Semalam Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah Kohort 3 tahun ini. Watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebagai makluman bersama, pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing. Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.
Baca juga artikel sebelum ini:
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 3 Tahun 2012
10 Buah Sekolah Rendah
- SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu
- SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu
- SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
- SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
- SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
- SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang
- SK Minden Height, Pulau Pinang
- SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
- SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah
- SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor
4 Buah Sekolah Menengah
- SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
- SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
- SM Sains Johor, Kluang, Johor.
Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga sahsiah moral dan agama di negara ini.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 12 comments… read them below or add one }
Nampaknya ada 5 buat sekolah dari Johor yang tersenarai..
dah banyak sekolah di Johor diikhtiraf sebagai SBT… Sabah juga yang belum ada.. tapi kalau sekolah daif Sabah memang pendahulu
nampak macam byk ekolah kat Johor…tahniah semua
betul tu bro, Johor banyak diikhtiraf sebagai SBT
kat banting..ada satu je sekolah kluster. sekolah lama aku. haha
mesti banyak kenangan di sekolah tu kan?
Kelantan juga tak termasuk dalam senarai
macam Sabah juga
terasa macam nak masuk sekolah balik, boleh masuk sekolah berprestasi tinggi ni
Semua sekolah sains, memang la berprestij. Huiiii
Bangga nya sekolah saya dah dapat pengiktirafan SBT.. SM Sains Tuanku Jaafar Maju Sempurna…
SIGS dan SKBU2… menjadi kebanggaan ku!