Home >> Pendidikan >> Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM

Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM

by Kulanzsalleh on April 4, 2011 · 36 comments

Saya menerima banyak pertanyaan daripada pembaca blog ini, sama ada melalui entri berkenaan atau melalui email berhubung kelayakan dan juga temuduga bagi Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Jun 2011. Rekod carian hari ini juga kebanyakannya berkisar tentang KPLSPM. Jadi untuk menjawab pertanyaan tersebut, saya terbitkan entri ini lebih awal walaupun semakan keputusan temu duga sebenarnya hanya boleh dibuat bermula minggu hadapan.

Untuk makluman saya tidak terlibat secara langsung dalam proses penentuan kelayakan dan pemilihan calon. Bagaimanapun berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman sendiri ditambah dengan rujukan daripada laman web berkaitan saya cuba kongsikan apa yang saya tahu berdasarkan pertanyaan yang dikemukakan. Jadi sekiranya ada lagi pertanyaan tentang Syarat dan Kelayakan Pemohon, anda rujuk terlebih dahulu komen/respon di entri > Permohonan KPLSPM. Selain itu syarat minimum yang ditetapkan oleh KPM juga boleh dirujuk di SINI.

Semakan Temuduga KPLSPM
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan KPLSPM atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai 12 April 2011 di laman web: http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian). Selain itu, tarikh bagi temuduga dan semakan tawaran kemasukan pula adalah seperti berikut:

Tarikh Temuduga: 18 – 29 April
Semakan Tawaran: 21 mei 2011
Tarikh Kemasukan: 20 Jun 2011

*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.

  1. Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  2. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  4. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  5. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  6. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Awal-awal saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mengikuti temuduga KPLSPM. Jika ada kelapangan anda juga boleh merujuk entri: Jawapan Kenapa Memilih Profesion Keguruan sebagai panduan untuk mengikuti temuduga nanti. Semoga berjaya.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 36 comments… read them below or add one }

1 suffer8zine April 4, 2011 at 12:47 pm
2 kulanz April 5, 2011 at 11:29 pm

yang penting jadi guru baik :)

Reply

3 Ray Ban June 27, 2011 at 3:55 pm

hi guys this is great blog and good knowledgeable information get here

Reply

4 Nur'Aini April 23, 2012 at 4:12 pm

nak tanya… ay pelajar lpasan spm 2011. bila temuduga nak diadakan..?? di mana sy nak dapat kan maklumat tentang tarikh temu duga.

Reply

5 akubiomed April 4, 2011 at 1:04 pm

Ramai yang berminat memilih profesion menjadi guru. Baguslah kalau yang mempunyai niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa

Reply

6 kulanz April 5, 2011 at 11:30 pm

betul tu bro, yang penting ada minat dan kesungguhan

Reply

7 amira farhanah April 4, 2011 at 1:08 pm

salam, kplspm ambln khas uec, sma dan smu tu berbeza ke dgn kplspm yg biase?

Reply

8 yusri April 4, 2011 at 4:09 pm

Amira, kplspm khas itu untuk calon yang memohon bidang agama dan juga pendidikan bahasa cina. Memang berbeza

Reply

9 kulanz April 5, 2011 at 11:33 pm

terima kasih bro tolong jawab.. memang betul, ambilan khas UEC & SMA/SMU tu hanya untuk pengkhususan Bahasa Cina dan Pendidikan Islam

Reply

10 yusri April 25, 2011 at 7:48 pm

sama sama bro…

Reply

11 denaihati April 4, 2011 at 2:58 pm

beribu-ribu lemon trafik singgah entri ni dan blog denaihati.com merasai lempahan nya …terima kasih

Reply

12 kulanz April 5, 2011 at 11:34 pm

Strategi tu bro :D

Reply

13 benjy April 5, 2011 at 12:53 am

Rasa tidak keterlaluan kalau saya nak umumkan ‘BLOG MESTI BACA UNTUK LEPASAN SPM’ … Kalau bagi iklan kat harian metro entri blog ni pasti dalam masa 0.032 saat kedangaran kereta2 memasuki trafik blog ini sehingga polis trafik dari cawangan trafik KL datang untuk mengawal lalulintas …. selain sesak dengan berbagai no plat kereta pasti ada juga insiden kemelangan kecil kerana emergency brake … kekekekeke … anda bijak memilih entri… tahniah …Tq ..

Reply

14 kulanz April 5, 2011 at 11:35 pm

wah bro.. label tu :D
trafik xdalah sesak mana pun.. janji dapat kongsi apa yang perlu

Reply

15 tehr April 5, 2011 at 2:32 am

seorang anak sepupu aku memohon untuk tahun ini

selamat memasuki alam pendidikan kepada semua yang terpilih nanti

Reply

16 kulanz April 5, 2011 at 11:36 pm

moga ada rezeki anak sepupu bro..

Reply

17 ohcikgu April 5, 2011 at 10:19 pm

lambat lagi keluar resultnya. Apapun, semoga mereka akan berjaya bagi yang cuba apply.

Reply

18 kulanz April 5, 2011 at 11:38 pm

lambat sikit sebab tempoh permohonan hari tu dilanjutkan..

Reply

19 yana April 6, 2011 at 11:29 am

permohonan kplspm msh d buka ke?

Reply

20 nor diana April 6, 2011 at 12:46 pm

permohonan kplspm masih di buka ke

Reply

21 Aeris Yee April 24, 2011 at 6:16 pm

Saya ialah orang cina,saya ingin tau bahawa adakah saya ambil kursus bahasa melayu pendidikan rendah adakah susah bagi orang cina untuk dapatkan ia berbanding dengan orang melayu?
Dan tempay temuduga saya adalah di IPG KAMPUS,HULU KINTA,31150,IPOH,PERAK,saya memang tat tau pergi tempat ni,ada alamat yang lebih jelas??Sila tolong saya,minta maaf.Terima kasih.

Reply

22 Pelatih IPG April 11, 2012 at 11:39 am

salam..sya nk jwab soalan kmu tu..sbgai seorang pelatih yg study kt IPG ni, saya ada pengalaman dan pengetahuan yg luas berkaitan dgn kursus-kursus yang ditawarkan..berkenaan dgn soalan kmu itu, pemilihan adalah tidak berdasarkan perkauman, tetapi sebaliknya berdasarkan result spm kmu..sma ada kmu melayu atau cina, itu tidak penting..sya juga seorang pelatih opsyen bahasa melayu dan bkan bagsa melayu..dlm kelas sya, rmai pelatih bangsa cina…ksimpulannya, dlm klas saya opsyen bm, smua bangsa ada..Melayu, Iban, Melanau, Kenyah, Kadazan, Dusun, Bajau, Bugis, Melayu Brunei, dan Cina. .1Malaysia ktakan…jdi jgn risau ttang perkra tersebut..:)

Reply

23 kishen May 8, 2011 at 10:12 am

leh x saya tahu…bila saya perlu semak untuk mengetahui…adakah saya berjaya dalam sesi temuduga….kplspm bagi ambilan jun 2011?leh saya tahu tarikhnya tak..???maseh>>

Reply

24 Andy@simple resume May 8, 2011 at 5:20 pm

Adik member dah apply,tapi asyik kena reject ,insyallah kali ne mesti dapt

Reply

25 Assassins May 11, 2011 at 10:41 pm

IPG sucks there will be firework and someone will died with C…

Reply

26 thenmolichanran May 15, 2011 at 2:31 pm

doa mmpu mengubah sgalanya…sbgai insan byak brsbar sbb ia sepruh dr imam…kalo tk dpt pin wat stpm….

Reply

27 thenmolichandran May 15, 2011 at 2:34 pm

21 mei kishen…but i tk tau kalo date ditukarkan…keep check in kpm…ok…gd luck 4 u all…

Reply

28 kishen May 17, 2011 at 10:38 pm

maseh thenmolichandran……atas..pemberitahuan ….anda….maseh banyak2….>>>
:)

Reply

29 CINTA May 21, 2011 at 9:34 am

y xleh nak cex kptsn tmuduga ni…..tolongggg…

Reply

30 mira May 21, 2011 at 12:53 pm

so we can checked the offered for kplspm uec sma/smu now??
its same kplspm n kplspm uec sma/smu??

Reply

31 Nur May 24, 2011 at 2:52 pm

bagaimana nak buat rayuan?

Reply

32 kak nas June 1, 2011 at 5:13 pm

Salam 1 Malaysia….

Saya menyuarakan rasa kecewa bagi pihak ibubapa mengenai temuduga khas pendalaman yang diadakan di Nabawan pada 7 Mei 2011.. kami mengharapkan agar ada peserta calon temuduga khas pedalaman tersebut yang berasal dan lahir dari daerah Nabawan diambil mengikuti kursus KPLSPM ambilan Jun 2011. Namun demikian apa yang diharapkan sebaliknya, tidak seperti yang dijanjikan bahawa Calon asal dari Nabawan Pensiangan diberi keutamaan kerana mereka sahaja lah yang akan kekal bertugas di daerah sendiri… namun x seorang pun yang diberi peluang walhal ada juga calon yang mempunyai 7 A…….yang lain tu hanya jadikan Nabawan Pensiangan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan pekerjaan…..X lah semua tetapi ada segelintir. Sedih la macam ni kan… kesian kami……..Yang paling sedih Nabawan salah satu pusat temuduga tapi hairankan tiada calon layak dan x pasti mcm ada khabar angin calon luar dari Pedalaman yang dapat. Tolong beri peluang. Fikirkan…. TQ.

Reply

33 best rss feed submission January 27, 2012 at 11:33 am

I never guessed about RSS blog submission at rss submit service. However, now I have got my business and I need to turn to some systems of search engine optimization. I need my site to become well optimized abruptly and I opine that I should ask specialists for qualified help!

Reply

34 Izzy March 14, 2012 at 8:49 pm

yang untuk 2012 ada tak?

Reply

35 akmal roslan April 2, 2012 at 9:42 am

kalau sye nk nuat perubahan permohinan macam mana yer…saya nk tkar tmpt temu duga sbb sye terambil di tun husin oon johor…

Reply

36 masz April 4, 2012 at 9:53 am

urm sye pon nk kemaskini sye pnye pmohonan mcm mne erk…..
huhuhu!!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner