Home >> Pendidikan >> Semak Keputusan Temuduga KPLSPM 2012

Semak Keputusan Temuduga KPLSPM 2012

by Kulanzsalleh on April 30, 2012 · 19 comments

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hari ini (30 April 2012 – Isnin) telahpun membuka Aplikasi Online Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012. Semakan boleh dibuat mulai jam 2 petang.

Untuk makluman, butiran tentang tarikh temuduga, semakan keputusan dan tarikh pendaftaran masuk adalah seperti berikut:

*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM

Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.

  1. Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  2. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  4. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  5. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  6. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Kepada calon-calon yang telah mengisi borang permohonan, diucapkan selamat berjaya dan mengikuti temuduga KPLSPM. Jika ada kelapangan anda juga boleh merujuk entri: Jawapan Kenapa Memilih Profesion Keguruan sebagai panduan untuk mengikuti temuduga nanti. Bagi yang tidak berjaya pula jangan berputus asa kerana peluang untuk anda melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang lain masih terbuka luas.

Kemaskini 5 Jun 2012: Sila rujuk > Semakan Tawaran Kemasukan KPLSPM Jun 2012


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 19 comments… read them below or add one }

1 Nad May 1, 2012 at 12:24 am

Kalo nk taw results untuk rayuan cam ne n bila???

Reply

2 kulanz May 1, 2012 at 11:50 pm

tidak pasti sama ada masih dibuka untuk rayuan atau tidak.. tunggu pengumuman seterusnya

Reply

3 titan May 1, 2012 at 4:17 pm

aku dah penat belajar nih. hehe..

Reply

4 kulanz May 1, 2012 at 11:52 pm

senangkan kalau dah lepas :)

Reply

5 Mus May 1, 2012 at 7:32 pm

selamat berjaya kepada semua calon

Reply

6 ema May 3, 2012 at 1:34 pm

erm..dy ade tulis untuk buat rayuan..tapi x tau ble kptusannye..cmna nk tau??

Reply

7 mardhiyah May 3, 2012 at 5:57 pm

alhamdulillah dapat temu duga tuu..tapi takut nak cakap depan orang :(

Reply

8 Rina As May 4, 2012 at 5:55 am

Dunia internet memudahkan banyak urusan tak terkecuali dengan pendidikan
Sukses buat semua calon…

Reply

9 kanagesh May 5, 2012 at 4:56 pm

kalau dpt 3a je blh msuk mktab x?

Reply

10 IPTB PSV May 6, 2012 at 3:26 am

jom dapatkan tips temuduga KPLSPM di sini.

Reply

11 IPTBPSV May 9, 2012 at 4:29 am

2A pun bleh dpt maktab. Yg penting keyakinan anda semasa temuduga. :)

utk tips temuduga. click di bawah

http://ipgktbpsv.blogspot.com/2012/05/tips-tips-menhadapi-temuduga-kplspm.html

Reply

12 mieyla May 16, 2012 at 12:03 pm

bila rayuan maktab kluar…?

Reply

13 irwan May 20, 2012 at 9:47 pm

macam mane dengan rayuan temuduge??bilekah tarikh pengumuman nye??

Reply

14 kulanz May 20, 2012 at 10:37 pm

tak silap saya ada makluman yang BPG akan menghubungi pemohon jika rayuan berjaya.. kalau tak berjaya bermakna tiada surat menyurat dikeluarkan

Reply

15 rahimah mok June 1, 2012 at 7:11 pm

knp ada sesetgh org bgtau yg intake for IPG adalah 6jun???

Reply

16 byany June 5, 2012 at 9:26 am

camne nk cek kputusan temuduga kmsukan ke maktab hri ni 5jun ye?

Reply

17 can June 5, 2012 at 10:50 am

jam dua start check…

Reply

18 mat June 5, 2012 at 12:26 pm

mcm na nk check??tlg bgtaw jap..

Reply

19 zalina June 14, 2012 at 10:55 pm

Camne nak cek rayuan temuduga untuk masuk maktab..aduh..kesian dekat anak buah n kakak..harapan terlalu tinggi…..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner