Home >> Pendidikan >> Semak Tawaran Temuduga PISMP/KPLSPM Jun 2013

Semak Tawaran Temuduga PISMP/KPLSPM Jun 2013

by Kulanzsalleh on April 22, 2013 · 3 comments

Semakan Tawaran Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP) atau turut dikenali sebagai KPLSPM Jun 2013 sepatutnya boleh dilakukan bermula hari ini jika merujuk kepada Kalender Aktiviti Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2013.

Walau bagaimanapun, semakan saya di laman aplikasi Permohonan KPLSPM 2013 (http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm) sehingga jam 9.00 malam tadi mendapati aplikasi untuk Semakan Tawaran/Keputusan Kemasukan belum diaktifkan.

Kemaskini: Laman semakan panggilan temuduga boleh diakses di alamat berikut: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/temuduga/login.cfm

Jadi kepada calon-calon yang telah mengemukakan permohonan, diharap dapat bersabar kerana seperti yang dinyatakan di laman sesawang berkenaan, tarikh tersebut hanyalah sebagai panduan dan ia tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.

Semak KPLSPM

Berikut adalah Kalender Aktiviti Permohonan KPLSPM 2013 yang dimaksudkan.

Bil Aktiviti Tarikh
1. Iklan akhbar permohonan Program PISMP Ambilan Jun 2013 dalam akhbar tempatan. 17 Mac 2013
2. Permohonan secara on-line dibuka 22 Mac 2013
3. Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). 31 Mac 2013
(11:59 malam)
4. Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM. 22 April 2013
5. Temu duga PISMP Ambilan Jun 2013.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang telah dilengkapkan).
29 April
hingga
10 Mei 2013
6. - Semakan tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
– Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM
- Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG.  
17 Jun 2013
7. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran).
24 Jun 2013

Untuk mengetahui perkembangan terkini semakan Temuduga KPLSPM 2013, anda boleh merujuk semula kemaskini di artikel ini dari semasa ke semasa atau melayari terus laman sesawang permohonan di laman:

http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm

Kemaskini 26/04/2013: Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).

Kepada yang berjaya atau ditawarkan untuk menghadiri Temuduga KPLSPM/PISPM Ambilan Jun 2013, anda boleh baca > Panduan/Tips Menghadiri Temuduga sebagai panduan awal.

 

Kemaskini 18/06/2013: Segala urusan berkaitan Pengambilan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 telah berpindah ke:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 1, Enterprise Building 3,
Blok 2200 Persiaran APEC, Cyber 6,
63000 Cyberjaya
(Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar)

No Telefon: 03-8312 6766 / 03-8312 6720 / 03-8312 6734


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 3 comments… read them below or add one }

1 titan April 28, 2013 at 12:51 am

ha..kena check cepat-cepat ni..

Reply

2 anip May 1, 2013 at 9:20 pm

all the best pada yang berjaya…pada yang kurang bernasib baik, teruskan berusaha..

Reply

3 zainab mahdi May 28, 2013 at 8:04 pm

saya terlepas tarikh semakan tawaran ni bagi pihak anak saya,dia edang mengikuti PLKN sehingga hujung Jun ini,macam mana saya nak tahu samada permohonan dia di terima atau tidak.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner