Home >> Pendidikan >> Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia

by Kulanzsalleh on February 21, 2011 · 15 comments

Baru sahaja lebih kurang 3 hari lepas, Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011. Penarafan ini dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.

Jadi sebagai rekod dan juga perkongsian, berikut adalah 23 buah yang diberi penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011:

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

NKRA

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan tumpuan ketiga dalam NKRA Pendidikan

Penambahan ini menjadikan bilangan keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di negara ini sebanyak 43 buah. 20 buah sekolah sebelum ini (tahun 2010) telah diumumkan pada Kohot 1 lepas:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Apa yang lebih membanggakan, salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam SBT tahun ini, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak merupakan sebuah sekolah pedalaman. Pemilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai membuktikan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah tidak terbatas di kalangan sekolah bandar yang serba lengkap dengan kemudahan prasarana tetapi juga boleh dicapai oleh mana-mana sekolah tanpa mengira status lokasi.

Semoga pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi di atas akan menjadi motivasi kepada pihak pengurusan, guru-guru dan warga sekolah-sekolah lain untuk mencapai kecemerlangan.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 15 comments… read them below or add one }

1 mancai February 21, 2011 at 5:45 am

tertarik dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak… tahniah

Reply

2 kulanz February 26, 2011 at 12:19 am

memang bagus sekolah tu.. boleh dijadikan contoh ni..

Reply

3 tehr February 22, 2011 at 1:33 am

memang sepatutnya sekolah2 ini deberi ganjaran
banyak masa dan tenaga diperlukan untuk sampai ke tahap mereka
tahniah

Reply

4 kulanz February 26, 2011 at 12:20 am

itulah yang sepatutnya..
setiap usaha perlu dapat ganjaran.. tak kira apa bentuk sekalipun..

Reply

5 arif February 22, 2011 at 8:40 pm

tahniah kpd sume skola…tp skola aku xde pn.. :(

Reply

6 kulanz February 26, 2011 at 12:21 am

mungkin tahun depan plk giliran sekolah bro..

Reply

7 cermin mata February 23, 2011 at 11:37 am

nama sekolah aku xtermasuk pula

Reply

8 kulanz February 26, 2011 at 12:22 am

boleh masuk juga tu bro :)

Reply

9 Mus February 23, 2011 at 7:07 pm

walau[un aku Sarawakian..
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak 1st time aku dengar nama tu

Reply

10 kulanz February 26, 2011 at 12:23 am

lebih kurang aku juga ni.. banyak sekolah di sabah ni yang aku x tau lagi :D

Reply

11 daus February 25, 2011 at 4:11 pm

tahniah kepada sekolah-sekolah yang tersenarai

Reply

12 kulanz February 26, 2011 at 12:25 am

ya.. tahniah juga

Reply

13 sulaiman March 18, 2012 at 8:32 pm

Bilakan keputusan rasmi sekolah-sekolah yang layak mendapat anugerah New Deal 2011 dapat keputusan ?

Reply

14 sulaiman March 18, 2012 at 8:33 pm

Bilakah keputusan penarafan NKRA New Deal 2011 mendapat keputusan ?

Reply

15 janice poh May 4, 2014 at 12:42 pm

sekolah saya termasuk pula

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner