Home >> Blog >> Masih Setia Pada Serverfreak

Masih Setia Pada Serverfreak

by Kulanzsalleh on March 30, 2012 · 34 comments

Masuk bulan April depan blog ini akan menyambut ulangtahun yang pertama dengan Serverfreak. Jangan tanya kenapa baru tahun pertama sedangkan domain kulanzsalleh.com sudah wujud sejak 2008. Bagi mereka yang sudah lama kenal blog ini mungkin masih ingat kes tahun lepas, tapi bagi yang tidak tahu menahu dan saja mahu tahu, boleh baca karangan panjang saya tahun lepas.

Jadi untuk tahun kedua, saya sudah buat keputusan untuk terus setia pada Serverfreak. Minggu lepas segala urusan untuk bayaran sewa hosting sudah selesai. Urusan tidak susah manapun, semuanya dibuat dari rumah. Maknanya kalau tiada masalah, blog ini akan terus hidup hingga April 2013.

serverfreak

Bercerita pasal Serverfreak ni, saya bukan nak bagi pujian yang melampau. Tapi kenyataannya Serverfreak memang memberikan khidmat yang terbaik. Sepanjang satu tahun ini saya tidak pernah berhadapan dengan masalah customer support. Kalau ada pertanyaan atau minta bantuan, hantar saja tiket, mesti dapat bantuan segera. Tidak pernah menunggu sampai 4-5 jam untuk dapat respon. Bukan saya seorang, ada ramai lagi blogger Malaysia yang menggunakan khidmat Serverfreak, hendak tahu lebih lanjut, boleh rujuk Senarai blog Malaysia yang menggunakan hosting Serverfreak. Rata-rata daripada blogger yang dalam senarai ini memang puas hati dengan perkhidmatan Serverfreak.

Dan yang paling saya suka, Serverfreak juga ada menyediakan servis CloudFlare kepada pelanggan shared hosting mereka secara percuma. CloudFlare adalah penyedia perkhidmatan CDN (Content Delivery Network).  Mana-mana hosting yang ada integrasi dengan CloudFlare akan dapat manfaat. Bukan sahaja loading time lebih cepat, tapi juga dapat menghadkan bot yang boleh membahayakan dan crawler yang guna banyak bandwidth.

Jadi, kepada sesiapa yang ada niat untuk menggunakan blog selfhosting, juga yang mula tidak puas hati dengan webhosting sedia ada, saya cadangkan anda cuba khidmat Serverfreak.  Atau kalau masih juga ingin memilih hosting lain, boleh juga rujuk Senarai A-Z 53 Webhosting Malaysia. Dua minggu lepas saya sudah kemaskini beberapa senarai dan pautan. Maknanya senarai yang ada masih relevan untuk dirujuk.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 34 comments… read them below or add one }

1 Lelaki Kacak March 30, 2012 at 1:16 am

Tengah berkira-kira gak ni utk guna Serverfreak lak.. byk reviews yg positif jer.. tu yg tertarik tu..
Lelaki Kacak recently posted..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012My Profile

Reply

2 kulanz April 3, 2012 at 9:40 am

Yang sudah mengguna serverfreak mmg akan review bagus sbb dah rasa khidmat diorang

Reply

3 akubiomed March 30, 2012 at 1:49 am

Tidak semua hosting menyediakan perkhidmatan CDN tanpa tambahan kos. Perkhidmatan lepas jualan pun penting kerana bagi yang newbie mahu pun sudah berpengalaman perlu untuk mendapatkan bantuan teknikal menyelesaikan masalah dengan maklumbalas cepat.
akubiomed recently posted..Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

Reply

4 kulanz April 3, 2012 at 9:37 am

Setuju bro, khidmat lepas jualan yu paling penting.. Nanti tak lah pengguna macam menang membeli kalah memakai…

Reply

5 rahman March 30, 2012 at 2:05 am

satu cadangan yang baik.. boleh di pertimbangkan :)
rahman recently posted..Jangan tanam pokok ganjaMy Profile

Reply

6 kulanz April 3, 2012 at 9:35 am

Ya, boleh pertimbangkan sebagai alternatif

Reply

7 Shahrul March 30, 2012 at 2:07 am

serfreak memang terbaek…tapi sekarang dah bertukar ke ihosterz sebab lebih murah :D

Reply

8 kulanz April 3, 2012 at 9:33 am

ihosterz pun okey jua tu

Reply

9 azmanisma March 30, 2012 at 8:22 am

Setia pada yg satu,lain buat spare part.
azmanisma recently posted..Renungan Jumaat : Hujan RahmatMy Profile

Reply

10 kulanz April 3, 2012 at 9:31 am

Hahaha, betul tu bro :)

Reply

11 OrangAkaun March 30, 2012 at 11:34 am

syokhost ok jugak..murah pon murah…
OrangAkaun recently posted..Kuala Lumpur Starhill Gallery By SparchMy Profile

Reply

12 kulanz April 3, 2012 at 9:30 am

Syokhost aku baru tahu.. Nanti akan dimasukkn dalam list juga

Reply

13 Juan March 30, 2012 at 4:43 pm

saya pun awal tahun ni baru sahaja mula memakai serverfreak
Juan recently posted..Download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV MediafireMy Profile

Reply

14 kulanz April 3, 2012 at 9:23 am

Semakin ramai yg guna serverfreak..

Reply

15 tehr March 30, 2012 at 6:52 pm

aku masih dengan apa yang dok guna sekarang
rasanya tak ada apa2 masalah
tehr recently posted..Misai KucingMy Profile

Reply

16 kulanz April 3, 2012 at 9:21 am

Memang beruntung kalau dapat hosting yg xda masalah

Reply

17 syahrilhafiz March 30, 2012 at 8:32 pm

ehehe, boleh buat spare kot hosting ni
sebab aku punya hosting sekarang TOC agak ketat, maklumlah orang kita punya…tapi dah dua tahun stay alhamdulillah memang syok.. :)
syahrilhafiz recently posted..Keyword Emas Terbaik di Google Search MalaysiaMy Profile

Reply

18 kulanz April 3, 2012 at 9:19 am

Memang ada juga jenis yg ketat.. Silap sikit terus suspend..

Reply

19 Anarm March 30, 2012 at 8:36 pm

aku baru beberapa hari pindah ke Serverfreak..
Anarm recently posted..Blog Pindah Hosting ServerfreakMy Profile

Reply

20 kulanz April 3, 2012 at 9:16 am

Pilihan yang bagus bro :)

Reply

21 titan March 31, 2012 at 2:55 pm

kalau aku dah bosan dengan hosting yang aku dah pakai, memang aku cari serverfreak ni nanti.
titan recently posted..Digi Awards vs Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

Reply

22 kulanz April 3, 2012 at 9:10 am

Merajuk nanti hosting sekarang ni :)

Reply

23 Mus April 1, 2012 at 4:38 pm

saya ada guna serverfreak untuk salah satu blog saya
Mus recently posted..Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir KotaMy Profile

Reply

24 kulanz April 3, 2012 at 9:02 am

Kalau banyak blog boleh juga guna banyak hosting untuk eksperimen…

Reply

25 Jomtonton April 1, 2012 at 7:35 pm

Boleh cuba jika masalah blog selesai nanti :)

Reply

26 kulanz April 3, 2012 at 9:00 am

Apa masalah blog bro?

Reply

27 bardboo April 2, 2012 at 5:13 am

mungkin lepas habis setahun dengan netkl, saya nak guna yang lain..dan buat setakatni serverfreak memang ada dalam senarai…
bardboo recently posted..‘Sharing is Caring’ Contest & GiveawayMy Profile

Reply

28 kulanz April 3, 2012 at 8:58 am

Kalau hosting sekarang ni okey, tiada masalah juga untuk dikekalkan..

Reply

29 azwan April 2, 2012 at 1:21 pm

Dah lama dah dengan serverfreak. Support memang antara yang terbaik.
azwan recently posted..Keyword Reseach on Lelaki KacakMy Profile

Reply

30 kulanz April 3, 2012 at 8:54 am

Harap serverfreak boleh kekalkan layanan baik diorang tu

Reply

31 shraqs April 2, 2012 at 1:40 pm

Makin banyak hosting tempatan yg integrate Cloudflare dlm hosting diorang. Bagus jugak tu. Atleast loading page dan security pun makin bagus. Tapi yang tak bagusnya Cloudflare pulak jadi sasaran sekarang ni. Lepas sebulan lebih guna CF, 2 kali dah blog aku terjejas sebab attack di server CF.
shraqs recently posted..Samsung Apps Special Promotions – DIOTEK Free DictionaryMy Profile

Reply

32 kulanz April 3, 2012 at 8:22 am

Masalah juga tu kalau CF kena attack.. Memang ramai yg terjejas

Reply

33 santai leeza November 25, 2012 at 4:02 am

salam awak… saya bercadang nak guna serverfreak… awak boleh ajar?? -hope bantuan awak. hehehe

Reply

34 Selena March 2, 2014 at 9:08 pm

Bagus juga sharingnya.
Saya lagi cari server lokasi Malaysia.
Thanks ya. :)
Selena recently posted..Cara Pindah Web Hosting Pada CDN CloudflareMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner