Home >> Nasional >> Senarai barang kawalan sempena aidil fitri 2010

Barang kawalanSalah satu perkara yang memang sinonim dengan suatu perayaan adalah kenaikan harga barangan. Setiap kali musim perayaan, pasti akan berlaku kenaikan harga pada suatu barangan. Biasalah kan, hukum ekonomi, kalau permintaan dah meningkat, pengeluar atau pemborong pun cenderung untuk menaikkan harga atas alasan tertentu.

Bagaimanapun sebagai pengguna, kita perlu juga tahu yang terdapat beberapa barangan yang telah disenaraikan sebagai barang kawalan. Kerajaan hari ini telahpun menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa dari 3 hingga 17 September depan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.

Barangan tersebut termasuk dua barangan baru iaitu daging kerbau tempatan dan santan yang merupakan barangan keperluan bagi musim perayaan ini. Dua barangan yang digugurkan pula adalah ubi kentang import (Indonesia dan China) serta bawang putih (China) kerana harga pasarannya yang tidak stabil, katanya semasa mengumumkan pelaksanaan skim kawalan harga tersebut di sini hari ini.

Senarai barangan yang terkawal itu termasuklah:

  • Harga maksimum bagi santan adalah RM6.00/kg
  • daging kerbau tempatan adalah RM19.00/kg (borong) dan RM21.00/kg (runcit).
  • Harga ayam hidup ialah (borong: RM5.40/kg, runcit: RM6.10/kg),
  • Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM6.35/kg, runcit: RM7.20/kg),
  • Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM7.20/kg, runcit: RM8.05/kg)
  • Daging lembu tempatan (borong: RM18.00/kg, runcit: RM20.00/kg).
  • daging kerbau import (India)
  • telur ayam gred A, B dan C,
  • kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing),
  • cili merah
  • tomato
  • kelapa biji
  • kelapa parut
  • kacang tanah import
  • bawang merah kecil (India)
  • ikan kembung.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berikut adalah petikan sebahagian daripada kandungan berita:

… beliau berkata kerajaan juga bersetuju memansuhkan keperluan untuk para peniaga mendapatkan lesen menjual barangan harga terkawal di musim perayaan.

“Walau bagaimanapun mereka masih tertakluk kepada peraturan lama iaitu perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal. Jika tidak, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara di bawah Akta Kawalan Harga 1946 atau kompaun sehingga RM7,500, bagi orang perseorangan.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan denda maksimumnya adalah RM25,000 atau kompaun sehingga RM12,500,”

Jadi kepada para pengguna, jika mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang disebutkan atas tu, anda boleh laporkan kepada kementerian berkenaan melalui talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada [email protected]

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – http://kpdnkk.bernama.com

Kata kunci artikel:

harga borong bunga kantan

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 40 comments… read them below or add one }

1 iza August 27, 2010 at 10:22 pm

Salam…

Aduh….
harga barang naik lg…
fenomina biasa la kan….
iza recently posted..Mengimbau Kenangan Silam 1 RamadhanMy Profile

Reply

2 ray ban August 28, 2010 at 7:19 pm

harga naik pihak mane perlu dipersalahkan???
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

3 kulanz August 28, 2010 at 11:28 pm

memang fenomena biasa kalau musim perayaan, dah hukum ekonomi macam tu :)

Reply

4 jawatan kosong August 30, 2010 at 11:46 pm

ya itulah mesti jimat cermat…
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel TraineesMy Profile

Reply

5 QIMIE August 27, 2010 at 10:34 pm

saya jual santan rm 5.00 ringgit sekilo.. masalah kelapa pulak takde bro!.. La ni nak ambil lesen jual rokok pula.. macam – macam..
QIMIE recently posted..Cinta Tak Semestinya Bersatu!My Profile

Reply

6 Luth Textile August 28, 2010 at 12:53 am

wah.. lesen jual rokok
Luth Textile recently posted..Ini bukan kes “cepat melatah”My Profile

Reply

7 kulanz August 28, 2010 at 11:30 pm

kena ambik juga tu bro :)

Reply

8 ray ban August 28, 2010 at 7:16 pm

rokok electronic ke ke???
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

9 kulanz August 28, 2010 at 11:29 pm

@Qimie, dah kira murah tu bro.. tapi memang betul kelapa sekarang ni susah nak cari..

Reply

10 azizan4444 August 27, 2010 at 10:56 pm

memang bagus semua barang ni dikawal harganya..dekat raya ramai peniaga yang amik peluang naikkan harga, suka2 mereka..tgk dekat bazar pon boleh tahan harga..mahal2 makanan..ni klu kat kedai runcit lg la mahal kot..
azizan4444 recently posted..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2My Profile

Reply

11 kulanz August 28, 2010 at 11:52 pm

tapi kalau dekat kampung, ramai juga peniaga yang tak ikut ketetapan harga..

Reply

12 zik August 27, 2010 at 11:27 pm

harga ayam tuh memang wajar dikawal…
zik recently posted..Menangi Duit Raya Sehingga RM200!My Profile

Reply

13 kulanz August 28, 2010 at 11:53 pm

betul tu bro zik, nanti kalau harga daging ayam mahal, orang cari ayam yang lain pula :D

Reply

14 adamfaiz August 27, 2010 at 11:44 pm

Harapan semoga pemantauan dan penguatkuasaan diperhebat..jika tidak orang ramai jadi mangsa peniaga tamak
adamfaiz recently posted..9 Tahun Bersama SarahMy Profile

Reply

15 kulanz August 28, 2010 at 11:57 pm

betul tu bro, buat pengumuman bukan main lagi.. tapi nak buat penguatkuasaan jarang sangat, terutama kawasan kampung

Reply

16 tpinky August 27, 2010 at 11:45 pm

brod kulanz.. u know what.. semalam sy p beli bunga kantan utk buat laksa…. 1kuntum bunga kantan da jadi RM3.50.. terkejut sy… bgtu sekali diorg naikkan harga. terpaksa beli juga sbb apa la jd laksa kalau teda bunga kantan kan
tpinky recently posted..Cuti-Cuti WanitaMy Profile

Reply

17 serol August 28, 2010 at 12:03 am

itu la, kita kadang2 terpaksa, kalau tak beli, tak dapat semua ramuan nak memasak. hmm
serol recently posted..Awak- boleh pakai purdah takMy Profile

Reply

18 tpinky August 29, 2010 at 12:39 am

yup btl…. oleh kerana mmg niat mau buat laksa utk hantar ke surau.. keluar g pasar KK jam 10malam huhu… sana jak ada sejak 2 hari mencari
tpinky recently posted..Teringin Mengandung Lagi My Profile

Reply

19 kulanz August 28, 2010 at 11:59 pm

@tpinky, 1 kuntum RM3.50 memang mahal sangat tu.. mungkin sebab penjual tu tau yang susah nak dapat bunga kantan, sebab tu dia naikkan harga..

Reply

20 tpinky August 29, 2010 at 12:41 am

sy rasa mcm tu juga.. cara jual mcm jual telur penyu pula tu… hmmm bgs tanam sendiri kan..
(huhuhu rupa pokok bunga kantan pun nda penah nampak)
tpinky recently posted..Teringin Mengandung Lagi My Profile

Reply

21 serol August 28, 2010 at 12:04 am

harap2 takda lagi yang suka hati nak naikkan harga barang2.. naya je kena saman nanti.. :D
serol recently posted..Dosa 24 jam di facebook- sedarkah kitaMy Profile

Reply

22 kulanz August 29, 2010 at 12:22 am

tu bergantung kepada pihak penguatkuasa juga.. kalau diorang rajin memantau, masalah macam tu mesti berkurangan

Reply

23 Luth Textile August 28, 2010 at 12:55 am

bab label harga barang tu penting. ramai pengguna terkeliru. kuatkan penguatkuasaan tu pon dah cukup
Luth Textile recently posted..Ini bukan kes “cepat melatah”My Profile

Reply

24 kulanz August 29, 2010 at 12:24 am

ada peniaga ni pandai.. saja kelirukan pembeli dengan label harga..

Reply

25 mrnamie August 28, 2010 at 1:29 am

bila macam ni kena salu pantau… kadang2 bila terlepas pandang yang ada kes jual harga tinggi dari harga kawalan.. huhu
mrnamie recently posted..Blog aggregator personalMy Profile

Reply

26 kulanz August 29, 2010 at 12:27 am

betul, tak guna buat peraturan kalau xda tindakan susulan..

Reply

27 etomyam August 28, 2010 at 2:16 am

bagus info ni…tak ta la pulak kita sampai kena import kubis dari indonesia dan china
etomyam recently posted..Panduan Cegah Pecah RumahMy Profile

Reply

28 kulanz August 29, 2010 at 12:38 am

di kundasang, ranau masih banyak kobis lagi.. boleh import dari sini :D

Reply

29 tehr August 28, 2010 at 4:06 am

senarai barang kawalan ni sangat bagus – cuma saya lebih suka kepada pemantauan dan pengautkuasaan yang berterusan dari kerajaan

…hari tu gula dalam kawalan juga [sudahnya sukar sekali nak dapatkan gula]
tehr recently posted..Pantun Berkait Zakat FitrahMy Profile

Reply

30 kulanz August 29, 2010 at 12:43 am

betul tu, kalau buat peraturan xda pemantauan, x jadi juga..

Reply

31 ain August 28, 2010 at 5:42 am

kalau setakat kawal jer tak membantu jugak, kena ada pemantauan dan penguatkuasaan….

baru la peniaga tak naikkan harga sewenang-wenang…
ain recently posted..Projek Baru KamiMy Profile

Reply

32 kulanz August 29, 2010 at 1:00 am

memang pemantauan tu sangat perlu..

Reply

33 acapz August 28, 2010 at 10:16 am

barang naik lagi ke. vavi je. huhu. kng mkn pe je. roti je la. huhu
acapz recently posted..Menganalisis Kelakuan Malware Dengan Buster Sandbox AnalyzerMy Profile

Reply

34 rashid August 28, 2010 at 10:43 am

Kenalah gunakan ayam direban untuk buat lauk…nasib baik family pekebun…hehe
rashid recently posted..Petua-Petua Ringkas Dari Aku- Tak Cuba Tak TahuMy Profile

Reply

35 Mr.Z August 28, 2010 at 5:35 pm

walaupun barang harga sudah dalam kawalan, tak mustahil akan ada juga penjual yang menjual barangan yang melebihi harga kawalan..kena berwaspada..
Mr.Z recently posted..Promosi Hebat! Produk Kecantikan Paling Berkesan!My Profile

Reply

36 zezebel August 28, 2010 at 6:37 pm

Ini termasuk harga kat Sabah ker boss?
zezebel recently posted..One month anniversaryMy Profile

Reply

37 ray ban August 28, 2010 at 7:15 pm

sekarang harga ayam di Kedah naik mendadak mahal gila teruk la musim perayaan ni
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

38 ishak August 29, 2010 at 1:24 am

harga barang naik kita kenalah berjimat
ishak recently posted..Menghasilkan kesan letupan pada gambarMy Profile

Reply

39 cikmin August 29, 2010 at 5:45 am

nak raya je naik harga barang..dah la tahun ni kami ada projek mega raya di rumah moyang bujang kenit..berpeluh jugak la nak bayar ni… :P
cikmin recently posted..Nombor Telefon Cinta KiranaMy Profile

Reply

40 mancai August 30, 2010 at 9:40 pm

ish2.. berbelanjalah dengan berhemat

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: