Home >> Pendidikan >> Selamat Menyambut Hari Guru 2010

Selamat Menyambut Hari Guru 2010

by kulanz on 16/05/2010 · 6 comments

Salam semua. Pada tahun ini sekali lagi kita berpeluang meraikan sambutan Hari Guru di negara ini. Jadi dalam kesempatan ni, saya juga mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, tidak kira di mana juga bertugas. Tiada apa yang mampu saya berikan melainkan ucapan jutaan terima kasih di atas didikan kalian. Semoga jasa-jasa para pendidik diberkati olehNya.

Sebagai perkongsian juga, berikut saya sertakan sedikit info berkenaan Sambutan Hari Guru ini untuk pengetahuan bersama. Semoga dapat dimanfaatkan.

Pengenalan Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Logo Hari Guru

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Tema Hari Guru
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Lagu Hari Guru Tahun 2010

“Guru Pembina Negara Bangsa”

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Download lagu tema Hari Guru dan Lagu Guru Malaysia di sini

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Kata kunci artikel:

laporan razak, guru pembina modal insan gemilang, tujuan majlis hari guru, artikel ke arah kecekapan guru dan pendidikan bermutu, Guru kreatif teras pendidikan cemerlang, kepentingan menyambut hari guru, maksud guru penyemai tanggung jawab bersama, peranan guru

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 5 comments… read them below or add one }

1 tehr May 16, 2010 at 8:56 am

cabaran bagi guru-guru sekarang terlalu tinggi – tugas untuk mendidik tidaklah semudah tugas untuk mengajar – kerjasama dari ibu bapa dan masyarakat sangat diperlukan memandangkan pelajar hanya 6 – 7 jam sahaja di sekolah – selebihnya di luar sekolah
.-= tehr´s last blog ..Guru Dulu Vs Guru Sekarang =-.

Reply

2 khairul May 16, 2010 at 11:30 am

makasih tn..saya rasa sudah cukup hanya dengan kata2 ‘terima kasih’..kerana ucapan itu bererti setiap apa yg guru lakukan sudah dihargai. :)

Reply

3 jawatan kosong May 16, 2010 at 8:19 pm

Menjadi guru tidaklah mudah. Saya berterima kasih kepada guru yang telah mendidik saya menjadi “orang”.
.-= jawatan kosong´s last blog ..MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS PROFESSIONAL VACANCY =-.

Reply

4 sinagarimba May 17, 2010 at 12:32 am

salam bro.
selamat hari guru.
guru ibarat lilin. Sanggup membakar
diri sendiri untuk menerangi orang lain.
Semua orang-orang hebat kat dunia bermula
dari seorang guru.
dan kita patut berterima kasih dengan guru

Reply

5 apiih May 18, 2010 at 1:43 am

masih sempat lagi ke nak wish??huhuhu..selamat hari guru buat semua guru.. :)
.-= apiih´s last blog ..Final Is Coming!! =-.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: