≡ Menu

Sejarah Masyarakat Pelbagai Kaum di Sabah

etnik-sabah

Masyarakat di Sabah seterusnya mengalami banyak perubahan apabila British campur tangan di negeri ini. Disebabkan perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia Tenggara, maka ini telah menggalakkan lagi proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang India, Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina. Pada kurun masehi ke-19, khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887. Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina. Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan tembakau sekitar tahun 1900 dan 1910 dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut, keluasan tanaman tembakau ialah kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira 128,680 ekar.

kaum Kadazan-dusunSelain perdagangan, peristiwa peperangan juga menjadi salah satu faktor penyumbang berlakunya migrasi penduduk lain ke negeri ini. Apabila Spanyol mula menyerang Sulu dan Tawi-Tawi pada hujung abad ke-15, ramai penduduk di kawasan itu berhijrah secara tetapi di negeri ini. Kemudian, penghijrahan secara besar-besaran juga semasa perjuangan Mindanao pada tahun 1970-1977, apabila beribu-ribu penduduk Filipina melarikan diri daripada negara asal mereka akibat peperangan. Kebanyakan daripada penghijrah ini akhirnya menetap di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Bahkan sehingga ke hari ini, proses migrasi penduduk-penduduk dari negara-negara jiran masih lagi berlaku.

Disebabkan penghijrahan tersebut, maka bilangan etnik di negeri Sabah juga semakin bertambah. Jadi, amalan sosial mereka seperti amalan harian tentulah berbeza-beza mengikut kaum masing-masing. Namun, begitu amalan yang baik seperti menghormati orang tua, tolong-menolong dan berpegang teguh kepada adat-istiadat menjadi pegangan utama setiap kaum. Di negeri ini juga mempunyai banyak kaum yang masih berpegang teguh kepada amalan nenek moyang mereka masing-masing. Jadi, amalan sosial mereka bergantung kepada peraturan kaum itu sendiri yang telah diwarisi dari tempat asal mereka.

PERUBAHAN-PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT SABAH

Secara umumnya, masyarakat di Sabah dari segi konseptual dalam aspek sosial, ekonomi dan politik adalah berbeza. Sebelum kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan-kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara penduduk-penduduk khususnya di Sabah. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan kaum masing-masing. Ini dapat dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun temurun, terutamanya di kalangan masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama (klasifikasi) kaum (etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki. Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan. Sungguhpun ramai yang telah memeluk agama Islam dan Kristian, tetapi masih ada segelintir yang berada di pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal sistem kepercayaan animisme.

Setiap lapisan masyarakat mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang kita lihat pada hari ini kebanyakan sistem masyarakat telah mengalami banyak perubahan. Ini merupakan satu kemajuan dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan perubahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah sistem masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini, terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah.

Walaupun begitu, semenjak campurtangan pihak luar di Sabah, sistem masyarakat juga turut berubah sedikit demi sedikit. Misalnya, penduduk tempatan mula mengikuti unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang datang ke Borneo. Jika dahulu masyarakat di Sabah mengamalkan kehidupan berpindah-randah, tetapi dengan adanya faktor dari luar itu masyarakat Sabah mula menentap di sesuatu kawasan secara kekal bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih teratur. Dari segi ekonomi, masyarakat Sabah yang mulanya mengamalkan perdagangan sistem barter dan pertanian berbentuk sara diri, telah berganjak ke suatu sistem yang lebih baik terutamanya dengan adanya campurtangan Brunei serta negera-negara yang berdekatan dengan wilayah Sabah. Mereka mula menjalankan ekonomi perdagangan yang lebih berbentuk komersial dan menguntungkan. Kemajuan ekonomi ini disebabkan Sabah mempunyai pelabuhan dan dikatakan orang Brunei telah menjadi orang tengah kerana negara Brunei menjadi tumpuan utama perdagangan pada masa itu.

Kepercayaan dan agama juga turut mengalami perubahan. Pada mulanya masyarakat Sabah kebanyakannya mengamalkan agama yang dibawa oleh mereka dari tempat asal berdasarkan keturunan nenek moyang masing-masing seperti kepercayaan anamisme. Tetapi pada kurun ke -15 sudah ramai penduduk Sabah yang menganuti agama Islam. Agama Islam dibawa masuk oleh Brunei yang kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Melayu dan pedagang-pedagang lain yang beragama Islam.

Dari segi politik pula, sebelum Perang Dunia Kedua, tidak terdapat kegiatan nasionalisme politik yang jelas di Sabah. Kebanyakan aktiviti masyarakat dan pertubuhan tertumpu kepada usaha pembangunan kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Penduduk di Sabah kurang memberi perhatian kepada aspek politik kerana pada masa tersebut penglibatan penduduk Sabah dalam pentadbiran tidak wujud sama sekali. Dalam pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara semua jawatan kerajaan dipegang oleh orang Eropah. Sebab itu rakyat di Sabah kurang mengetahui perkembangan luar dan tidak berlaku penentangan berkesan terhadap penyerahan Sabah oleh Kompeni kepada kerajaan British. Semasa Perang Dunia Kedua, penduduk Sabah mula terlibat dalam pentadbiran kerana tentera Jepun yang menduduki Sabah ketika itu telah melibatkan penduduk Sabah dalam pentadbiran yang tidak pernah berlaku sedemikian. Bertitik-tolak daripada inilah semangat nasionalisme penduduk Sabah mula bangkit. Masyarakat di negeri ini juga tidak lagi tidak terikat dengan satu kaum sahaja. Mereka mula bersatu menentang tentera Jepun untuk memastikan mereka dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

RUMUSAN

Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sabah sebelum penjajahan kuasa barat pada kurun ke 19, jelas menunjukkan negeri tersebut mengamalkan sistem masyarakat yang dibawa dari negara asal mereka. Ada juga disebabkan oleh penjajahan Brunei contohnya ekonomi perdagangan dan juga agama Islam. Sistem masyarakat ini ada yang masih diamalkan dan ada yang tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami oleh masyarakat tersebut. Namun selepas campurtangan kuasa-kuasa asing di negeri tersebut, semangat nasionalisme masyarakat Sabah mula bangkit. Terdapat sebilangan kecil masyarakat dan pertubuhan membebaskan Sabah dari penjajah British. Sekumpulan kecil masyarakat Melayu dan Muslim di Labuan, Kota Kinabalu dan sekitarnya menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ), Barisan Pemuda (BARIP) Labuan, dan BARIP Jesselton. Persatuan ini diasaskan oleh guru-guru dan pegawai kerajaan yang berpengaruh dengan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu, Brunei dan Indonesia.

Menyedari hal itu pihak British mula mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha mengekang perkembangan nasionalisme masyarakat ketika itu. Beberapa langkah yang diambil termasuklah menaikkan pangkat mereka yang terlibat atau menukarkan ke tempat lain. Misalnya, Tengku Nordin, Yang Dipertua PKML dan Zakaria Gunn, Setiausaha PKML telah ditukarkan ke Jesselton. Pertukaran ini menyebabkan PKML lemah kerana tiada kepimpinan dan ahli amat terhad di bandar sahaja. Pada tahun 1951 kedua-dua persatuan PKM dan BARIP tidak aktif. Walau bagaimanapun, perjuangan menaikkan taraf masyarakat di Sabah tetap diteruskan oleh persatuan berbentuk sosial dan agama.

PERBINCANGAN-PERBINCANGAN

Sebenarnya fokus utama yang cuba ditonjolkan dalam kupasan tajuk ini ialah bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat hari ini, khususnya di negeri Sabah dan amnya di Malaysia tentang bagaimana masyarakat tradisional suatu masa dahulu mengalami anjakan daripada kehidupan yang bersifat perkauman atau mementingkan corak kehidupan kaum masing-masing kepada suatu bentuk dan cara hidup yang melibatkan soal-soal kemasyarakatan.

Pages: 1 2 3

About the author: Kulanzsalleh

{ 22 comments… add one }

  • zik August 19, 2010, 11:16 pm

    bilalah nak kesabah nie…

    • Steward John August 20, 2010, 1:41 pm

      Ler.. AirAsia tu dah cukup murah tu kalau nak terbang ke Sabah

      • kulanz August 22, 2010, 10:28 pm

        betul, memang murah tambang sekarang ni.. :)

  • Syafrizal August 20, 2010, 12:22 am

    aku tak pernah ke Sabah hehe..
    kalau ada rezeki memang nak ke sana

    • kulanz August 24, 2010, 9:41 pm

      kalau datang nanti bagitau je.. boleh aku bawa jalan-jalan sini

  • tehr August 20, 2010, 6:51 am

    banyak2 negeri di malaysia, hanya sabah je saya belum sampai
    teringin sangat2 nak ke sabah – hehehe

    • kulanz August 24, 2010, 9:43 pm

      ada rezeki datanglah sini.. mana tau nanti kebetulan ada peluang ikut PSKPP

  • ishak August 20, 2010, 1:44 pm

    ingin nak pergi sabah…bukan jauh pun dekat ajer(satu pulau borneo)..tapi modal yang menjauhkan…….

    • kulanz August 24, 2010, 9:44 pm

      boleh konvoi naik kereta.. ramai-ramai datang sini

  • zezebel August 20, 2010, 2:05 pm

    Panjangnye cerita sejarah ni… :D
    Tapi memang siok baca, saya bangga menjadi anak sabah! :-)

    • kulanz August 24, 2010, 9:44 pm

      kalau tulis semua mau 1 inci tu tebal buku.. :D

  • Thoha August 21, 2010, 10:28 pm

    menarik sejarah negeri sabah ni..

  • mancai August 23, 2010, 3:56 am

    insya-Allah december aku akan ke sabah.. itupun kalau tak ada aral melintang

  • GmRincool November 23, 2010, 11:14 am

    Na… kalau Sabah sudah pun di kenali di seluruh dunia, tetapi ada juga yang belum megenali sabah seperti di negara kita ada yang meenyangka orang sabah masih tinggal diatas pokok & tinggal di bukit bukau apa yang mereka sangkan ini masih terpupok dalam hati nurani mereka. Tetapi sekarang orang sabah telah merubah corak hidup mereka. sebenarnya mereka tidak pun tingal di atas pokok cuma itu sangkaan mereka yang belum tahu mengatahui atau belum datang ke sabah. saya bangga saya orang Sabah Malaysia.

    • kulanz November 23, 2010, 7:53 pm

      pernah juga dengar anggapan2 macam tu.. mungkin sebab diorang kurang membaca perihal negeri di sabah… :)

  • mohd saba December 22, 2010, 3:50 pm

    Kami orang bandar, orang kampung atau orang pedalaman..tinggal, makan dan tido dalam rumah..yang tinggal atas pokok tu urang utan..beruk, monyet, kera.

  • ziel January 8, 2011, 3:45 pm

    datang lah sabah

  • Maha Braja March 28, 2011, 4:40 pm

    Greetings to all especially to Sabahan (including to all more than 20 indigenous type of Sabahan)

    I learned from a friend who just came back from missionaries activities in Lahat Datu, the remote indigenous people staying there are in very bad shape. They do not have health facilities where people dying from cholera. The Christians missionaries majority being supported by Peninsular Malaysia’s Chinese and overseas NGOs has been there to help as well as a number of Muslims missionaries traveled there for a helping hands as well a providing “basic education” to the indigenous people. According to my friends most missionaries either from the Christians or Muslims are all being funded by overseas NGOs! If this is true, what is the government doing at the moment?

  • mohd saba June 30, 2011, 8:34 am

    yang tinggal atas pokok tu mmg urang..tapi urang utan..kami orang bandar dan orang kampung tinggal dalam rumah…jadi, jangan takut datang sabah..kluj ada duit lebih, boleh tinggal di hotel mewah dgn harga yang berpatutan..

  • Aisah February 18, 2012, 1:35 pm

    lw ak ..ak ska jln2 d cnie ak tnggal dcnie ..:)

  • mr. bulieng March 1, 2012, 9:22 pm

    salam tn… cerita yang menarik… dan sesungguhnya masih banyak lg cerita tentang sabah yang masih tidak di ketahui oleh umum. terima kasih atas paparan ni…

  • adi August 27, 2012, 9:33 am

    salam, boleh bagitau tak sumber asal (buku,jurnal,monograf, newspaper dsb) untuk artikel di atas. saya perlukan untuk buat assignment. terima kasih.

Leave a Comment