Saya ingatkan hanya laman web besar seperti Malaysiakini dan laman web ahli politik pembangkang saja yang jadi sasaran serangan siber, rupanya blog tahap kampung-kampung ini pun turut menerima serangan hingga sukar untuk dilayari.
Kebetulan masa kejadian saya baru hendak mengemaskini entri. Bila login saja di dashboard, ada beribu user sedang online, sesuatu yang memang jarang berlaku. Pelik dengan apa yang saya lihat, saya rujuk IP Address dan URL yang mereka buka. Hampir semuanya dari IP luar negara dan URL blog saya yang mereka akses, berakhir dengan -?replytocom#. Memang sah bukan pengguna biasa.
Tidak puas hati sekadar merujuk di dashboard wordpress, saya buka cpanel. CPU Usage 100/100 %; Entry Processes 20/20. Tidak lama selepas itu, bila buka blog, mesej ‘Bandwidth Limit Exceeded’ dipaparkan. Nampaknya longgokan trafik palsu yang besar tadi telah berjaya menyebabkan kesesakan hingga blog ini tidak dapat dilayari.
Saya tidak pasti sama ada ia jenis serangan Distributed Denial of Service (DdoS), httpd attack atau spambot sebab semua tu di luar bidang kemahiran saya. Dan siapa punya angkara saya sendiri tak tahu. Cuma saya memang agak kurang senang kerana serangan dilakukan beberapa kali secara berulang.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 38 comments… read them below or add one }
Bahaya ni. Harap ada cara untuk mengurangkan serangan!
memang ada cara untuk mengurangkan.. tapi aku pun mahir pasal tu
Saya rasa bukan setakat bro mengalami masalah tersebut sebab saya pun mengalami masalah yang sama tiba CPU usage mencapai 100% dan mendapat error yang sama.
Saya ada menghantar tiket ke ServerFreak mereka maklum ia berkemungkinan disebabkan plugin yang baru saya pasang. Saya juga sedar blog DenaiHati pun tidak boleh akses semalam. Saya percaya semua shared hosting Server Freak mengalami masalah yang sama semalam. Saya akses Cpanel mengunakan temporary Cpanel IP semalam untuk mengetahui masalah sebenarnya.
owh..ingtkan server sy jer sorg yg kene..serverfreak pon keene jgak?
mmg bhya la..xkn sbb update wp 3.41??..mmg musykil..
erm….pelik jugak ni…
moga ade sesepa yg mahir bab2 ni tampil utk kongsikan apa yg sebnarnya yg terjadi
@hafizmd.. betul juga tu.. bagus juga kalau ada orang lain kongsi
@Jebeng Otai™… tak pasti kalau sebab update wordpress.. tapi aku hari tu masa update xda masalah juga
Bro akubiomed.. nasib baik masalah dah selesai.. kan?
share hosting memang macam tu.. kalau salah satu blog ada problem.. yang lain akan terjejas..
Lega masalah sudah selesai.
kena sentiasa berjaga-jaga tu bro..
terima kasih atas ingatan bro..
ada kerosakan pada blog ke, bro?
sekarang ni nampak ok je
harap2 tak ada kesan buruk yang berterusan
tiada apa2 kerosokan pada blog.. cuma ada lambakan trafik palsu..
bila login dashboard wordpress.. ramai sangat yang online.. tapi bila monitor di google analytics.. trafik tu tak dapat dikesan..
apesal plak kes dengki kot nie bro
tak pasti juga.. biarlah.. dah berlalu pun
aku penah kena. nak explain pon tak reti. tapi depa pakai blog kita untuk spam. tah macam mana nak cerita pon tak tau..pendek kata depa ni taik la..haha
aku rasa pun memang spambot yang masuk tu sebab kebanyakan url yang dilawat merujuk kepada trackback entri
biasalah tu..orang saje nak tunjuk terer tu..
yup.. nak tunjuk taring dia
uish bahaya la…mereka ni serang tak kira sape
memang tak kira siapa.. janji diorang dapat manfaat peribadi
so cmne nak tingktkan security blog kita?
aku pun tak mahir sangat bab sekuriti ni..
kalau kena macam ni mahunya terbang semangat nak berblogging.. takpe bro.. anggap ujian remeh jer tu
tahun lepas dah aku dah pernah kena bro.. jadi sedikit fobia.. tapi semangat blogging memang tak akan turun
ada satu lagi blog yang berhostkan serverfreak..xcheck pulak semalam..tapi malam tadi ok je
mungkin tak semua blog terjejas
pernah alamai perkara yang sama beberapa bulan lepas.
suatu pengalaman yang pasti dihadapi oleh kebanyakan blogger..
huh kena ambil langkah berjaga-jaga ni sbb saya juga menggunakkan hosting serverfreak..:) minta dijauhkan
serverfreak xda masalah rasanya.. cuma blog saja yang ada masalah
kena atasi sebaik-baiknya bro hehehe
rajin betul diorang buat serangan mengejut ye..
tiada kerja lain nak buat
Fuhhh bahaya nieh..kalo eden kena compom tak tau nak buat apa..
aku pun tak tau nak buat apa bro…
Setakat nih saya belum pernah kena lagi,kena berjaga2 juga tu.
Rasanya aku kena benda yang sama juga. Pertengahan bulan lepa tetiba je bandidth abis..