Adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat, 13 Julai 2012.
Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan boleh menyemak keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari. Semakan boleh dibuat menerusi tiga saluran utama iaitu;
- Laman sesawang KPT di http://upu.mohe.gov.my;
- Talian bantuan (Helpline) 03-8870 6777, talian hotline03-8870 6767; dan
- Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh dibuat dengan cara menaip; UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Jika merujuk kepada Tarikh Penting Permohonan ke IPTA 2012/2013, tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 adalah pada 01 dan 02 September 2012. Bagaimanapun itu adalah tarikh cadangan dan calon adalah dinasihatkan merujuk kepada tarikh yang ditetapkan pada keputusan itu nanti.
Semoga berjaya!
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 12 comments… read them below or add one }
Salam..
Tentu para calon yang sedang menunggu keputusan STPM dah tak sabar untuk mengetahui keputusan mereka..
Semoga graf keputusan calon STPM pada kali ini semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya..
Doa, Semoga rakan-rakan saya dapat menempatkan diri ke IPTA. Kalau tak sekarang saya dah leh semak. huhu
semenjak dah takde adik beradik yang sekolah lagi aku dah tak ambil tahu pasal tarikh-tarikh ni semua haha. kalau tak dulu aku la orang pertama yang alert
Betul ler topo… semenjak dah tak de adik beradik mmg dah tak ambil tahu… lagi satu stpm ni kurang glamour… hehehehe
Salam Alaiyka,
Yang menunggu tu musti berdebar-debar. Sebab terasa tu la benda penting dalam hidup (masa tu je).
Dah lama tak ambil port tang SPM ni sebab dah tak dak sedara mara yang ambil. Sebab semua dah besar atau masih kecik. Hehe
aah..saya pon, semua adik beradik dah abis belajar..hehe
moga2 mereka belajar di U nanti
bukan buat hal tak berfaedah
aku percaya saswa/siswi dengan stpm ni lebih matang
hoho..rindu aku zaman belajar dulu-dulu..
mudahnya sekarang.. hantar sms, online..
tak perlu berbaris menyemak
zaman semakin canggih. sms aje
Kemasukan IPTA…semoga pelajar2 ni bermanfaat masuk UNI
teknologi di hujung jari