Home >> Artikel, Nasional >> Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

by Kulanzsalleh on July 24, 2010 · 24 comments

Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu.

Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.

Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Malayan Union – 1946
Maayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946
Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.

Penubuhan UMNO – 1946
Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948
Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Pilihanraya Pertama
Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Rundingan Kemerdekaan
Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

Suruhanjaya Reid
Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan.

Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan
Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Kemerdekaan Tanah Melayu
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.

Penubuhan Malaysia
Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 24 comments… read them below or add one }

1 Affan July 24, 2010 at 3:48 am

First. hehehe :)

Reply

2 Affan July 24, 2010 at 3:55 am

OK sori bro. hehe.
Bila tgk teringat pulak buku teks sekolah sejarah dulu. baru 2 3 tahun. hehe

cuma kadang2 aku tak setuju pasal semua yg bertentangan dgn perlembangan tidak diterima. kadang2 ada perkara yg bertentangan dgn perlembagaan ttp tidak bertentangan dgn Islam pun ditlak. COntoh tak ingat pulak, tapi mmg ada org pertikaikankan.
Affan recently posted..Realiti Yang Dihadapi Orang IslamMy Profile

Reply

3 donnyien July 24, 2010 at 7:26 am

2nd hehe..ndak gak

Reply

4 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 10:56 pm

Hahaha, ndak mau ketinggalan :D

Reply

5 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 10:55 pm

@Affan, congrate bro dah dapat 1st, hehe
betul macam bro cakap, ada sesetengah perkara yang betul tetapi terpaksa ditolak.. biasalah tu, perlembagaan kan melalui beberapa proses sebelum diterima.. semasa usul dibacakn dan dibahas, ada yg suka, ada tak…

Reply

6 donnyien July 24, 2010 at 7:27 am

x lama g ulangtahun merdeka yg ke 52..

Reply

7 Mus July 24, 2010 at 7:48 am

bukan yang ke 53 ke?

Reply

8 Affan July 24, 2010 at 8:36 am

huhu, aku tak ingat pun. dah lah umur ayah aku sama dgr tahun merdeka. huhu
Affan recently posted..Realiti Yang Dihadapi Orang IslamMy Profile

Reply

9 ishak July 27, 2010 at 12:36 pm

yang ke 53 br0
ishak recently posted..Profile pelakon my fair lady korean dramaMy Profile

Reply

10 Lina Marliana July 24, 2010 at 10:23 am

Nice info.. :)

Reply

11 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 10:59 pm

sekadar berbagi info,
thanks ya sudi singgah sini :)

Reply

12 etomyam July 24, 2010 at 1:12 pm

mantap artikel ni bro…sejarah subjek kesukaanku,
dah nak masuk bulan lapan ni ..ngehehe :D
etomyam recently posted..KERTAS KERJA RINGKAS- PEMANSUHAN UPSR DAN PMRMy Profile

Reply

13 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 10:58 pm

thanks bro,
saja ni bro tukar2 jenis penulisan, semangat bulan Ogos :D

Reply

14 Mr.Z July 24, 2010 at 1:57 pm

info yang sangat bermakna..thanks bro..
teringat dulu subjek sejarah kat sekolah.. hehe
Mr.Z recently posted..Drama Bersiri Popular Nur Kasih DifilemkanMy Profile

Reply

15 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:03 pm

subjek sejarah ni aku suka bro.. banyak simpan koleksi artikel pasal sejarah negara

Reply

16 ishak July 27, 2010 at 12:38 pm

biasanya pelajar universiti banyak cari info sebegini…untuk buat research
ishak recently posted..Profile pelakon my fair lady korean dramaMy Profile

Reply

17 Nizam6281 August 23, 2010 at 5:04 am

Terjumpe blog ni plak masa tengah cari maklumat
Hahaha
Thanks
Nizam6281 recently posted..KENAPA KELUAR IKLAN INNITY PADAHAL PASANG MANGGAADMy Profile

Reply

18 Eyza Amaya September 28, 2010 at 3:21 pm

Thanks for the info. Been looking for this infos to complete my ethnic relation assignment. Syukran jazilan *nah kuih raya*

Reply

19 BRYAN February 11, 2011 at 9:32 pm

gud article. i juz need it rite now.. keep up!!

Reply

20 Nizam February 17, 2011 at 9:18 pm

info yang sangat berguna buat nizam..
p/s:tengah mencari maklumat untuk buat asemen.. hehe
Nizam recently posted..Blog Nizam dengan rupa yang baruMy Profile

Reply

21 kulanz February 17, 2011 at 9:43 pm

terima kasih singgah.. moga dapat dimanfaatkan :)

Reply

22 yus June 28, 2011 at 8:22 pm

trima ksih

Reply

23 magdelina jn April 14, 2012 at 11:00 pm

thanks for these valuables info..really need them rite now..mgbu

Reply

24 shamzuri salleh February 5, 2013 at 7:54 pm

thanks bro…
mmg berguna dan sgt membantu… terutama bg mereka yg sedang belajar dan ingin mengetahui tentang sejarah negara kita.
sharing is caring… :-)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner