Sejarah Masyarakat Pelbagai Kaum di Sabah

Kupasan ini juga turut menyentuh secara terperinci bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Sabah. Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku bila hendak menghuraikan ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya, termasuklah Sabah sendiri. Ini kerana sebelum kedatangan kuasa Barat, tidak wujud tulisan tentang etnik yang terdapat di Sabah. Kisah mengenai kemunculan dan kehidupan masyarakat di Sabah hanyalah melalui sumber lisan. Jadi tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana penduduk peribumi asli yang mula menduduki Pulau Borneo amnya. Kebanyakan peribumi di Sabah mengalami banyak perubahan migrasi yang beriaku beribu-ribu tahun dahulu. Petempatan awal kaum migrasi ini ialah di pinggir pantai kemudian barulah ke kawasan pedalaman.

Apa yang pasti, satu kesimpulan umum boleh diberikan bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-unsur persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak dapat dinafikan akan terbentuknya variasi ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada sejarah dan pengalaman, pengaruh persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik.

Muzium SabahJadi, daripada perbincangan-perbincangan yang diutarakan di atas, saya cuba ingin membuat kesimpulan daripada daripada apa yang diutarakan dalam perbincangan ini dengan cara mewujudkan persoalan-persoalan yang perlu difikirkan bersama. Siapakah sebenarnya yang dikatakan penduduk pribumi negeri ini? Apakah perubahan-perubahan yang telah dialami oleh masyarakat terdahulu? Apakah wujud semangat nasionalisme di kalangan penduduk berbilang kaum pada masa dahulu? Bolehkan kita membentuk semangat tersebut pada hari ini?

Saya tidak akan memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang di atas kerana jawapannya ada pada diri masing-masing. Itulah pentingnya saya membangkitkan semula sejarah masyarakat tradisional di negeri Sabah sendiri supaya dapat mencetus pemikiran kita semua dan berfikir sejenak dari masa asal usul masyarakat kita dan Apakah punca utama yang membangkitkan persefahaman perkauman atau bangsa ini? Jawapannya tentu ada pada sejarah asal usul kita sendiri.

ANALISIS (NILAI DAN IKHTIBAR)

Dalam perbualan harian dengan rakan-rakan, saya pernah terdengar ada di antara rakan saya pernah berkata, mata pelajaran sejarah adalah mata pelajaran yang mengkaji orang yang sudah ‘mati’. Hati saya turut tergeletik mendengarkan ungkapan tersebut, tetapi secara diam-diam saya sangat tidak bersetuju dengan gurauan tersebut. Pada pendapat saya mempelajari sejarah mempunyai nilai-nilai dan keistemewaannya yang tersendiri. Sejarah adalah peristiwa masa lalu yang menjadi cerminan masa hadapan. Kita boleh meramal masa depan dengan melihat kepada sejarah yang pernah berlaku. Sejarah memberikan banyak ikhtibar dan pengajarannya kepada masyarakat hari ini.

Lihat sahaja keadaan pada masa sekarang, negara berusaha mengekalkan dan menyemarakkan lagi semangat nasionalisme masyarakat di negara ini dengan mewujukan banyak perubahan dan melaksanakan banyak program-program kemasyarakatan. Sebagai contoh, perubahan yang cukup besar dilakukan oleh kerajaan ialah apabila memansuhkan istilah Bahasa Melayu dan menggunakan Bahasa Malaysia bagi menggantikan istilah tersebut. Manakala Program Bulan Kemerdekaan, Warna Warni Malaysia dan sebagainya adalah langkah yang diambil semata-mata untuk mewujudkan semangat nasionalisme di negara ini. Semua ini adalah kerana kita belajar daripada peristiwa di dalam dan luar negara. Kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei berulang. Kita juga tidak mahu negara ini menjadi negara kucar kacir seperti yang berlaku dalam masyarakat di Selatan Thailand, Peristiwa Sampit di Kalimantan atau seperti yang berlaku di Palestin, di mana kerajaan Yahudi sering menindas masyarakat Islam.

Dalam kebanyakan buku-buku sejarah tanah air, kita telah banyak mempelajari Institusi Politik Tanahair, Sistem Sosial, Sistem Pemerintahan, Kejatuhan dan Kebangkitan Kerajaan Melayu Tradisional, Kebangkitan Semangat Nasionalisme dan sebagainya. Tema-tema seperti ini adalah sangat penting untuk kita pelajari kerana catatan sejarah tersebut akan dapat menyedarkan kita betapa peritnya hidup semasa zaman penjajahan dan dalam usaha menuntut kemerdekaan.

Masyarakat hari ini juga perlu mengambil ikhtibar daripada perjuangan-perjuangan tokoh masa lampau yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Sebagai contoh, perjuangan Datu Muhamad Salleh Datu Balu atau lebih dikenali sebagai Paduka Mat Salleh yang berdarah campuran Suluk dan Bajau berasal dari Inanam, Antenom dari suku kaum Murut yang terkenal di Pedalaman Tenom, Pak Musa atau ‘si Musah’ yang berketurunan Sungai dan berasal dari Paitan, Embo Ali, Sharif Osman, Mat Sator, Si Langkap. Tidak patut dilupakan juga perjuangan Kapten Datu Mustapha bin Datu Harun yang merupakan pelopor pejuangan kemerdekaan zaman moden Sabah. Mereka semua adalah ikon pejuang bagi masyarakat Bajau, Dusun, Murut, Brunei, Rungus, Suluk, Irranun dan Bisaya Kesedaran seperti ini agar dapat memupuk semangat patriotisme atau perasaan cinta yang mendalam terhadap tanahair, dan semangat nasionalisme yang dapat membawa kemakmuran negara ini kerana masyarakatnya hidup sebagai satu bangsa melalui ikatan yang kukuh.

PENUTUP

Sebenarnya terdapat banyak pendapat tentang sejarah atau latar belakang masyarakat yang menduduki negeri Sabah. Sesetengah sarjana berpendapat masyarakat pribumi Sabah adalah terdiri daripada masyarakat Kadazan-Dusun yang telahpun menduduki negeri ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Tidak kurang juga yang mengatakan Masyarakat Bajau merupakan penduduk asli yang sebenar. Bahkan ada juga pendapat-pendapat yang menyebut negeri Sabah yang pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara didiami oleh masyarakat Melayu. Ini adalah berdasarkan kepada masyarakat Brunei Tua yang banyak mempengaruhi corak kehidupan di Borneo Utara (Sabah) pada masa tersebut

Namun, permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua penduduk pribumi di Sabah berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang kewujudan satu kaum asli di Sabah. Hal ini telah menyebabkan pertikaian antara kaum pada masa tersebut. Malah, sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada kenyataan tersebut semata-mata untuk mempertikaikan Perkara 20 yang menjadi tuntutan masyarakat di Sabah berkenaan hak-hak pribumi negeri ini semasa proses persetujuan dibuat bagi menggabungkan Sabah ke dalam Tanah Melayu

Walaupun begitu, perihal asal usul masyarakat bukanlah sepatutnya yang menjadi pertikaian antara pelbagai kaum di negeri ini. Apa yang penting imbasan sejarah ini seharusnya menjadi pedoman kepada kita semua bagi menjadi suatu bangsa yang kukuh serta memiliki semangat patriotisme dan nasionalisme demi kebaikan bersama.

Rujukan:

  1. Buyong Adil, Haji, (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Muzik Instrumental Dan Alat-alat Muzik Dusun Tambunan dalam Prof. Dr. Mohd. Taib Osman, Editor 1987. Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia Kumpulan Kertas-Kerja Seminar. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.
  3. H. Luping (___), Sabah’s Dilemma: The political history of Sabah 1960-1994. Kuala Lumpur: Magnus
  4. Ismail Yusof, (1997). Politik dan Agama di Sabah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. Jabatan Muzium Sabah, (1992), Warisan Sabah: Pengenalan Ringkas Sejarah Dan Warisan Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah.
  6. Lee Yong Leng, (1982). Sabah, Satu Kajian Geografi Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  7. Mohd Farid Linggi, (1996), Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  8. Muhammad Salleh (Disember 2001), Konflik perkauman di Sabah: Isu bumiputera dan pendatang asing dari perspektif sosialis.
  9. Peter Chay, (1988), Sabah The Land Below The Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd.
  10. Sheela Abraham, (1993) Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Please like & share:

Comments

  1. GmRincool says

    Na… kalau Sabah sudah pun di kenali di seluruh dunia, tetapi ada juga yang belum megenali sabah seperti di negara kita ada yang meenyangka orang sabah masih tinggal diatas pokok & tinggal di bukit bukau apa yang mereka sangkan ini masih terpupok dalam hati nurani mereka. Tetapi sekarang orang sabah telah merubah corak hidup mereka. sebenarnya mereka tidak pun tingal di atas pokok cuma itu sangkaan mereka yang belum tahu mengatahui atau belum datang ke sabah. saya bangga saya orang Sabah Malaysia.

  2. mohd saba says

    Kami orang bandar, orang kampung atau orang pedalaman..tinggal, makan dan tido dalam rumah..yang tinggal atas pokok tu urang utan..beruk, monyet, kera.

  3. Maha Braja says

    Greetings to all especially to Sabahan (including to all more than 20 indigenous type of Sabahan)

    I learned from a friend who just came back from missionaries activities in Lahat Datu, the remote indigenous people staying there are in very bad shape. They do not have health facilities where people dying from cholera. The Christians missionaries majority being supported by Peninsular Malaysia’s Chinese and overseas NGOs has been there to help as well as a number of Muslims missionaries traveled there for a helping hands as well a providing “basic education” to the indigenous people. According to my friends most missionaries either from the Christians or Muslims are all being funded by overseas NGOs! If this is true, what is the government doing at the moment?

  4. mohd saba says

    yang tinggal atas pokok tu mmg urang..tapi urang utan..kami orang bandar dan orang kampung tinggal dalam rumah…jadi, jangan takut datang sabah..kluj ada duit lebih, boleh tinggal di hotel mewah dgn harga yang berpatutan..

  5. mr. bulieng says

    salam tn… cerita yang menarik… dan sesungguhnya masih banyak lg cerita tentang sabah yang masih tidak di ketahui oleh umum. terima kasih atas paparan ni…

  6. adi says

    salam, boleh bagitau tak sumber asal (buku,jurnal,monograf, newspaper dsb) untuk artikel di atas. saya perlukan untuk buat assignment. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>