Home >> Hiburan >> Sinopsis Cinta Kirana Melayu – Inggeris

Sinopsis Cinta Kirana Melayu – Inggeris

by Kulanzsalleh on August 30, 2010 · 23 comments

Petang tadi waktu berbuka puasa, duduklah depan tv sambil sambil tengok program yang disiarkan di Astro Ria. Kebetulan masa tu, drama/sinetron Cinta Kirana sedang disiarkan. Sejujurnya, walaupun Cinta Kirana sudah disiarkan sejak 11 ogos yang lepas, tapi ni  adalah kali pertama saya menonton drama tu.

Orang rumah yang kebetulan tengok sama cakap “Eh, tu si Bawah Merah kan?” Sayapun tak ingat pelakon tu Bawang Merah atau Bawang Putih, yang saya tahu pelakon yang dimaksudkan tu ialah Nia Ramadhani. Lepas tu saya ceritalah sedikit-sebanyak sinopsis drama tu.

cinta kirana

Masa Siaran: Cinta Kirana disiarkan di saluran 104 – Astro Ria, setiap Isnin – Jumaat, Jam 6.30 pm – 7.30 pm.

Pelakon: Drama ini dibintangi oleh:

  • Nia Ramadhani sebagai Kirana
  • Randy Pangalila sebagai Galang
  • Tsania Marwa sebagai Riana
  • Kiki Farrel sebagai Baim
  • Yatti Surachman sebagai Sita
  • Arthur Tobing sebagai Rama
  • Erly Ashy sebagai Aida
  • Emma Waroka sebagai Sandra
  • Indah Ayu Putri sebagai Joana
  • Revand Narya sebagai Evandra
  • Mama Dahlia sebagai Dahlia
  • Unang sebagai Tejo

Sinopsis: Cinta Kirana mengisahkan seorang gadis bernama Kirana, berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari ketika sedang mengantarkan surat khabar kepada pelanggannya, Kirana terlangar kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bernama Galang. Galang mentertawakan Kiranya semasa insiden berkenaan hingga menyebabkan Kirana gagal mengawal emosi lalu menampar Galang.

Disebabkan Galang berasa kesal dengan kemalangan itu, dia bercerita pada datuknya Rama. Rama hanya tersenyum dan menegur kebiasaan Galang yang suka memecut. Rama kemudian menyuruh pemandunya menghantar Galang.

Keesokannya, Galang ingin menemui kekasihnya, Riana seorang aktres. Semasa dalam perjalanan dia menyuruh pemandunya laju. Akibat kurang berhati-hati, pemandu Galang pula terlanggar Sita yang sedang melintas jalan. Galang kemudiannya menyuruh pemandu menghantar Sita ke hospital, sementara dia pergi menemui Riana.

Kirana cukup marah apabila mendapat tahu yang neneknya telah dilanggar. Dengan perasaan marah Kirana datang ke rumah Rama. Ketika itulah Rama mengikuti Kirana ke hospital untuk menguruskan hal tersebut. Ketika melihat nenek Kirana, Rama cukup terkejut kerana neneknya itu (Sita) adalah bekas kekasihnya suatu ketika dulu.

Semasa pertemuan itulah Rama berjanji kepada Sita untuk menyatukan kedua-dua cucu mereka itu kerana dia sendiri sangat menyenangi Kirana…

Apakah kesudahan cerita Cinta Kirana ni? Nak tahu lebih lanjut kenalah tengok sendiri. Sementara tu, boleh juga baca sinopsis versi inggeris di bawah. Sinopsis ni menceritakan kisah yang sedikit berlainan daripada di atas.

Synopsis: It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Nak cerita lebih lagi? Huhu, penatlah pulak nak ceritakan sinopsis setiap episod. Tapi kalau nak juga, bolehlah rujuk di Sinopsis Setiap Episod.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 23 comments… read them below or add one }

1 tehr August 31, 2010 at 1:18 am

wa tak ada astro
tak dapat nengok
…hu hu hu
tehr recently posted..Lagu KebangsaanMy Profile

Reply

2 kulanz August 31, 2010 at 4:16 pm

kalau camtu boleh layan Epilog Syurga Cinta di TV3, waktu siaran pun sama juga :)

Reply

3 etomyam August 31, 2010 at 2:56 am

kalau ada kesempatan nak jugak tengok ni… :D

Reply

4 kulanz August 31, 2010 at 4:18 pm

sekali sekala layang bagus juga tu bro :D

Reply

5 zik August 31, 2010 at 4:44 am

tak sempat tengok la..pulak cerita nie..
zik recently posted..Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010My Profile

Reply

6 kulanz August 31, 2010 at 4:19 pm

ada siaran ulangan juga tu bro zik :)

Reply

7 acapz August 31, 2010 at 6:10 am

awek cun2 jgk kn berlakon. mesti tngok ni. hee
acapz recently posted..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53My Profile

Reply

8 syahrilhafiz August 31, 2010 at 9:52 am

mesti cun bro..wakaka…
tapi cite sentimental je, sikit2 nangis..haha
syahrilhafiz recently posted..Sindrom Seorang BloggerMy Profile

Reply

9 yanmie August 31, 2010 at 8:55 am

aku baru je follow drama nie, best bangat sih! hikhik..yelah sblm nie aku duk kg amik lesen, kat sana takde astro so aku pulun tgk cinta kirana marathon..puas hati..hahaa nie tak sabar pulak nk tgk episode hari nie :P
yanmie recently posted..Drama Asmara di Slot Lestary TV3My Profile

Reply

10 wazy August 31, 2010 at 11:24 am

Huhu
lom ade astro,baca sinopsis pun jadi la
wazy recently posted..Sudirman-31 OgosMy Profile

Reply

11 Hidup Seorang Blogger September 1, 2010 at 1:12 am

aku pun mcm nak update gak lah entry pasal sinetron ni.. hehe.. blh ke bro?
Hidup Seorang Blogger recently posted..Gaya Hidup Seorang Blogger Separuh MasaMy Profile

Reply

12 ishak September 1, 2010 at 2:12 am

hehehe..aku dah lama buat entri ni..dan ianya sumber traffic blog aku untuk bulan ogos

Reply

13 suri September 1, 2010 at 9:56 pm

di rumah tiada astro.apa nak buat pasti terlepas punya huhu..

pelakon dia mantap2 semuanya :)

Reply

14 JESSICA September 17, 2010 at 10:42 pm

kalau lo nga ada astro lo liat aj di youtube gampangkan?

Reply

15 jawatan kosong September 1, 2010 at 11:26 pm

eh betul tu.. bawang merah..
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel TraineesMy Profile

Reply

16 Hidup Seorang Blogger September 2, 2010 at 2:14 am

emm, tak kan entry ni hilang lak kt engine carian.. pelik tu..
Hidup Seorang Blogger recently posted..Sinetron Cinta Kirana di Astro RiaMy Profile

Reply

17 mancai September 2, 2010 at 3:06 am

orang rumah punya cerita ni… aku agak kureng sikit… sesekali buat meneman orang rumah ok la…

Reply

18 sunglasses September 2, 2010 at 3:39 pm

kurang berminat dengan drama indo + melayu
but thanks for review bro double thumb up

Reply

19 JESSICA September 17, 2010 at 10:27 pm

aduh,gue kaga tepikir dah kalau cinta kirana tu bisa jadi filem romantis tapi yang kaga asik ni kalau kirana tu tiap2 hari kerjanya tu nangis mulu nangis mulu kaga bosan apa?

Reply

20 JESSICA September 17, 2010 at 10:35 pm

eh,gue mau nanya ni sama kalian semua kirana tu sebenarnya cocok ama siapa si gue jadi heran begin kalau diikutin ni ye kalau misalnya kirana jadi jadian ama galang jadi nama kirana berubah dong kirana ke kirana pangalila kalau dia ama raka namanya jadi kirana evandra yang cocok yang mana ya ama kak GALANG atau ama kak RAKA?tolong kasi gue reply dong gue mohon banget bisa ya please!.

Reply

21 JESSICA September 17, 2010 at 10:37 pm

jadi gi mana ni ada respon nga jawab!

Reply

22 fieka October 30, 2010 at 10:22 am

cite cinta kirana best cgat2…huhuhu…

Reply

23 Nora October 30, 2010 at 1:14 pm

Cinta Kirana best giler…..,and Galang you,re so cute!

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner