuang beberapa skrip HTML/JAVA pada template yang bagi saya kurang penting dan kalau dibuangpun tidak akan menjejaskan paparan blog.

Banyak dah dikurangkan dalam masa sehari… Tapi masih belum berpuas hati.. sekarang ni masih tengah fikir cara lain untuk mempercepatkan lagi loading blog ni… ada cadangan?

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
kulanz

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

40 Responses to “Saya Dah Buang..”

  1. 1

    wahh.. banyak nyer kena buang. Betul-betul optimum dan ringan blog nih. :)
    amirulfaiz´s last blog ..Permulaan yang mendebarkan My ComLuv Profile

    • 2

      memang banyak juga.. betul-betul nak usahakan spy blog ni lebih ringan

  2. 3

    thanks for the tips…jgn buang byk2 sangat nanti nampak kosong pulak:)
    ila-ali´s last blog ..Jangan Sampai Muflis My ComLuv Profile

    • 4

      u’r welcome.. kosong sidebar tak apa, janji blog dapat load penuh.. hehe

  3. 5

    tq 4 sharing bro..

    • 6

      u’r welcome bro..

  4. 7

    bgs jgk tip no 4 tu bro….mmg berat nk load klu letak wdget follower ni..sblom ni aku x letak laju je..lps letak ad gangguan skit…hehe
    azizan4444´s last blog ..Perempuan Itu Calon Kedua My ComLuv Profile

    • 8

      aah.. memang berat bro loading widget follower tu.. sbb tu dah pindahkan ke tempat lain

  5. 9

    ingatkan sebelum ni pak dogol seorang je membersihkan blog sampai dogol..

    memang nampak perubahan ketara..

    muahaha!
    pak dogol´s last blog ..satu manifestasi My ComLuv Profile

    • 10

      aah.. memang perasan juga tu pak dogol pun dah bersihkan blog ari tu..

  6. 11

    sama la kita bro,saya pun tengah fikir mana satu plug in yang nk delete ni
    wazy´s last blog ..Taugeh-Buat Member My ComLuv Profile

    • 12

      betul bro.. ari tu pun tpaksa fikir bnyk kali nak buang widget..

  7. 13

    mmg laju blog bro kulanz kali nih..sidebar widget tak banyak takde ek..patut la..tq kongsi tip nih bersama…:)
    Nine´s last blog ..Family : Trip To Spain 2008 My ComLuv Profile

    • 14

      lupa, tapi sebelum nih pun blog bro mmg laju jer..saya bukak mmg takde masalah even ada widget yg sebelum nih kat sidebar…
      Nine´s last blog ..New Desktop Theme My ComLuv Profile

    • 15

      memang bnyk bro dah buang widget di sidebar tu..

      sayapun xda masalah sgt buka blog sebelum ni.. rasa mcm laju je.. tapi sekali buka guna celcom bb yang agak tenat, memang x dapat buka langsung blog ni.. tu yg terus buang banyak widget

  8. 16

    wow..banyak juga bro buang ek..tinggal yang basic je .. jadi laju terus page neh..huhuu

    • 17

      banyak buang bro.. harap-harap lepas ni x bnyk komplen sbb blog lambat loading.. hehe

  9. 18

    TERIMA KASIH.

  10. 19

    nampak begitu jelas perubahannya.. i like :)
    Azizwan´s last blog ..Tak sangka, aku menang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

    • 20

      ada gak sedikit perubahan bro.. tp rasanya blog masih lambat lagi, maklumlah share hosting je ni.. hehe

  11. 21

    wah diet menjadi …. nak diet jugakla macam nie… rasa berat jugak blog nie
    zik´s last blog ..Program Earth Hour. My ComLuv Profile

    • 22

      alhamdulillah bro klu diet blog ni menjadi.. jom sama-sama dietkan blog.. :D

  12. 23

    Erm..nak ikut jgk la..buang mane2 yg bersepah kat blog sye..

    • 24

      hehe, bole tu.. klu blog laju loading nanti org x susah buka blog kita

  13. 25

    Baru lepas membuang.. hehehe.. tunggu puas pakai dulu, baru buang.. maklumlah aku ni orang baru.. tak abis blajo lagi…
    qimie´s last blog ..Tips Bercermin Gelap My ComLuv Profile

    • 26

      haha.. dah buang ke bro?
      Sayapun dah puas pakai dah widget tu.. tu pasal terus buang..

  14. 27

    ni dah cukup laju loading bro..

    • 28

      harap-harap kekal laju bro..

  15. 29

    hehe..siannya..bnyk dia buang. tp kan lanz still lmbt gak arr…nggee~~ tp oklah dr sblm nie, apa kata cuba timbang berat blog pulak…

    • 30

      haha.. masih lambat lagi? tu bukan pasal widget dah tu… pasal server hosting ni memang tak laju.. pakai saver plan jak ni.. hehe

      dah timbang dah blog ni.. nanti tunjuk keputusannya

  16. 31

    Tak try compress CSS ke?
    Dak Wan´s last blog ..Nuffnang My ComLuv Profile

    • 32

      baru buat lepas baca cadangan bro ni.. thanks.. dapat jimat 13% lepas compress CSS..

  17. 33

    wah diet..! hehhe mmg dh ringan! :)
    arieza´s last blog ..::: Kembali Dari Langit My ComLuv Profile

    • 34

      proses diet masih berjalan.. ada masa 3 hari lagi untuk sampai sasaran..

  18. 35

    byknye bro kene buang???sygnye nk buang follower 2..hehe..ak ne biler la nk gune innity kt satu blog lagi..

    • 36

      Memang banyak juga bro aku dah buang..
      follower tu tak buang lagi bro.. cuma tak paparkan depan page. kalau nak tengok klik je Rakan Blog di menu atas tu..

  19. 37

    Banyak betul yang dibuang. Menarik untuk dipraktikkan.
    imran´s last blog ..Hukum Login Facebook Dapat RM100 My ComLuv Profile

    • 38

      Memang agak sayang juga untuk buang.. tapi sebab saya lebih utamakan pengunjung daripada widget tu.. saya dengan rela hati buang..

      • 39

        Sebelum ini saya buang shoutbox, mungkin lepas ini saya akan buang follower widget pula….

  20. 40

    blog saya beratnya bukan main, ya karena saya pke template dari draft blogger. jadi untuk mengurangi bertnya gimana nie caranya?
    nanti saya akan coba buang yang ng terlalu penting di blog saya.
    makasi banyak ya tipsnya.

Leave a Reply