Siapa sangka, hanya dengan menjadi bintang di Youtube, beberapa individu mampu menjana pendapatan hinggan ratusan ribu. Begitulah yang dilaporkan oleh firma penyelidikan TubeMogul hasil daripada hasil daripada kaji selidik yang dijalankan firma berkenaan. Jadi sengaja saya kongsikan di sini, memang bagus ni, mana tau ada idea nak buat klip Youtube, boleh tambah duit raya.
Walaupun nama-nama bintang YouTube itu mungkin tidaklah dikenali sangat di kalangan penduduk dunia, tapi mereka memang terkenal di dunia maya terutamanya menerusi klip video di laman Youtube yang disiar melalui internet. Menurut TubeMogul, sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.
Berikut adalah senarai 10 bintang terkaya Youtube yang dimaksudkan.
1. Shane Dowson
Shane Dawson merupakan seorang pelawak satira yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS). Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.
2. Video The Annoying Orange
Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615). Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali.
3. Philip DeFranco
Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip. Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali.
4. Ryan Higa
Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS pernah menghasilkan video komedi yang ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970).
5. Lukas Cruikshank
Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska. Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.
6. Shay Carl
Shay Carl merupakan seorang bekas juruhebah radio yang telah menerbitkan lebih 100 filem. Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali.
7. Mediocre Films
Berada di tangga ketujuh ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053).
8. Video Smosh
Video Smosh telah memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali. Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon.
9. The Young Turks
Video berita The Young Turks berada di tangga ke-9 dengan menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali.
10. Natalie Tran
Tempat kesepuluh penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia. Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali.
Lepas ni sesiapa nak menjana pendapatan melalui Youtube, bolehlah hasilkan video kreatif dan menarik perhatian ramai. Tapi jangan pula buat video yang tak senonoh. Memanglah dapat hit atau jumlah tontonan yang banyak, tapi bukan duit yang dapat melainkan malu.
Sumber: Kosmo online


{ 39 comments… read them below or add one }
boleh tahan..
umpama macam jual muka je kan..hehe
duit masyuk…
syahrilhafiz recently posted..Semuanya tentang fikir kehadapan
blh try pasni bro.
lu kan hennse. keh2
haha..
memang pun..kahkah..
tapi tak sanggup..
hehehe.. cara modern tuk jana penghasilan…
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
haha. perasn la ko bro. hehe

acapz recently posted..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53
try la bro mane tahu tersenrai menjadi bintang youtube terkaya tuah manusia kite x tahu
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
kena cari idea nie..macam ne nak kasi banyak orng tengok video kita.. huhu..bukan senang tuh..
zik recently posted..Merdekakah kita
Hrmmm… begitulah org yg mampu mengambil kesempatan dengan bijak dan mampu membuat wang walau kadangkala tidak terfikir oleh kita…
Nazz recently posted..Bila Jalur Gemilang Dibakar
menggunakan idea pelik untuk menjana wang satu kaedah yang tidak dan jarang difikirkan oleh manusia normal
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
blh buat duit gak?
peh, skg ni macam2 cara blh buat duit
memang pun..
semua skank boleh, usaha je..
haha
syahrilhafiz recently posted..Semuanya tentang fikir kehadapan
idea + kreativiti = boleh jana duit zaman sekrang ni tanpa mengeluarkan model sesen pun
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
bagus gak ni
guna youtube untuk mendapat side income
video yg diupload tu mesti bermutu
wazy recently posted..1 Malaysia – Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Ke 53
wah hebat..aku video gambar anak luar nikah yang aku upload dekat youtube hari tu,mendapat 7000, view sahaja setakat ini…rasanya kalau ada handycam mahu sahaja aku buat video pendek untuk siarkan dekat youtube..mana tahu boleh dapat duit nanti
ishak recently posted..Menghasilkan kesan letupan pada gambar
info yg menarik ni, bila la pulak aku nak merasa ni..dapat top 100,000 pun jadik bro

etomyam recently posted..Blogger Goes Nuts
bro kulanz
setakat ni tak jumpa lagi tutorial mengenai video dan youtube ni
cara nak dapat duit tu…
tehr recently posted..Memandu Kereta Balik Beraya
pergh! mmg mantop..tp kalu wat vdeo dalam bm rase2 laku x? haha
haru recently posted..Contest- Menangi Duit Raya Sehingga RM200
baru umur 22 tahun, dah jadi antara bintang terkaya..
masyuk tuhh..
Mr.Z recently posted..Promosi Hebat! Produk Kecantikan Paling Berkesan!
nak cuba juga le.. kena fikir idea yang best – best ni….
QIMIE recently posted..SM Nasarudin kahwini Marion Rose Caunter
owh..boleh dapat duit eh buat video at youtube?
tak tahu selama ni…
cikmin recently posted..Keluar Air Mani Bulan Puasa
aku ada gak upload video utube promosi link affiliate,stu sale pn xdapat lagi huhu,tu diorang dpat duit macamne ek bro?..
hanif recently posted..Duit Raya Sehingga RM200 Untuk Dimenangi
femes kerana video yang baik kira ok..
jgn pula kerana video kontroversi
Mus recently posted..Kisah Belacan dan Paku- Mat Salleh Yang Cakap Melayu
pergh!!!
seronok gila!
hakimfaridzul recently posted..Pengarah Kampus Masuk Blog Aku Selepas Sahur
waaaah..dgn YT pon blh jana pndapatan..hebat2 diorg nih..hehe
apiih recently posted..Hidup Seorang Blogger-Blogger Yang Gila Twitter
interesting
video aku paling byk view 10000 ja
Wan recently posted..Aku Lihat Layu dalam Melayu
Kaya dorang..rezeki dorang kat sana……..kalau ada yang nak study pasal video YT ni..tanyalah 10 top tu……………
Mis1 recently posted..TIPS KEJAYAAN 1
Ni iklan dari adsense ka?
zezebel recently posted..Tamu in Kota Marudu
hebat..hebat !!!!
pehhh
mantap sangat boleh belajar dari sini.
Bang Iwan recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER sebagai Pe eR Te
Lepas ni mesti akan ada promo ads “Mari menjana wang melalui youtube” pula =d
hafidz recently posted..Minggu Ketiga Ramadhan
hihi..dah ade satu produk lisahilmi..care buat duit dari youtube..hohoho
hafizmd recently posted..Esok cuti! Apa maknanya
video marketing..mmg cukup power andai pandai gune..hihi..mmg diorang cukup kreatif..
hafizmd recently posted..Esok cuti! Apa maknanya
macam nak try je ni…menarik2
try la at least ada wakil dari Malaysia
anak melayu pun hebat gak…banyak video ‘hebat’ dan ‘panas’ yang diupload. cuma tak menggunakan bahasa omputih je, kalau tak dah fames gak
Kalau guna keyword omputih, tak laku kot.. setakat laku kat Malaysia je..
Samdaddycool recently posted..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
yg oren anoying tu pnh tngok dlu. xthu lak kaye diew ni.haha. tp tngok siyes nk sepak je oren tu. mcm haram. lawl. hahaa
acapz recently posted..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53
perghh gila la dengan menggunkan youtube sebagai platform tanpa model pun boleh jadi jutawan