facebook
Home >>

e kasih online

Peristiwa Ngeri Seorang Lelaki Kacak

16.05.2012 Personal

Rabu, 16 Mei 2012, jam 3.05 pagi. Seorang lelaki kacak terjaga dari tidur setelah air liur basi meleleh keluar dari mulut yang ternganga luas hingga memenuhi cuping telinga. Itulah penangan tidur di atas sofa tanpa bantal. Mujurlah lelaki kacak tadi tidur terlentang kalau tidur macam kelawar mungkin juga air liur bakal memenuhi kedua rongga hidung [...]

8 comments Read the full article →

Seminggu di Hospital Pitas

17.04.2012 Personal

Ahad lepas, 08/04/2012, saya membawa anak saya, Atilia ke wad kecemasan Hospital Pitas selepas jarinya cedera (boleh baca entri Cabaran Getir Ibu Bapa). Selepas rawatan, Atilia perlu ditahan di wad hospital untuk pemeriksaan lanjut dan juga untuk menghabiskan antibiotik selama seminggu. Di wad, Atilia dijaga oleh isteri saya sementara saya pula menjaga abang dan kakak [...]

17 comments Read the full article →

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Kucar-kacir

05.02.2012 Semasa

Pagi Jumaat lepas sebahagian lagi pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerima Bantuan Kewangan RM500 mereka. Memandangkan lokasi yang dipilih hanya terletak 1-2 kilometer dari rumah, saya sempat menjenguk ke tempat tersebut. Saja ingin mengetahui bagaimana proses agihan dibuat walaupun saya sebenarnya tidak terlibat menerima atau mengagih bantuan berkenaan. Bukan apa, sebelum ini ada terbaca isu-isu [...]

30 comments Read the full article →

Mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

10.12.2011 Info

Hari ini, 10 Disember 2011, Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia atau Bantuan Kewangan RM500 mula dibuka. Meskipun dalam entri Daftar eKasih dan Bantuan Kewangan RM500 saya telah nyatakan yang saya bukan individu yang terlibat secara langsung menguruskan bantuan berkenaan, tetapi pembaca yang mencari maklumat tetap bertanya hal-hal yang berkaitan dengan bantuan ini. Mungkin juga disebabkan maklumat [...]

19 comments Read the full article →

Daftar eKasih dan Bantuan Kewangan RM500

15.10.2011 Info

Sejak akhir-akhir ini saya menerima lebih banyak pertanyaan melalui email khususnya yang berkaitan dengan pendaftaran e-Kasih dan bantuan Kewangan RM500. Dua persoalan yang paling kerap dikemukakan: Pertama: Berkenaan pendaftaran eKasih; Kedua: Bagaimana untuk mendaftar bagi mendapatkan bantuan kewangan RM500. Program eKasih Dalam entri sebelum ini, eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan saya telahpun menjelaskan secara ringkas cara [...]

250 comments Read the full article →

Surat Cinta Kepada SESB

16.07.2011 Personal

Pihak SESB yang dihormati, Adalah dimaklumkan bahawa kediaman saya dan kawasan sekitarnya mengalami masalah bekalan elektrik: kuasa elektrik tidak mencukupi sepanjang masa. Keadaan ini amat menyukarkan kerana ia menjejaskan penggunaan peralatan elektrik di tempat kami. Untuk makluman, masalah ini telah berlaku sejak beberapa tahun lepas (mungkin sekitar 5-6 tahun). Sepanjang tempoh itu telah banyak aduan [...]

32 comments Read the full article →

Thank You ALLAH

16.03.2011 Personal

Hari ini sekali lagi diberi kesempatan dapat menulis sesuatu di blog kesayangan ini. Tiada apa yang paling wajar diucapkan selain memanjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH Subhanahu wa-ta’ala kerana memberi peluang kepada kita meneruskan kehidupan dan merasai segala macam nikmatNya. Alhamdulillah, Thank You ALLAH. Untuk kali kedua di blog ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan [...]

29 comments Read the full article →

Patutkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Diambil Semula?

04.03.2011 Pendidikan

Bulan Oktober tahun lepas saya ada berkongsi satu artikel yang boleh dikatakan berita baik dan gembira kepada semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) berkenaan cadangan kerajaan untuk menyerap GSTT ke jawatan tetap berdasarkan kelayakan tertentu. Bagaimanapun kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila pada akhir tahun lepas, kontrak guru sandaran sedia ada tidak disambung semula. Namun di [...]

46 comments Read the full article →

Senyap, Peperiksaan Sedang Dijalankan

13.12.2010 Personal

Mula-mula memang dah set yang 1-2 hari ni mungkin aku akan berada pada mod senyap. Maklumlah, petang hari ni, minggu depan dan minggu seterusnya aku akan menghadap peperiksaan untuk semester ni. Kalau diikutkan status pembelajaran aku sekarang,  kali ni adalah Semester September yang terakhir.  Kalau tiada aral melintang, pertengahan tahun depan pembelajaran akan selesai. Jadi, [...]

17 comments Read the full article →

Bantuan KWAPM Hanya Diberi Kepada Murid Yang Mendaftar eKasih

27.10.2010 Nasional

Kementerian Pelajaran memutuskan hanya murid yang berdaftar dengan eKasih akan menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), mulai tahun depan. Keputusan itu dijelaskan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2009 mengenai penyata kewangan dan aktiviti kementerian, jabatan serta pengurusan syarikat kerajaan 2009. Berikutan keputusan baru itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan tidak [...]

13 comments Read the full article →