Home >> Nasional >> Pelaksanaan SBPA Disemak Semula

Pelaksanaan SBPA Disemak Semula

by kulanz on 12/01/2012 · 5 comments

Hebahan rasmi tentang semakan semula pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telahpun disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Semakan semula ini dibuat hasil keputusan Jemaah Menteri setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Ia bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu.

Beberapa perkara penting yang berkaitan dengan pelaksanaan SBPA

  1. Penangguhan dilakukan bagi membolehkan satu semakan semula dibuat sehingga keputusan muktamad diperoleh.
  2. Tempoh opsyen bagi pelanjutan umur persaraan paksa daripada 58 tahun ke 60 tahun bagaimanapun masih kekal sehingga 30 Disember 2011 lepas (tidak akan dilanjutkan).
  3. SBPA tetap akan berkuatkuasa mulai1 Januari 2012.
  4. Dalam SBPA, Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
  5. Mekanisme semakan semula SBPA akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
  6. Pelaksanaan SBPA akan dimaklumkan setelah keputusan muktamad semakan diperoleh.

skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Elok sangatlah juga SBPA dikaji semula. Memang banyak isu yang perlu dijelaskan oleh JPA terutama gred dan tangga gaji SBPA yang sehingga kini masih tidak jelas dan tidak adil kepada semua peringkat jawatan. Cuma harapan saya selepas semakan semula ini dibuat, tiada lagi isu-isu besar atau rasa tidak puas hati ditimbulkan oleh kakitangan awam atau pihak berkepentingan kerana JPA sudahpun berusaha menambahbaik skim baharu ini.

Kata kunci artikel:

pelaksanaan sbpa, sbpa dikaji semula, sbpa di kaji semula, perlaksanaan sbpa, sbpa disemak semula, sbpa jpa, sbpa disemak, keputusan pelaksanaan sbpa, teks pidato bahasa melayu - sempena hari guru 2011, pelaksanaan semula gaji sbpa, pelaksanaan sbpa 2012, nama menteri kabinet malaysia, pelaksnaan sbpa, perkara yang disemak dalam sbpa, PROGRAM PERUMAHAN e-KASIH, sbpa comments, sbpa dkaji, sbpa selepas dikaji, sbpa selepas dikaji semula, sbpa yang dikaji semula

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 5 comments… read them below or add one }

1 tehr January 12, 2012 at 11:05 pm

aku pun setuju disemak semula
tak nak la kan kalau hal ni berlarutan
lagi pun tak ada siapa yang rugi
tehr recently posted..SBPA Disemak SemulaMy Profile

Reply

2 kulanz January 13, 2012 at 10:29 pm

betul bro.. rasanya semakan semula ni adalah tindakan terbaik untuk puaskan hati ramai pihak

Reply

3 akubiomed January 13, 2012 at 1:27 am

Sepatutnya Cuepacs dipanggil turut sama ketika SBPA ini dibuat.
akubiomed recently posted..Ada hati buat header blog tapi tangan kerasMy Profile

Reply

4 kulanz January 13, 2012 at 10:40 pm

CUEPACS minta diberi ruang sama dalam semakan tu.. harap JPA bagi peluang

Reply

5 kartikel.com January 25, 2012 at 8:18 pm

tak banyak beza pon keputusan nnti..tengoklah..
kartikel.com recently posted..Kata-kata Hikmah 11My Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: