Home >> Semasa >> Sistem Saraan Transformatif (SST)

Sistem Saraan Transformatif (SST)

by Kulanzsalleh on March 12, 2013 · 17 comments

Perdana Menteri Malaysia telahpun mengumumkan satu sistem saraan baru yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST). Sistem ini adalah bertujuan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) serta penambahbaikan kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sebelum ini menerima banyak bantahan daripada pelbagai pihak.

Pemindahan Gaji Sistem Saraan Transformatif (SST)
Berikut adalah sedikit maklumat berhubung kaedah pemindahan gaji daripada Skim/Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke Sistem Saraan Transformatif (SST) berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (rujuk di SINI).

Memahami permasalahan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), kadar KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan bersetuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan prioriti (keutamaan) perkhidmatan serta “pay for performance”. Mengambilkira kepada usaha penambahbaikan tersebut hanya dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Ini membolehkan setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Pekeliling Sistem Saraan Transformatif (SST)
Semakan mendapati belum ada pekeliling rasmi dikeluarkan.

Sifir/Tangga Gaji SST
Sifir/Tangga gaji SST juga belum dikeluarkan kerana sistem saraan ini masih dalam proses semakan dan penambahbaikan.

Kaedah Penilaian
Berkemungkinan besar kaedah penilaian untuk tujuan kenaikan pangkat/anjakan gaji akan menggunakan kaedah PROSPEK atau Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi.

Buat masa ini hanya itu sahaja maklumat yang diperoleh. Sebarang perkembangan berhubung SST ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kepada penjawat awam, diharap dapat bersabar kerana rezeki pasti akan ada nanti.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 17 comments… read them below or add one }

1 akubiomed March 12, 2013 at 1:32 pm

Dari segi kalayakkan membayar cukai macam mana? Ada memberi kesan tak?

Reply

2 Kulanzsalleh March 13, 2013 at 9:38 pm

pembayaran cukai pasti akan meningkat

Reply

3 onlajer March 12, 2013 at 1:39 pm

Pastinya kakitangan kerajaan mengharapkan skim yang baru ini

Reply

4 Kulanzsalleh March 13, 2013 at 9:40 pm

memang dah lama dinantikan.. sejak penangguhan/pembatalan sbpa

Reply

5 Norizwan March 12, 2013 at 7:27 pm

harap skim ini ditambah baik sebelum akhir tahun ini…

Reply

6 Kulanzsalleh March 13, 2013 at 9:40 pm

lagi cepat selesai lagi bagus..

Reply

7 TehR March 13, 2013 at 12:13 am

dalam setahun dua ni
sistem saraan kita sering bertukar
aku rasa pelik semacam je

Reply

8 Kulanzsalleh March 13, 2013 at 9:42 pm

memang pelik banyak kali tukar.. tapi tak apa untuk tujuan penambahbaikan

Reply

9 tora March 13, 2013 at 10:43 pm

tapi saya sebagai pemandu sentiasa rasa di anak tirikan bila kerja hari minggu / cuti umum tidak dibenar kan buat tuntutan kerja lebih masa serentak dgn tuntutan harian, undang undang kah begitu atau pekerja atasan yang buat pandai.

Reply

10 Zakaria March 15, 2013 at 11:33 am

Salam,

Syukur kepada ALLH SWT kerana memberi tambahan rezeki. Dah 7 tahun maksima Gred 26 (ada diploma / ijazah -hons) tak dapat naik gred. Tapi alhamdullihah dapat sikitpun takpe, mudah-mudah berkat.

Cuma yang saya hairan – cara-cara cerita pengumuman di buat oleh PM SST seakan-akan SBPA, cuma tiada cerita gred premier.

Mengapa ATM / PDRM sahaja yang nampak oleh KSN/PM, apakah kakitangan awam biasa ini yang bertungkus-lumus menambahbaik kelayakan akademik masih ketinggalan.

Cth – Guru Diploma ada Ijazah dapat naik gred DG 41
Tapi, Kakitangan awam biasa – kena memohon jawatan baharu dan perlu bersaingan freshie graduate – kenapa tiada kemudahan naik gred or gaji ((pangkat x dapat – tambah KGT – diploma – 3 matagaji / degree 5 matagaji – harap-harap kerajaan – JPA / SPA semak. SST perlu ada transformasi, jangan dok asyik ikut cara lama sahaja.

Reply

11 Nora Idris March 17, 2013 at 1:56 pm

kakitangan beruniform lain seperti jururawat juga langsung tidak nampak dimata KSN/PM. kami jururawat tidak kurang juga pentingnya sebagaimana PDRM/ATM. Tapi apa yang kami dapat? tiada yang specialnya. Kenaikan pangkat kami terlalu terhad.gred u29 naik ke gred u32 terpaksa tunggu sehingga 13-15 tahun kemudian mati disitu saja. kalau nak naik gred u36, u38,u40 pulak terpaksa tunggu post untuk ganti yang pencen/mati, memandangkan umur pencen pun dah dinaikkan lagi susah/terhad untuk dapat promotion.yang ada semangat belajar sanggup menghabiskan wang/masa untuk ambil ijazah,master in nursing tapi balik dok macam tu juga gred pun dok tang tu jugak. begitu lah nasib kami jururawat, tiada yang pandang hanya Allah saja la yang tahu.

Reply

12 AbeMat March 17, 2013 at 3:42 pm

Salam 1Malaysia…Payah klau wujud sst skim tu yg akan dpt memuaskan hati semua pihak.Sesuatu skim ni diberikan penambahbaikan untuk semua kakitangan awam.Ikut turn gak ni.Skrg kebetulan musim kecoh..ATM n PDRM dpt ganjaran.Sabar jer..Maybe ader lagi penambahbaikan memaner penjawat lain yg terlepas pandang.Maklum ler,semua skim aper2 pun,manusia yg buat.Pasti ader kekurangan.Yg seeloknya pertingkatkan kelayakan akademik ataupun aper2 jer kursus untuk tujuan peningkatan gred or pangkat.InsyaAllah,klau dh rezeki tu,takkan ke mana.

Reply

13 Zakaria March 20, 2013 at 11:55 am

Salam,

Telah berapa perubahan sistem saraan saya lalu semenjak berkhidmat sebagai penjawat awam dari tahun 1982 sehingga sekarang (dari masuk kerja gred MCE / SPM / STP / STPM sampai dapat diploma / Ijazah masih tahap jawatan gred SPM). Apa sahaja perubahan yang untung bukan kakitangan bawahan tetapi mereka yang duduk kasta istimewa (Golongan P & P).
i. Perubahan – JKK,SSB,SSM, SBPA (Batal), SSM tambahbaik (baru keluar) , SST (bakal dilaksanakan) semua menguntungkan golongan atasan dalam perkhidmatan awam.
ii. Golongan bawahan perkhidmatan awam (marhean) dapat remah sahaja. CUEPACS hanya pandai mengumpu sahaja. Golongan bawahan yang berkelulusan lebih daripada syarat masuk (cth: Gred masuk SPM – tapi dah kerja lebih daripada 3 tahun dan mempunyai kelulusan akademik yang tinggi untuk diutamakan dalam lantikan ke jawatan baharu tidak diperjuangkan dan masih duduk ditakuk lama.
iii. Perkhidmatan awam sekarang tidak mengutamakan golongan berpengalaman / berkelulusan akademik yang tinggi ( kakitangan yang telah berkhidmat) untuk menjawat jawatan baharu, kenaikan pangkat. SPA / JPA mengutamakan golongan siswazah yang freshie.
iv. Golongan P & P naik pangkat cepat – cth PTD – 3 tahun 41-44, 5 tahun 48, 8 tahun 52, dan seterusnya – tapi kurang pengalaman untuk mentadbir.
Harap JPA dalam Sistem Transformatif (SST) buat perubahan yang drastik supaya perkhidmatan awam ini dihormati dan disegani dimata masyarakat 1 Malaysia.

Wahai golongan pengubal dasar jangan utamakan perut sendiri sahaja , lihat orang bawahan yang bertungkus lumus untuk penambahbaikan PA / Negara.
(Semua kawan-kawan tengok / baca Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil: 2 Tahun 2013) Kaji dengan teliti siapakah yang untung dengan penambahbaikan SSM yang berkuatkuasa 1.1.2013.

Lu Pikir La Sendiri Beb!

Reply

14 mohd nasir bin salleh March 21, 2013 at 10:21 am

gred 17..memang tergantung2.harap di kemaskini demi perkhidmatan.selepas itu semak kekanannya yang di umum 13 tahun.kalau ikut gred bile nk terima kekananan kerja..sepatut nya ikut lama berkhidmat sebab di jawatan yang sama cuma gred je yang berubah. kenaikan pn x seberapa. kami kerja pn ada kepakaran juga..tanpa kepakaran kami pihak atasan xakan dapat maklumat..harap pertimbangan sewajar nye..Wakil sehati sejantong Pembantu Kesihatan Awam

Reply

15 A. L. Pang May 2, 2013 at 3:14 pm

Sistem perkhidmatan awam tidak pentingkan orang lama. Jika anda bekhidmat lebih 30 tahun dengan pelantikan baru hanya HSC, walaupun kemudian berusaha memperolehi ijazah sarjana muda dan sambung dengan mendapat kelulusan ijazah (master degree) pangkat masih rendah daripada orang yang baru masuk service kurang 5 tahun dengan kelulusan ijazah sarjana muda (bachelor degree) sahaja. Masa lebih 30 tahun ini bukan satu masa yang pendek dan mengapa orang yang baru boleh diletakkan jadi pegawai kanan kepada orang yang telah berkhidmat lebih 25 tahun lamanya daripada pegawai kanan dia, apakah sistem begini betul! Banyak pengalaman di swasta di ambil kira dan merupakan aset penting bagi agensi tersebut, tetapi di perkhidmatan kerajaan orang lama dibiarkan sahaja!!!!!

Reply

16 habsah May 15, 2013 at 8:35 pm

Saya tertanya-tanya kenapa lulusan ijazah pendidikan pjj oum tahun 2010, tetapi spp telah menawarkan DG41 pada 2 januari 2013. Sedangkan rakan-rakan yang belajar dan temuduga pada hari yang sama ditawar pada tarikh ogos 2010. Harap rakan-rakan dapat beri penjelasan. Yang anihnya surat ini disampaikan selepas pru 13. Mesti ada sesuatu yang tak kena……

Reply

17 Rahman October 20, 2013 at 9:42 pm

apa pun sabar dan kita tunggu lah budget pd 25/10/2013….semua dapat apa yg diharapkn…insyallah

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner