Server Overloading
November 10th, 2009 | 2:39 am | Luahan, Peristiwa, Webhosting | 22 responses
Semalam blog ni tidak dapat diakses disebabkan akaun aku kena suspended. Kenapa sampai kena suspended? Bukan sebab aku belum bayar lagi.. tapi sebab server overloading.
Mulanya aku sendiri tak perasan yang akaun kena suspended… lepas install satu plugins tu, aku try masukkan satu url guna widget tu.. pastu aku reload balik page.. Sementara tu aku buka peti email untuk check email baru. Terkejut aku baca email daripada Free Web Monitoring… Bagitau yang diorang tidak dapat monitor blog aku..maknanya blog ada problem…

(Terima kasih Free Web Monitoring sebab bagi info segera)
Aduiii.. akaun kena suspended pula dah… Ni berlaku selepas aku install satu plugins “Visitor Blogroll”. Heran juga.. plugins begini kecil boleh sebabkan server overloading… tak paham aku.. aku tengok masih banyak space lagi yang ada di hosting aku tu.. Tapi menurut juruteknik yang aku contact untuk dapatkan bantuan:
This is the script eat lots of resources /wp-admin/widgets.php and l/wp-admin/admin-ajax. we have to suspend the account to prevent sever overloading.
Oooo.. gitu pula… Sebenarnya aku tak tak taupun kaitan antara space di hosting dengan server ni. Tapi aku ada baca juga di forum diorang yang ada skrip tertentu boleh menyebabkan server overloading…mana aku tau skrip tu boleh sebabkan server overloading.. bukan ada senarai pun…
Aku dah minta bantuan daripada juruteknik untuk membenarkan diorang buka akaun aku balik, aku mau uninstall tu plugins… tapi diorang tidak benarkan. Aku minta diorang bantu padamkan plugins yang bikin masalah tu, tapi lebih kurang 30 minit aku tunggu respon… dioarang tak beri respon langsung…. aku hantar support ticket beberapa kali sebab mau respon segera…. sekali lagi aku kena marah sebab “bump ticket”…
Adehhh.. panas hati ada, lucupun ada juga… kononnya aku jadi penyebab server diorang overloading dan banyak website down. Aku buat silap sikit dah kena marah… selamanya ni server tu banyak kali slow aku tak pernah pun bising-bising.. tapi memang macam tu lah… diorang punya barang… diorang boleh marah kita sesuka hati.. iyalah.. kita saja yang buat silap…
Balik dari opis petang tadi aku try login di admin panel, tapi tak dapat pula, masuk cpanel.. rupa-rupanya nama folder telah ditukar dan fail widgets.php sudah dipadam kandungannya… permission pun diorang dah setkan 0000… maknanya aku sendiri tidak dibenarkan akses fail tu… patutpun tak dapat buka…. aku submit lagi ticket minta diorang buat apa-apa yang patut… mula tu diorang bagitau yang komponen plugins dan widget untuk blog ni tidak boleh diaktifkan. Alasannya kalau diaktifkan semula, server diorang boleh overloading lagi…. Jadi apa makna blog ni.. tak dapat update, tak dapat buat pos… kalau macam tu baik aku delete semua fail…
Banyak kali dah minta tolong, tapi diorang still tak nak aktifkan komponen plugins dan widget… Akupun tiada cara lain, aku buat last request… tanya diorang macam mana aku boleh dapatkan EPP Key untuk domain ni… dengan EPP key tu, aku boleh transfer domain ni ke hosting lain! Itu saja cara terakhir yang boleh aku buat… Lepas tu aku tidurrrrrr….. pening aku fikirkan hal ni.. lalala
Lebih kurang jam 9 malam tadi, aku buka blog ni, dan dapati blog dah pulih seperti sedia kala… dah boleh aktifkan plugins dan akses bahagian widget… Aku tengok ticket yang aku submit petang tadi, diorang bagitau plugins dan widget dah aktif semula.. tapi diorang bagi warning, kalau aku salah pasang skrip lagi, diorang akan suspended akaun aku selama-lamanya… ehemmm…
okey dah tu.. aku dah boleh pasang balik nuffnang kesayangaku di sidebar.. bolehlah klik klik balik..
Buah cempedak di luar pagar,
Buah pisang dibawa belayar,
Aku budak baru belajar,
Salah silap tolonglah ajar.
p/s: Berdasarkan rekod Free Web Monitoring Halaman utama blog aku suspended selama: 3 hours 43 minutes 21 seconds














said on November 10th, 2009 at 10:10 am
salam.. sian ko.. kalau aku yang kena pasti aku binggung.
said on November 10th, 2009 at 5:23 pm
Alhamdullilah dah ok bro dah kulanz..hehe…
Takde hal nyer..lagipun pasal plugins kan..
syok kan pakai wp..rasa best jer..
Aku minat wp, tapi hosting tak beli lagi wat masa skrg..
Tingin gak…hehe..
said on November 11th, 2009 at 10:05 am
hmm susah gak kan..tukar je lah hosting lain..lain kali kalau silap lagi dh x leh guna lagi blog nie
said on November 11th, 2009 at 3:50 pm
Nevertheless in Shared web hosting the cost of running a web server is divided between all the users of that server. Blog Hosting
said on November 11th, 2009 at 4:15 pm
laaa smpai mcm tu sekali.beli yg local ka?
said on November 11th, 2009 at 5:55 pm
susah jugak kalau gitu. kita mana tahu mana script yang boleh buat overloading. kalau ikut betul diorang boleh suruh kita buang script tersebut bukan nak ban terus.
said on November 11th, 2009 at 9:44 pm
They also do not overload their servers with excessive users causing the servers to go down. Blog Hosts
said on November 11th, 2009 at 11:00 pm
@setiakasih… mmg kasihan.. tp apa bole buat.. salah sendiri juga tu… sabar jak la..
said on November 11th, 2009 at 11:03 pm
@nine.. ya.. pasal skrip pluggin jak tu.. tp kita yg tak seberapa tau ni.. akur jak dgn tindakan diorang.. wordpress ni mmg syok pakai.. tp bagi aku yg baru ni.. agak susah juga guna wp ni pada mulanya.. hosting dah murah skrg ni bro…
said on November 11th, 2009 at 11:05 pm
@fara-eng.. mmg dah ada niat nak pindahkan domain ni ke hosting aku yg satu lagi.. ari tu pun mmg aku dah beli domain baru di hosting yg satu lagi tu… kulanzsalleh.net… tp belum update lagi tu.. bz lagi time ni..
said on November 11th, 2009 at 11:34 pm
@blog hosting… yes, I’m not the only one who have paid for the hosting… but I wonder why they (hoster) do not want to apologise or at least inform the users when the server overloading because of themselves..
said on November 11th, 2009 at 11:37 pm
@izzahfarhana .. yup.. mmg yg local.. tp rasanya bukan sbb yg local ni x baik.. cuma mungkin technician yg aku jumpa tu x mesra pengguna.. hehe
said on November 11th, 2009 at 11:39 pm
@seri.. tu la pasal.. aku bukan tau mana2 skrip yg bikin server overloading… aku main install jak.. tau2 sudah mcm tu.. kalau nak login admin panel/cpanel pun x bole.. mmg x bole buat apa2
said on November 12th, 2009 at 6:56 am
kesian kulanz..tapi tak pe..jadikan ia sbg pengalaman..
said on November 12th, 2009 at 2:44 pm
@Qassam.. betul tu.. pengalaman ari tu akan jadi pengajaran pada masa akan datang.. skrg ni pun sya dah takut nak tambah apa2 pluggin..
said on November 13th, 2009 at 8:09 am
Mr Kulanz,
I do apologize if we cause you unhappy, we doesnt mean to scold you, im so sorry again for it. Nowadays lots of wordpress pluggin have bugs and the wordpress version 2.8.4 also got exploit, if do not update it can cause the server overloading also because of attack, you may read here http://wordpress.org/development/2009/08/2-8-4-security-release/
Sorry again for that, we are trying to serve our best.
thank for the attention
said on November 13th, 2009 at 7:08 pm
@Mr Jamest.. never mind… I already forgot about that… and thanks for the explanation. I’ll be careful next time…
said on January 8th, 2010 at 1:04 am
ntahle, kalau aku yang kena mau nangis kot.. malam tadi silap buh layout sampai nak buka admin wp pun tak boleh… huhuhu nasib baik ada khai dengan anarm…
said on January 8th, 2010 at 2:16 am
Akupun blajar dari pengalaman bro… baru juga tau pasal skrip yg ada bug.. so skrg ni lebih bhati-hati kalau nak install apa2 plugins..
said on May 16th, 2010 at 2:47 pm
salam…nak tny..sy nye website pun kene suspended ni…huhu..camne nak buat ni…any suggestion..sy pakai sepaku hosting..
said on May 17th, 2010 at 1:06 am
kalau macam tu kena hubungi sepaku hosting… mesti ada sebab diorang suspended tu..