≡ Menu

Senarai Menteri Kabinet Sabah 2013

Kabinet Baru Kerajaan Negeri Sabah akhirnya dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) menang majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Selain kementerian sedia ada, Kerajaan Sabah juga mewujudkan Kementerian Tugas-tugas Khas yang menggantikan Kementerian di Jabatan Ketua Menteri. Portfolio itu disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang yang menggantikan ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Musa AmanDatuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah

Senarai Menteri Kabinet Sabah Terkini (2013)

Ketua Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Ketua Menteri:
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah

Kementerian Kewangan
Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang

Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Ahfang Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Yahya Hussin
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli

Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri: Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu menteri:
1. Datuk Bolkiah Ismail

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri: Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru)

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Yuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)

Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri: Datuk Teo Chee Kang (muka baru)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah
3. Datuk Ellron Angin

Kementerian Luar Bandar
Menteri: Datuk Radin Malleh (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Bin Kabang (muka baru)

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri: Datuk Siringan Gubat (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Binti Samat (muka baru)

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah (muka baru)

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru)

Menteri Kabinet Sabah 2013

Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.

About the author: Kulanzsalleh

{ 12 comments… add one }

  • akubiomed May 10, 2013, 11:06 pm

    Ada beberapa muka baru didalam kabinet Sabah. Bila ada muka baru tentu beri sesuatu yang dinamik dari pemerintahan.

    • Kulanzsalleh May 11, 2013, 3:35 pm

      ya.. harap dapat membawa perubahan kepada negeri Sabah secara menyeluruh…

  • lumai May 11, 2013, 7:30 pm

    Dalam susunan kabinet negeri sabah yang baru sepatutnya wakil rakyat dari suku kaum murut di beri peluang dilantik sebagai TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH,SATU MENTERI PENUH,DAN SATU PEMBANTU MENTERI.Kita imbas kembeli dalam era kerajaan BERJAYA sampai era kerajaan PBS suku kaum murut tidak di pinggirkan kerana ada dilantik TYT,TIMBALAN KETUA MENTERI,MENTERI PENUH,PEMBANTU MENTERI,SENATOR DAN JUGA SETIAUSAHA POLITIK,sebelum ini ke semua wakil rakyat dari suku kaum murut semua “PEMBANTU MENTERI” sekarang SATU MENTERI PENUH DUA PEMBANTU MENTERI.Sepatutnya perkara ini di suarakan oleh PERSATUAN MURUT SABAH,KENAPA MURUT DI PINGGIRKAN.(MURUT JANGAN TIDUR)

    • Pemerhati May 13, 2013, 9:21 am

      Kau ni tidak habis2 tukang batu api… suka betul Sabah tunggang langgang.. sapa juga yang tidur. ko la mangkali tuh!

      • warga sabah April 21, 2014, 5:07 pm

        Otaknya tidur dari melihat ke arah positif.

    • warga sabah April 21, 2014, 5:05 pm

      bukankah ini keputusan selepas pilihan raya?. seharusnya kau sudah tahu kan, “ini keputusan rakyat memilih pemimpin”.

  • Cikgu Hairul May 12, 2013, 1:32 pm

    Ramai muka baru dalam kabinet kali ini. Tunggu pembaharuan dari kerajaan Sabah untuk rakyatnya.

  • botakilmu May 13, 2013, 8:56 pm

    Harap-harap muka baru ni dapat bawak pembaharuan di sabah.Kalau jadi mcm yg lama haru la jugak.

  • titan May 15, 2013, 10:55 pm

    wah, masih musa ahmad.

  • jefri May 16, 2013, 12:14 pm

    tawau tiga dun jadi menteri…TAWAU BOLEH

  • Rina June 1, 2013, 8:37 am

    ternyata di Sabah juga sudha diumumkan siapa saja kabinetnya…

  • sabahan April 21, 2014, 5:09 pm

    kenapa tidak, sabah diberi peluang mentadbir negerinya sendiri?.

Leave a Comment