≡ Menu

Shopping Baju Raya di Jakel Alamesra

Ramadan belum tiba, hari Raya lama lagi. Sedar-sedar dah parkir kereta depan Jakel Silk House di Alamesra Plaza Utama, Kuala Menggatal (Sabah). Ni gara-gara tergoda pujuk rayu isteri saya yang nak shopping kain untuk buat baju Raya tahun ni. Alasannya, nanti kalau dah masuk bulan puasa, tukang jahit susah nak terima tempahan.

Jakel Alam Mesra

Masa sampai tak ramai pengunjung berada di sana. Mungkin sebab kami datang awal pagi. Atau mungkin belum sampai masa untuk beli kain buat baju Raya. Apapun, memang lega sebab tak perlu bersesak-sesak.

Kain Murah

Jakel Alamesra sudah mula buat promosi. Sama ada harga tu murah daripada harga biasa saya pun tak pasti. Kami pun bukan selalu datang sini. Kali terakhir ke Jakel tu beli kain untuk buat baju Raya tahun 2010. Tahun lepas ada kesempatan datang ke Nilai, Negeri Sembilan, jadi beli kain di sana.

Shopping Baju Raya

Sejak 3-4 tahun ni warna baju anak-anak saya yang akan pilih. Saya selalunya ikut saja apa diorang pilih, asal bukan kain yang ada corak aiskrim pelangi atau berbunga-bunga sudah, itu memang tidak sesuai. Tapi tadi saya sengaja bergurau dengan anak-anak sebab ada dua warna pilihan yang diorang buat. Warna biru dan hijau. Saya kata warna biru dah ramai orang pakai, jadi tak salah pilih warna hijau. Kalau tak setuju juga, kita pilih warna ini kali lah! Anak saya tak paham pun, cuma isteri saya dan salesgirl di sebelah saja yang paham.

Cabutan Bertuah Jakel

Selain promosi harga, Jakel Silk House Alamesra juga ada buat cabutan bertuah. Pembelian RM1000 ke atas layak ikut cabutan bertuah untuk dapat hadiah Produa Viva, untuk pembelian RM500 boleh dapat motorsikal Naza dan pembelian RM250 ke atas boleh ikut cabutan untuk hadiah TV LCD. Selain tu ada lagi beberapa hadiah saguhati berupa baucer pembelian barangan di Jakel.

Jakel

Selesai membeli kain untuk buat baju Raya/baju Melayu sekeluarga. Tak banyak pun cuma satu beg tu saja tapi jumlah tu pun sudah cukup membuatkan dompet saya yang sudah sedia nipis selepas buat rawatan kereta semalam bertambah nipis.. adesss!

About the author: Kulanzsalleh

{ 15 comments… add one }

  • anif June 24, 2012, 11:42 pm

    Wahaha.. sudah mula shopping baju raya! :D Bersedia awal nampaknya ni!

    • Kulanzsalleh June 25, 2012, 11:20 pm

      Orang rumah yang tak sabar nak buat :D

      • Izzuddin Fauzi June 26, 2012, 3:30 pm

        Untung org rumah pandai menjahit… :)

  • akubiomed June 25, 2012, 1:06 am

    Awal bershopping untuk persedian sambutan Hari Raya. :-)

    • Kulanzsalleh June 25, 2012, 11:21 pm

      hehe.. memang awal sangat.. :D

  • tehr June 25, 2012, 3:47 am

    memang moleh siapkan awal, bro
    tapi isteri aku belum ajak ke mana2 kedai lagi

    • Kulanzsalleh June 25, 2012, 11:22 pm

      betul juga.. takut tak sempat nanti kalau saat akhir

  • Shahrul June 25, 2012, 6:31 am

    agak lambat tu kalau nak tempah hehehe…kita orang sekeluarga dah siap tempah :D

    • Kulanzsalleh June 25, 2012, 11:23 pm

      nampaknya bro lagi awal buat persediaan :D

  • Mus June 25, 2012, 8:46 am

    memang banyak bunting promosi jakel ni sekarang..

    • Kulanzsalleh June 25, 2012, 11:25 pm

      diorang memang buat promosi hebat

  • AyieBlog June 25, 2012, 9:44 am

    Asslamualaikum, lama tak singgah blog bro kulanz :), awal shopping bro kulanz tapi tiada apa, shopping awal adalah perancangan terbaik nantikan lambat berpusu-pusu orang pula.

    • Kulanzsalleh June 25, 2012, 11:27 pm

      waalaikumussalam,
      terima kasih juga bro singah sini.. akupun lama tak singgah blog bro :D
      bab perancangan shopping ni orang rumah aku yang buat.. kami ikut saja mana yang patut :)

  • Izzuddin Fauzi June 26, 2012, 3:31 pm

    Nak syopping awal… Tapi budget awal-awal nie tak da la.. :(

  • ProfHariz June 27, 2012, 2:24 am

    Kurang lagi 3minggu sudah mau ramadhan dan ramai dah sibuk cari baju raya ye cikgu :)

Leave a Comment