Salam semua. Ni cerita Sabtu lepas sebenarnya. Tapi memandangkan belum ada masa nak pindahkan gambar daripada handpone Sony Ericson G705 yang dipakai untuk ambik gambar, maka tak sempatlah entri ni di-publish masa tu.
Petang Sabtu lepas, saya dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu lebih kurang jam 3.30 petang. Agak lewat bertolak sebenarnya disebabkan ada beberapa urusan lain yang hendak diselesaikan. Sampai di Kota Marudu lebih kurang jam 5.30 petang. Kalau memecut kereta sekalipun untuk balik ke rumah memang tak sempat untuk memasak juadah berbuka puasa. Apa lagi kalau memandu sekitar 70-80 km/j, perjalanan dari pekan Kota Marudu ke rumah kadang mencecah 40 minit nak sampai. Jadi, hari tu kami singgah di pasar Ramadhan Pekan Kota Marudu untuk beli makanan berbuka puasa.
Ni gambar-gambar yang sempat diambil. Banyak juga sebenarnya tapi tak dapat disumbat semua sini. Kalau internet tenat, memang payah sikit nak buka.
Kalau tengok makanan di pasar tu, memang banyak. Goreng, bakar, rebus, tumis, peram semua ada. Tapi tepuk perut tanya nafsu lah kan. Tak banyak pun makanan yang dibeli. Cukup untuk sekali makan je.
Macam-macam jenis juadah produk ayam dan ikan yang dimasak secara bergoreng.
Ikan bakar ni berharga RM3-RM7 seekor.
Sempat juga singgah di gerai anak saudara yang menjual burger.
Anak-anak tak sah kalau tak beli minuman macam ni.
Tak ketingalan, buah kurma edaran eksklusif Yusuf Taiyoob turut dijual di sini.



{ 52 comments… read them below or add one }
waaa mcm best la bazaar d sana..
tpinky recently posted..ESQ 165 – Angkatan Sabah
memang best
Anak aku kalau tengok air, dadih dan yang sewaktu dengannya, mesti nak beli..
adamfaiz recently posted..Tanda Kiamat Yang Sudah Kelihatan
tapi jejaka suri suka gak makan dadih tu heee.. katanya sedap dan rasa lemak heee
budak-budak memang pantang tengok air tak beli.. tapi dadih tu jarang pula..
wah yang cucuk-cucuk tu nampak best tu bro

etomyam recently posted..Bagaimana Remaja 16 Tahun Menjadi Jutawan
tu la.. malam2 ni rasa lapar pulak
mai sebatang!
kat ipoh hujan perut ku lapar heee..nak gak huhu..
memang pebret tu cucuk-cucuk tu
Nampak kemas pasar ramdhan disana yer bro..suka tengok ikan bakar,baunya menusuk hidung hehe
tahun ni agak teratur sedikit.. penambahbaikan daripada pihak pengurusan rasanya
nampak best.. saya dulu ketika duduk di sarawak selalu KK saja… kalau ada cuti panjang sket, pergi ke kundasang.. rindu pula nak pergi ke kundasang..
mrnamie recently posted..Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka
wah, pernah pegi kundasang juga..
kundasang memang best, sejuk
bro, tumpang tanya kat sini..entri aie xkuar perenggan.. sume jd dekat2.. xtau nape.. cmne nk fixed yer bro?
darkbatman recently posted..Salleh Gregor Samsa Hina Islam
Salam bro,
rasanya dah settle kan bro?
wah.. yusof taiiyub… branded itu nama…
zik recently posted..Ikan ketutu
Pengedar kurma yang terkenal tu
Nampak teratur sungguh khemah nya dan bersih juga kawasan nya ..pasti bagus pengurusannya ni.
denaihati recently posted..Link Popularity tips SEO dari Ariffshah
Betul bro, memang teratur.. kalau pengurusan baik maka yang lain-lainpun akan baiklah jadinya..
nanti pulang ke sabah..nak take pic bazar kat beufort pula

Sir Marcello recently posted..Kubur Bercahaya
bagus tu bro, boleh kongsi bersama.. setakat ni aku pernah juga datang beaufort, tapi tak pernah berkesempatan singgah masa puasa..
so..esok nya Kota Marudu lagi ke bro??heheh….or ada tempat lain pulak???hebah2 kan k…=)
hari berikutnya buka di rumah je bro
macam macam ada di sabah bahh..
salam ramadhan bro..
Macam-macam ada..
salam Ramadhan bro
wow…teruja tegok la..cikmin belum ada peluang ke bazaar yang besar…2-3x pergi bazaar kecik je..yg ada 4-5 org je berniaga..
P
cikmin recently posted..Agar – Agar Milo
kecik pun sama juga tu cikmin, janji ada jual juadah berbuka puasa..
tahun ni sekali pun belum singgah di bazar
[bazar dekat sangat dengan rumah, isteri je yg ke sana]
hehehe
~aku lebih suka ikan [percik] berbanding ayam
tehr recently posted..Hidup Kita
akupun jarang sangat pegi.. ni kebetulan anak-anak nak ikut sekali, jadi pegilah juga.. tukang dukung anak..
ikan pun memang sedap
wah… suka khemah tu.. cam khemah kenduri… tu yang kemas tu…
memang khemah besar.. rasanya memang disediakan oleh majlis daerah
Eeeeeh…. macam kenal jer pasar ramadhan ni. Hehehehe….

zezebel recently posted..How my dad catch his tokek
hehe, memang pun zezebel kenal..
cam menarik jer.. dulu penah berpuasa kat sabah, kk la.. tapi bazarnya tak cukup menarik.. hehee
fiezaradzi recently posted..Blogger Yang Terdesak
owh, pernah pegi KK juga?
kalau di sana bazaar yang tepi laut tu kan.. memang agak berterabur sedikit kalau di sana, mungkin susah nak atur sebab kawasan sempit dan masing-masing dah ada gerai buatan sendiri
baru lepas berbuka, tak rasa apa2 bila tengok tapi esok pagi kalau tengok ni….rasa cam nak berbuka je….hahahah

ashraf recently posted..Khasiat Buah Kurma
kuatkan iman bro, hehe
meriahnya dapat berjalan2 dipasar ramadhan..memang meriah sekali setiap kali berkunjung ke mana2 pasar ramadhan..
Memang meriah.. tapi kena kawal sikit, takut terlebih beli
aku belum sempat ke sana.. mungkin esoklah…
Mus recently posted..Oh Tidak! Macam Aku Kenal Saja Gambar Ni Cuba Teka Mana Yang Sama
bro duduk mana sekarang ni, macam dekat je dengan bazaar marudu tu..
tersa sungguh lapar perut ku heee..juadah yang membagkitkan selera.
hehe, sabar suri,
nanti suri sediakan juadah yang membuka selera untuk keluarga
sedap gile.ahhh…..:mrgreen:
memang sedap bro
kulan,pasar kota marudu memang meriah…sayang sekali orang kota marudu ni jauh nun dipenang.
wah, kesian orang marudu tu, jauh terbangnnya
lamanya aku nda turun sana..
wan recently posted..Siapa bilang tiada hantu dibulan puasa
ada masa turunlah.. boleh membeli-belah sama-sama
sedapnya ikan bakar… terliur tengok..
Amir recently posted..Ramadhan di Bumi Australia
sekali-sekala layan memang sedap
Eh.. saya tidak tahu pun bro ni di Sabah… ingatkan dekat KL.. orang si Donny la ni kan.. hehe
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on blogger