Home >> Info >> Semakan Tawaran Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Semakan Tawaran Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

by Kulanzsalleh on April 25, 2012 · 7 comments

Entri kali ini adalah khusus kepada pemohon-pemohon yang telah mengemukakan permohonan pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) bagi mengikuti Program Matrikulasi Ambilan 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon melalui internet boleh disemak mulai 25 April 2012. Semakan boleh dibuat melalui dua cara, iaitu semakan atas talian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Untuk semakan secara atas talian. Pemohon boleh melayari laman sesawang:
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Untuk semakan melalui SMS:
Taip MOE<jarak>MAT<jarak>No.Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan. Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Makluman lain berkenaan tarikh pendaftaran dan rayuan boleh dirujuk di laman Bahagian Matrikulasi KPM di: http://www.moe.gov.my/bmkpm/


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 7 comments… read them below or add one }

1 tehr April 26, 2012 at 12:08 am

Tahniah kepada yang berjaya
Jangan lupa buat persediaan secukupnya nanti

Reply

2 kulanz April 26, 2012 at 11:02 pm

banyak persediaan yang perlu dilakukan

Reply

3 Mus April 26, 2012 at 12:07 pm

kepada yang tak berjaya.. jangan mengalah… perjalanan hidup masih jauh

Reply

4 kulanz April 26, 2012 at 11:04 pm

masih ada peluang yang lain lagi

Reply

5 titan April 26, 2012 at 5:32 pm

takpe..siapa yang tak berjaya..leh apply kerja jadi drebar sambilan aku. hoho..

Reply

6 kulanz April 26, 2012 at 10:54 pm

tu peluang bagus bro.. aku pun nak apply juga :D

Reply

7 SHAA January 8, 2013 at 9:51 am

saya nk tnya , saya lpasan spm2012 . saya ada beli no pin mtrik . tpi akbat leka , saya trlwat utk isi borang prmohonan . soalannya , adkah permohonan akan dibuka smula dan bila ? atau no pin yg saya beli tuu dh xblh guna ?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner