Kemaskini 22/04/2013: Klik di SINI untuk Semakan Temuduga PISMP / KPLSPM Jun 2013.
Jika merujuk kepada Kalender Aktiviti Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012, hari ini, 05 Jun adalah tarikh yang dijadualkan untuk calon-calon yang berjaya mengikuti temuduga KPLSPM lepas membuat Semakan Tawaran atau mengetahui Keputusan Kemasukan sama ada calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau sebaliknya.
Semakan saya di laman aplikasi Permohonan KPLSPM 2012 (http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/index.cfm) awal pagi ini mendapati aplikasi untuk Semakan Tawaran/Keputusan Kemasukan belum diaktifkan. Walau bagaimanapun calon-calon tidak perlu risau kerana seperti yang dinyatakan di laman sesawang berkenaan, tarikh tersebut hanyalah sebagai panduan calon dan ia tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
Kepada mereka yang berjaya diterima masuk mengikuti program KPLSPM 2012 diucapkan tahniah dan semoga peluang yang diberikan digunakan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tidak berjaya diharap jangan berputus asa kerana peluang untuk anda menyambung pelajaran juga masih terbuka pada bila-bila masa.
Kemaskini 05/06/2012 (12.50 p.m): Semakan nama calon berjaya ditawarkan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 telah dipinda kepada tarikh 11 Jun 2012 (Isnin). Calon boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bermula 11 Jun 2012 selepas jam 2.00 Petang. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia). Harap maklum.
Kemaskini 11/06/2012 (2.25 p.m): Aplikasi semakan nama calon yang berjaya ditawarkan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 telahpun dibuka. Sila layari laman berikut untuk semakan:
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/tawaran/login.cfm
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 35 comments… read them below or add one }
Pada yang berjaya tahniah! Bagi yang tidak, cuba cari peluang lain..
tahniah kebenda…tunda plak…
aik…cmna nak cek law nak tguk dpt kha tmuduga mktb nhey???
xdpt pown kat cnhey..hehee..
jadi guru pilihan yg terbaik..klua da minat bagus juga..
Tahniah kepada yang berjaya..
Semoga berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.. dan berjaya menjadi seorang guru yang cemerlang..
Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa.. Mungkin rezeki anda ada di tempat lain..
mcm mn nk check result ni????blm aktif lg.hmmmmmmmm
pihak pendidikan guru cakap dah ditangguh ke 11 jun…benarkah??? boleh tolong check dan update bagi kita tahu
aduh knpapa blom terbuka lagi??????????????????????macam mana nak semak ni??????????????????????????????????????????????????????/
ah….11 jun ke???????????????????????????????????/
mna satu yg btl???? 5 jun or 11 jun????????????????????????
Semakan pada 11 Jun 2012
maaf, ingin bertanya, sekiranya keputusan ditangguhkan, kenapa tiada sebarang pemberitahuan di laman web kementerian atau di bgp?
ada dimaklumkan di laman KPM.. sila rujuk http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2722
Semakan nama calon berjaya ditawarkan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 telah dipinda kepada tarikh 11 Jun 2012 (Isnin). Calon boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang KPM bermula 11 Jun 2012 selepas jam 2.00 Petang. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia). Harap maklum.
bdebar sy menunggu kputusan..tgok2 mggu dpan la pla..T_T
taniahlah kepada yang berjaya!!
yela..semoga teruskan usaha utk lebih cemerlang..
tak lama lagi keluar la. tunggu aje..
nampaknya ramai yang dah tak sabar tu
selamat berjaya untuk semua
Tekanan semua they all yg menunggu…
geram..
sepatutnya,pihak kpm xleh wat camni…saya tinggal di kedah….adik saya dpat twaran uitm d shah alam dan kna dftar 2 jun ni…tpi,dia tunggu coz kpm kta kluaq result kplspm 5 jun ni…tba2,rsult tunda smpai 11 jun,so smalam kmi trpaksa hntar adek sy ke shah alam coz result kluaq lwat sngat..bila smpai uitm,mcam2 prblem tmbul coz dia daftar lwat…..kpm mnyusahkan..sya ykin ramai lg yg mnghadapi msalah mcm adek sya ni…klu nanti adik sy dpat mktab,,,kmi trpaksa ambil dia d shah alm,,,,bukanya dkat …jauh kot….
tq atas information yg dberi
bedebar tunggu result..arhhhhhhhhhhhhh…..hope i got it.amin
asyik2 tunda pula..
tunda lagi??
Kemaskini 11/06/2012 (2.25 p.m): Aplikasi semakan nama calon yang berjaya ditawarkan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 telahpun dibuka. Sila rujuk pautan di bawah entri untuk membuat semakan. Selamat berjaya..
tahniah!!! kepada yang berjaya… yang x brjaya jgn ptus asa yee..peluang mc byk..
i got finally!!!!!!!1
boleh sya tawu alamat IPG ?
boleh x beritahu cara nak semak rayuan kplsm 2012?? sebab ibubapa saya sangat mengharapkan saya dapat msuk maktab..
agree dgn cahayanur!
saya dah x tahan duk UM, T_______T stress gile kot blaja kt sini!
dapat tau ja x dapat masuk mktab ari tu, sy nanges smpai bgkak mata T.T
mcm mana nak semak keptusan ambilan jun 2013 perguruan ? saya dh check dkt kalendar aktiviti dan hari ni 22 april tarikh semakan dibuka .
Sila rujuk kemaskini berikut:
http://kulanzsalleh.com/semakan-tawaran-temuduga-pismp-kplspm-jun-2013/
harap dpt tawaran cikgu ye….
gud luckkkkk:=)