Hari ini saja-saja layan aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dibuat serentak di seluruh Malaysia. Dah kena mestikan turut serta jadi mahu tak mahu terpaksa juga turun padang. Janji dah pijak rumput padang dah kira sahlah tu. Baru tahu yang senamrobik pagi tadi adalah yang terbesar pernah dibuat dan turut dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’. Disertai lebih kurang 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara.
Di tempat kami, semua pelajar, guru dan staf sokongan ambil bahagian. Ditambah dengan beberapa orang ibu bapa yang turut bagi sokongan, jadi ada jugalah lebih 100 orang yang menyertai senamrobik tadi.
Part ni yang paling best. Selepas senamrobik budak-budak semua duduk berehat. Giliran bapa dan mak budak pula enterframe. Bukan selalupun saya tunjuk muka kawan-kawan dekat blog ni. Ada peluang tangkap gambar ramai-ramai macam ni bolehlah tumpang promosi. Ada kenal sesiapa di sini?
Okey, siap laporan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.










{ 31 comments… read them below or add one }
Anak saya pon join sukan ni kat skola dia, tq atas komen tu ye, nanti nak pasang plug in platinum tu, tq again
ok.. xda masalah.. harap boleh selesai problem
Bagus juga ada aktiviti macam ni.. Secara tidak langsung dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersenam..
Bila kita bersenam, badan jadi cergas, otak jadi cerdas..
rakyat Malaysia kurang bersenam jadi kena buat program macam ni
JPN terima ke laporan macam ni? haha..
JPN tak terima.. sebab tu aku publish di blog saja, hahaha
tp mana tau satu hari nnt guna blog utk submit laporan pula..
betul juga tu bro..
wah kira paksa rela lah nih, aku belum pernah lagi join senamrobik nih
rela dan terpaksa.. aku jalan2 atas padang saja
Ya memang seronok..sekali sekala senamrobik ramai2 dgn penduduk kg.berpeluh juga wooo….
kalau buat secara beramai-ramai memang seronok..
Aku tak bersenamrobik
Hanya jadi tukang gambar je
Tapi berpeluh gak la, kesana kemari
sama macam aku juga bro.. janji dah pijak rumput di padang, hahaha
Salam alaiyka.
1. Terpegun lihat langit yang biru cantik. Lama sungguh tak tengok langit macam tu.
2. Bandingkan gambar papa dengan mummy semua bergaya. Yang kaum bapa posing gaya serious, yang ibu ibu gayanya, fuhhh mengambil kesempatan bila ada kamera sahaja. Hehe.
waalaikumsalam
-langit di kawasan laut.. memang selalunya biru bila cuaca cerah
- ibu-ibu dipaksa untuk bergaya lebih
Cantik gambar2 cikgu snap
terima kasih..
kebetulan cuaca terang jadi senang sikit ambil gambar
wahhh hebat ni…gambarku tak jadi…boleh download pic ni…
nanti boleh combined untuk siapkan laporan
aksi ibubapa dan guru lebih hebat gayanya.
ambil kesempatan sekali-sekala
eh ni berseman ke bergambar sambil joging heeee
dua-dua sekali, hehehe
masa muka malu2 waktu ini mesti d buang jauh2 heeee
ramai juga yang masih mengekalkan rasa malu tu..
Owh patutlah..ada kawan,seorang cikgu yg merungut kena siapkan lagu untuk senam robik nih hehehe…satu malaysia rupanya.
memang banyak juga kena prepare sebelum senamrobik tu..
terpegun melihat gambar-gambar ni. Cantik! Maksud saya, sudut dari mana gambar itu di ambil… dan saya suka warna baju biru itu pada gambar pertama sekali. Ya, saya peminat warna biru!
Cuaca cerah. Bersemangat murid-murid melakukan senamrobik.
ermmm…bla lg snam robik nhe dpt kna bwat lg sa mw btul kna bwat bap syooookkkkk…..