Saya Mangsa Parti Politik!
January 4th, 2010 | 7:38 am | Politik | 26 responses
Sedang saya menjalankan aktiviti rutin (blogwalking) pada petang Sabtu lepas (2 Januari), saya dikejutkan dengan deringan telefon rumah. Tanpa berfikir panjang saya terus mengangkat gagang telefon. Ingatkan rakan-rakan yang telefon (sebab nombor telefon ini agak privacy dan hanya diketahui oleh beberapa saudara-mara dan rakan), tetapi rupanya itu adalah panggilan daripada seseorang yang tidak saya kenal.

Pemangil (seorang wanita seksi) bertanya sama ada saya sedang berada di rumah atau pejabat… dengan berat hati saya menjawab yang ini adalah telefon rumah milik peribadi. Kemudian pemangil memperkenalkan diri sebagai salah seorang agen (tidak ingat agen apa..) dan ingin membuat tinjauan negara secara rambang. Saya mula berfikir ada sesuatu yang tidak kena, lalu saya tanyakan pemanggil dari mana dia dapat nombor telefon berkenaan. Beliau memberitahu yang panggilan dibuat secara rambang dengan memilih nombor tertentu dan panggilan seterusnya dibuat berdasarkan urutan nombor. Pemanggil merayu agar saya dapat meluangkan masa sekitar 10 minit untuk menyempurnakan tinjauan berkenaan.
Mungkin disebabkan sifat saya yang sedikit lurus bendul, saya menurut saja permintaannya. Lagipun panggilan itu hanya untuk membuat tinjauan jadi saya fikir tidak salah untuk memberikan kerjasama. Sebelum pemanggil mula mengemukakan soalan, pemanggil menjelaskan serba sedikit tentang tinjauan tersebut. Daripada penjelasannya nyatalah yang tinjauan itu sebenarnya untuk mengumpul pendapat/pandangan rakyat tentang sebuah PARTI POLITIK tanahair. Barulah saya terfikir yang saya sebenarnya jadi mangsa sasaran rambang (secara sengaja) salah satu parti politik!
Meskipun kurang senang dengan panggilan seperti itu, namun tidak menjadi masalah untuk saya meneruskannya, lalu saya menyatakan persetujuan. Sebelum memberikan soalan (dalam bentuk pernyataan), pemanggil menyatakan yang saya boleh memilih jawapan antara 1 – 5 (macam skala likert pula). Opsyen yang diberikan; 1-Sangat Setuju, 2-Agak Setuju, 3-Berkecuali (tiada jawapan), 4-Agak Tidak Setuju dan 5-Sangat Tidak Setuju (lebih kurang macam tu, saya tidak ingat)… dan ada beberapa soalan lain yang mempunyai pilihan jawapan yang lain pula. Ini adalah antara beberapa soalan yang saya ingat.
1. Parti XXX telah didaftarkan sebagai Parti Politik yang sah…
2. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik XXX adalah orang penting dalam penubuhan Parti XXX…
3. Parti XXX pernah membuat demo* dan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan…
4. Parti XXX layak untuk membentuk kerajaan…
5. Ekonomi negara akan bertambah baik jika Parti XXX memerintah…
6. Berlaku korupsi di kalangan pemimpin tertinggi parti XXX…
7. Persefahaman wujud di kalangan pemimpin tertinggi parti komponen yang membentuk Parti XXX…
8. Berlaku salah guna kuasa di kalangan pemimpin Parti XXX…
9. Bla..bla..
…. ada banyak lagi soalan sebenarnya… dan untuk makluman soalan di atas ayatnya tidaklah terlalu tepat kerana saya tulis berdasarkan apa yang saya ingat…
Pada akhir perbualan itu pemanggil juga sempat bertanyakan jika saya pernah mengundi. Jawapan yang saya berikan sudah tentu saya telah mengundi sebelum ini. Iyalah, jalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Malaysia… dan akhir sekali pemanggil bertanya soalan cepu emas kepada saya – Adakah saya telah menganggotai mana-mana parti politik. Jawapan saya, tidak ada! (Saya tahu daripada nada suara pemanggil dia sangat gembira dengan jawapan itu. tentulah ada sebabnya). Kenapa saya berani untuk memberikan maklumat ini secara terbuka… sebab itu adalah hak peribadi saya. Bukan tidak suka berpolitik tapi ada banyak sebab lain. Itu sudah saya sudah jelaskan dalam pos saya yang terdahulu (Kuasa dan Politik).
Jadi apa yang saya dapat simpulkan, panggilan tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengumpul pendapat orang ramai tentang penerimaan masyarakat terhadap Parti XXX yang dimaksudkan (Ini hanyalah kesimpulan saya sendiri). Mungkin parti tersebut cuba untuk melaksanakan agenda dan meluaskan pengaruh mereka di negara ini… dan bagi saya secara peribadi, itu adalah strategi yang patut dihormati. Bahkan strategi seperti itu memang sudah lama dipraktikkan di negara ini (Contohnya Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan khusus untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Gagasan Malaysia). Saya berikan kenyataan ini bukan kerana saya menyokong parti berkenaan, tapi saya setuju dengan langkah yang mereka ambil. Bukankah itu lebih baik berbanding membuat demontrasi jalanan atau mencanang keburukan parti lain di sana sini?
Apapun kita lihat sahaja kesudahannya nanti! Untuk makluman juga, tiada mangsa yang teraniaya atau tercedera semasa tinjauan itu. Tajuk di atas hanya sekadar hiasan sahaja. Salam.
















said on January 4th, 2010 at 11:04 pm
huh.. macam2 skarang ni..
Lonecryer´s last blog ..Gambar Bogel Untuk Hari Ini
said on January 5th, 2010 at 2:02 am
a’ha.. tu la antara teknik diorang pakai..
said on January 5th, 2010 at 8:13 am
Apa nak jadi la nie, dunia politik secara halus guna sistem telekomunikasi plak untuk raih undi.
Dak Wan´s last blog ..BANTAH jika tak setuju!
said on January 5th, 2010 at 4:34 pm
tu la penangan kemajuan teknologi bro.. x heran suatu hari nanti undipun bole pakai internet je
said on January 5th, 2010 at 12:55 pm
ba ka tn..berabis suda diorg menyerang di kg sbb klu mungkin di bandar-bandar atau pekan-pekan mungkin bukan diorang yang meninjau tapi diorg yang ditinjau..apa pun tn..layan ja ba janji jangan kacau periuk nasi kita sudahlah…haha
AKU´s last blog ..2009 yang penuh dgn suka duka dlm hidup AKU…
said on January 5th, 2010 at 4:36 pm
betul tu tuan… skrg ni sasaran diorang di kampung2… tp mungkin jg sebelah bandar pun ada jg.. tp nda pasti la pula..
.. betul tu tuan.. tetap dilayan jg selagi diorang tidak dedahkan maklumat peribadi kita
said on January 5th, 2010 at 2:11 pm
salam bro kulanz,
apaun cara yg dorang lakukan, keputusan dan kuasa tetap ditangan kita…
kita bebas memilih siapa yg kita suka…
betul ke undi kita rahsia ya? macam tak caya jer….hehehe…
ain´s last blog ..MOTIVASI DIRI
said on January 5th, 2010 at 4:39 pm
Salam ain..
Betul tu, undi kita punya hak… tapi pasal undi rahsia tu x pasti… tak berani komen sbb xda bukti.. nanti ISA pula.. hehe
said on January 5th, 2010 at 11:07 pm
bukan saja panggilan berunsur politik..
kadang mcm2 lagi jenis panggilan yg diterima..
servay mengenai insurans la.. ini laa.. itu laa.. n pelbagai lagi..
now a days.. mcm2 ada…
sera dc´s last blog ..•° PRESTON CASTLE FOUNDATION ( CHAPTER 1) °•
said on January 6th, 2010 at 1:40 am
Betul tu.. yg tu memang selalu jg.. tp yg herannya darimana diorang dapat maklumat kita, cth nama, no telefon…
said on January 6th, 2010 at 12:40 pm
Pelik jugak kan taktik dorang guna kemudahan telekomunikasi untuk berpolitik,isk3,maybe dorang dapat no telefon bro kat buku panduan telefon agaknya
wazy´s last blog ..Warisan
said on January 6th, 2010 at 3:48 pm
hehe.. mmg pelik jg bro.. tapi bagus jg sbb diorang dah manfaatkan kemudahan teknologi..
..mungkin jg diorang curi no tel tu dari buku panduan.. apa2pun.. tak kisahlah jgk.. sbb diorang x kacau sgt pun..
said on January 6th, 2010 at 1:05 pm
pernah dapat gak kolling suh jawap survey..taoi selalu wat pura2 tak dengar
said on January 6th, 2010 at 3:50 pm
kdg tu klu panggilan dari mana2 sykt yg tawarkan pakej ttentu, mmg aku bagi alasan yg bole mengelakkan daripada ckp lama.. tengah driving, nak cepat, tengah menghadap boss.. malas layan panggilan camtu… tp klu servey ari tu x dpt elak.. sbb diorang guna tel rumah..
said on January 6th, 2010 at 4:49 pm
oo…yeke..satu agi mase lepas spm, banyak lak kolej2 kol, cakap bertuah terpilih..bertuah lah sangatr..mane depat nom tak tahu..ciap nak dtang umah lagi
cik peanut´s last blog ..{i Hate U}
said on January 7th, 2010 at 9:24 pm
tu lah,
macam-macam hal betul sekarang ni..
said on January 7th, 2010 at 1:58 pm
naseb baik pempuan yg kol
kalau laki tu
mesti malas nak layan kan?
heheh
intanizani´s last blog ..utm skudai-tempat jatuh lagikan dikenang
said on January 7th, 2010 at 9:24 pm
a’ah, kalau lelaki yg kol, memang aku cakap yg aku bukan tuan rumah, aku tukang kebun je.. hehe
said on January 8th, 2010 at 1:03 pm
paling malas nak bckp kat phone lama2 aoatah lagi nak jawap soalan
said on January 8th, 2010 at 9:02 pm
hehe, sama jgk sebenarnya… cuma kebetulan ari tu mood okey ckit.. tu pasal jawab jak telefon tu..
said on January 8th, 2010 at 1:40 pm
salam..
politik politik politik.. mcm22
said on January 8th, 2010 at 9:03 pm
salam nina..
betul.. sbb tu sampai skrg tak tlibat sgt dgn aktiviti politik..
said on January 8th, 2010 at 4:08 pm
ahaaa..yg nih saya pernah kena jugak bro kulanz..dulu…saya ingat lagi diorang tanya amacam2 kat saya..last2 saya cakap saya banyak kije ..terus jer saya letak..hehe..
Nine´s last blog ..Aksi 18SX Pemain Bolasepak Di Padang
said on January 8th, 2010 at 9:08 pm
maknanya diorang mmg buat camtu scara meluas dah… macam2 teknik diorang guna skrg ni kan..
said on June 9th, 2010 at 10:15 pm
wahhh ada gak ek tinjauan rambang gini..
DaHLia´s last blog ..Esok Exam PTK DG41 yang ke-2 dan terakhir untuk DJ