Home >> Nasional >> Selamat Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri Malaysia: Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

Salam, sebagai salah seorang warganegara Malaysia, saya tidak lupa mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang ke-57. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat negara ini, seterusnya membawa Malaysia ke merju kecemerlangan, dari semua segi.

Sebagai perkongsian juga, berikut adalah sedikit biografi Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.

Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

BIODATA

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa, Norashman Razak
Latar Belakang Pendidikan:

  • St. John Institution, Kuala Lumpur
  • Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
  • Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 – Kini

Timbalan Perdana Menteri
31 Oktober 2004 – 2 April 2009

Menteri Kewangan
17 September 2008 – Kini

Menteri Pertahanan
1999 – 2008

Menteri Pendidikan
1995-1999

Menteri Pertahanan
1990-1995

Menteri Belia dan Sukan
1987-1990

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1986-1987

Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan
1981-1982

Timbalan Menteri Pelajaran
1980-1981

Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1978-1980

Eksekutif Petronas
1974-1976


Sumber: Pusat Maklumat Rakyat, Kementerian Penerangan Malaysia

Kata kunci artikel:

biodata najib razak, biodata najib tun razak, najib razak biodata, latar belakang pendidikan najib tun razak, rumah pm najib tun abd razak, biodata tun najib tun razak, biodata najib tun abdul razak, biodata datuk seri najib tun razak, biodata datuk najib tun razak, maklumat perdana menteri malaysia, biodata dato seri najib, biodata Dato Seri Najib Tun Razak, seorang perdana menteri malaysia berkhidmat berapa tahun?, tun najib abdul razak biodata, tempat kelahiran perdana menteri malaysia, najib razak latar belakang, najib tun razak nama, nama datuk datuk najib, nama penuh dato seri najib tun razak, pencapaian datuk seri najib tun razak

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 25 comments… read them below or add one }

1 etomyam July 23, 2010 at 1:32 am

oh hari ni besday YAB PM ya, thanks info ni bro.
etomyam recently posted..WP Autopublishing Plugins- Autoblogged &amp WP-RobotMy Profile

Reply

2 kulanz July 23, 2010 at 2:12 am

u’r welcome bro,
sebagai perkongsian bersama..

Reply

3 Affan July 23, 2010 at 9:08 am

Hehe. thanks info.
tak pernah tau pun.
takde cuti ke? hehehe
Affan recently posted..Cadangan Pembinaan Masjid di tapak Ground ZeroMy Profile

Reply

4 jawatan kosong July 26, 2010 at 11:38 pm

waa tak de cuti keja ya..
jawatan kosong recently posted..TSH Resources Berhad Jobs GM Planning &amp Operations KLMy Profile

Reply

5 tehr July 23, 2010 at 1:59 am

nasib baik tak ada pelajar yg tanya
aku tak tahu pun hari ini birthday perdana menteri
kalau tidak… malu je yg dapat
tehr recently posted..Entah Berapa Ekor BabiMy Profile

Reply

6 kulanz July 23, 2010 at 2:13 am

Pernah juga buat rujukan biografi PM ni.. jadi dapatlah ingat sikit2.. :D

Reply

7 Affan July 23, 2010 at 9:09 am

owh cikgu ke. hehe.
selalu cikgu sejarah je yg kena tanya soalan2 cmni kot.
Affan recently posted..Cadangan Pembinaan Masjid di tapak Ground ZeroMy Profile

Reply

8 yoy July 23, 2010 at 2:19 am

walaupun aku tak suke..tp hormat je la sebab dye PM..:)
yoy recently posted..Duit Raya- Ramadhan Semakin HampirMy Profile

Reply

9 kulanz July 23, 2010 at 2:23 am

betul tu bro.. akupun hormat dia sebagai ketua pentadbir negara :)

Reply

10 AbgFeroZ July 23, 2010 at 4:36 pm

aku baru ja post.. laju jugak ang ekk..
AbgFeroZ recently posted..Malaysia DiserangMy Profile

Reply

11 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:08 pm

awal2 dah tulis entri ni.. tinggal publish je :D

Reply

12 zik July 24, 2010 at 12:03 am

banyak juga jawatan yang dia jawat sebelum naik ke PM nie…

Reply

13 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:16 pm

banyak tu bro.. bagus kalau dapat bagi kita :D

Reply

14 suri July 24, 2010 at 1:21 am

beliau mmg seorang yang cerdik pandai kan ;)

Reply

15 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:22 pm

itu memang diakui..

Reply

16 donnyien July 24, 2010 at 7:25 am

baru tau..aku pon lahir julai gak hehe

Reply

17 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:23 pm

aah.. ari tu ada tulis di blog juga kan? :)

Reply

18 TMUkmkd July 24, 2010 at 9:20 am

tak de doodle dari google :p
TMUkmkd recently posted..IBM DB2 Terbang Ke Awan Bersama UbuntuMy Profile

Reply

19 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:24 pm

hehe.. kena tunggu google buka stesen di malaysia :D

Reply

20 Mus July 25, 2010 at 2:12 am

aku baru perasan..

Reply

21 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:25 pm

xpa tu bro.. nanti boleh ingat sudah, hehe

Reply

22 cikmin July 25, 2010 at 9:44 am

baru teringat,PM diraikan oleh 100 posmen baru2 ni..
cikmin recently posted..Ayam Kicap LimangMy Profile

Reply

23 Kulanz Salleh July 25, 2010 at 11:25 pm

beruntung beliau diraikan macam tu..

Reply

24 Amir July 25, 2010 at 4:42 pm

hepi belated besday to DSNTR. :D
Amir recently posted..Ramadhan Buffet 2010 PromotionMy Profile

Reply

25 kaca mata October 15, 2010 at 4:12 pm

semoga Malaysia terus maju kehadapan
kaca mata recently posted..3D glasses eyewear will be on marketMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: