Sejarah SPM Wajib Lulus Tahun 2013

Dalam banyak perkara yang difokuskan sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, salah satu yang menarik perhatian saya ialah pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan penetapan syarat wajib lulus mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013 nanti.

Maknanya mata pelajaran Sejarah akan jadi macam Bahasa Malaysia juga calon wajib lulus untuk mendapatkan sijil. Bagaimanapun semasa menulis artikel ini saya belum mendapati mana-mana pernyataan yang menjelaskan sama ada pengumuman ini adalah keputusan rasmi kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia) atau baru di peringkat cadangan. Kita tunggu perkembangannya nanti dan jika ada penyataan mengenainya saya akan kemaskini kemudian.

Untuk lebih jelas, berikut adalah berita berkenaan yang saya petik:

Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.

Selain itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara.

“Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini,” katanya.

Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah. (Sumber: mstar online)

p/s: Berharap dalam jangka masa terdekat ini ada syarat dikuatkuasa supaya semua wakil rakyat atau mereka yang memegang jawatan dalam politik wajib lulus ujian kenegaraan sebelum dibenarkan memegang atau bertanding mana-mana jawatan dalam politik. Tujuannya, tak lain tak bukan untuk “membentuk kefahaman yang mendalam di kalangan ahli politik terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini”. Ada setuju?

Please like & share:

Comments

  1. etomyam says

    subjek kegemaranku tu sejarah. setuju sangat cadangan bro tu, ramai suka membahas sesuatu isu tanpa merujuk kepada sejarah

    • kulanz says

      orang yang tak tahu sejarah tak menghargai peristiwa masa lalu.. sebab tu tak kisah buat apapun masa ni.. tu yang kadang jadi kacau-bilau

  2. says

    sejarah ni patut diterapkan dengan cara yang lebih berkesan pada anak muda kita dari kecil lagi, bukan sekadar untuk lulus exam tapi supaya mereka kenal akan jati diri, bangsa dan negara. Itu cara terbaik untuk menyatu padukan rakyat.

  3. dedoku says

    sejarah mengajar kita kesilapan semalam supaya tak berulang lagi di masa hadapan. sejarah membentuk peradaban. Setuju dengan usul ni..mmg penting subjek sejaraha ni. Pasal ahli politik tu setuju gak. xde la nanti diorang main ikut semboroni je. Kena tahu asas perjuangan unutk bangsa dan negara.

  4. says

    setuju 100%.
    Bercakap berdasarkan sejarah itu lebih baik dari merapu dan merepek tak tentu pasal.

    Harap pelajar juga memahami sejarah sebenar negara.

  5. says

    huhuh..sejarah ni subjek yg aried xminat tau… bila cikgu masuk kelas, aried pun masukkan la mp4 kedalam telinga.. hahahha…
    pe2 pun berkat doa semua, still dapat A1…hehhehe.. pelik tapi benar ni

  6. says

    Lulus sejarah merupakan satu cadangan yang baik! Malah lebih-lebih setuju dengan syarat dikuatkuasa supaya semua wakil rakyat atau mereka yang memegang jawatan dalam politik wajib lulus ujian kenegaraan sebelum dibenarkan memegang atau bertanding mana-mana jawatan dalam politik.

    • christine says

      semua rakyat di Malaysia ini harus tahu asal usul negara kita ini.

      so, saya setuju dgn keputusan ini….
      tapi harap2 matapelajaran sejarah ini memudahkan pelajar..

  7. azura bt. pun says

    salam…sebagai guru sejarah sudah tentu berita inilah saya tunggu sejak sekian lama…sedih melihat anak bangsa tak kenal akar umbi bangsa sendiri..apatah lagi bangsa lain yang melihat subjek sejarah sebagai subjek yang tidak akan membawa mereka ke mana-mana….ada jugak yang bertanya sama ada boleh “drop” tak subjek sejarah….alahai…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>