Home >> Hiburan >> Siti Kelembai dan Magika ada persamaan?

Siti Kelembai dan Magika ada persamaan?

by Kulanzsalleh on September 22, 2010 · 40 comments

Dua-tiga hari ni saya tengok banyak juga blog yang berkongsi kisah Drama Siti Kelembai yang disiarkan menerusi Slot Lagenda TV3 dan TV9 serta Filem Magika yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 23 September 2010. Mulanya saya pun tak peduli sangat pasal Siti Kelembai dan Magika tu, tapi lepas baca sinopsis, rasa macam tertarik pula untuk terus mengikuti cerita kedua-duanya.

Bukan apa, saya ni memang peminat cerita-cerita dongeng atau lagenda rakyat. Mungkin sebab pengaruh bahan-bahan bacaan sewaktu masih kanak-kanak dulu yang suka baca buku cerita macam ni. Lagipun pada saya menonton cerita macam ni lagi bagus sebenarnya. Kalau diberi pilihanpun, saya akan tengok cerita macam ni berbanding cerita benar tapi karut dan tak patut ditonton macam drama-drama dan siri lawak jenaka yang agak melampau, hantu segala macam dan cerita yang berunsur hinaan sehingga menyingguh perasaan orang lain.

Siti Kelembai dan Magika

Alang-alang dah sentuh pasal drama dan filem tu, elok juga saya kongsikan di sini sinopsisnya. Mana tau ada yang nak tahu jalan ceritanya, bolehlah juga dirujuk.

Sinopsis Siti Kelembai

Merupakan drama bersiri 20 episod arahan Bob Hashim Ismail terbitan MIG Productions. Siti Kelembai versi moden sebenarnya diolah semula daripada  cerita rakyat, Sang Kelembai. Ceritanya berkisar kepada Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.

Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya. Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.

Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Lagenda Siti Kelembai mula ditayangkan semalam pada pukul 4.30 petang di tv3 dan juga tv9 dan dibintangi oleh Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof.

Sinopsis Filem Magika

Filem Magika terbitan KRU Studios akan menemui peminat di pawagam pada 23 September ini. Magika mengisahkan dua beradik yang mengharungi hari-hari suram selepas kematian ibu mereka. Malik (Fimie Don) merasa tertekan dan menyalahkan diri sendiri atas kematian ibunya itu. Suatu petang, Malik bergaduh dengan kakaknya, Ayu (Diana Danielle) dan membawa diri ke hutan. Tanpa disangka-sangka, Malik tersesat di hutan dan dia berada di dimensi lain yang dinamakan Magika.

Setelah terdengar jeritan Malik meminta tolong, Ayu segera mencari Malik, tetapi beliau turut terperangkap dalam dunia Magika. Masalah bertambah rumit kerana Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya, Awang Kenit. Malik digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan wangian dari tangisan kanak-kanak.

Ayu terpaksa menghadapi banyak cabaran dan halangan dalam misi mencari dan menyelamatkan adiknya di Magika. Semasa pengembaraan di Magika, beliau terjumpa dengan watak-watak dalam lagenda Melayu seperti Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mahsuri dan Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang sudi membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi Filem Magika termasuklah Mawi, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim dan KRU.

Saya belum dapat bayangkan macam mana kesemua watak ni boleh muncul dalam satu filem. Lepas tengok nanti bolehlah buat komen. Sementara tu, boleh juga tengok trailer Filem Magika di bawah ni.

Berdasarkan tema bagi Siti Kelembai dan Magika tu, maka dapat saya buat kesimpulan yang memang terdapat persamaan pada drama dan filem berkenaan. Bukanlah persamaan pada plot, cuma persamaan dari segi adaptasi watak dan kisah. Sebab tu nak juga tengok dua-duanya. Kalau ada kesempatan, filem Magika tu memang akan saya tengok juga di pawagam, tapi drama Siti Kelembai tu bolehlah ditonton secara online atau download dari mana-mana sumber. Nak tengok di TV3 memang tak sempat rasanya sebab 4.30 tu time kerja lagi.

Tak lupa, kredit kepada blog Darkbatman untuk sinopsis Siti Kelembai tu dan ohMalaysia untuk sinopsis Filem Magika.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 40 comments… read them below or add one }

1 tehr September 22, 2010 at 4:15 am

belum pernah melihat lakonan mawi dalam filem
masa dalam iklan dulu, nampak macam boleh
tehr recently posted..Pengkalan Kubor Dan Info Geleri Tengku AnisMy Profile

Reply

2 kulanz September 24, 2010 at 11:34 am

aku pun baru nampak lakonannya di trailer tu.. kalau ada kesempatan ni nak tengok juga

Reply

3 R Indra Kusuima sejati September 22, 2010 at 6:48 am

Ass…

Semoga saya dapat dengan mudah melihat film ini.

Salam
R Indra Kusuima sejati recently posted..KONSEP TUJUAN HIDUP SEDERHANA &gt 10 – 1 19My Profile

Reply

4 kulanz September 24, 2010 at 11:39 am

ada peluang boleh tonton :)

Reply

5 denaihati September 22, 2010 at 7:04 am

Si kelembai ni memang famous lah masa kecik2 tu tapi kisah ni dah hilang ditelan zaman.
denaihati recently posted..Wifainda Amah Indonesia didera teruk dan gambar penderaMy Profile

Reply

6 kulanz September 24, 2010 at 11:41 am

betul tu.. dulu-dulu aku selalu juga baca cerita si kelembai tu.. tapi generasi sekarang rasanya kurang terdedah dengan kisah tu

Reply

7 zezebel September 22, 2010 at 8:04 am

Tertengok Siti Kelembai ni semalam.
tak sesuai lar pelakon tu jadi umur 18 tahun. Macam dah 30 jer.
zezebel recently posted..Gaya Street TamuMy Profile

Reply

8 kulanz September 24, 2010 at 11:43 am

cerita permulaan tu.. nanti kalau dia dah bertukar cantik, sesuai dah tu.. :)

Reply

9 anuarkarimz September 22, 2010 at 11:20 am

‘kelembai’ apa maknanya?

Reply

10 kulanz September 24, 2010 at 11:51 am

yang aku tau tu nama makluk ajaib dari cerita mitos.. maksud dia tak pernah pula aku tau, hehe

Reply

11 haru September 22, 2010 at 12:17 pm

aik..aku xpernah dgr or bace dlm mane2 buku pn psl si kelembai tu???? ada ke??hoho

kena tgk nie nnti kt tv3 bez ke x
haru recently posted..Raya Bersama IMMy Profile

Reply

12 kulanz September 24, 2010 at 11:54 am

memang ada..
tu termasuk dalam siri cerita rakyat.. dulu masa budak2 aku mmg selalu baca..

Reply

13 hafizmd September 22, 2010 at 12:22 pm

4.30…hiks..mmg tak sempatlah nampaknye..bleh try tgk online..bace sinopsis macam best jer :D

magika..senarai pelakon mmg best2..kalau ade kelapangan..nak juga tgk..

bro..nanti dah tgk..jgn lupe kasi preview yer..hihi
hafizmd recently posted..Seloka pecah kaca pecah gelas…My Profile

Reply

14 kulanz September 28, 2010 at 12:44 pm

mmg tak sempat kalau kerja time opis..

Reply

15 fiezaradzi September 22, 2010 at 1:45 pm

citer mengarut cmni mmg best layan.. lagi best dari cintan cintun yg tah pape tu… teringin gak nak tgk 2-2 citer nih..
fiezaradzi recently posted..MandiMy Profile

Reply

16 Wan September 22, 2010 at 4:16 pm

haha tak pernha tgk cita dongeng & ngarut camni
tidak berfaedah
Wan recently posted..Mengenali Sikap Rakyat Malaysia episod 1My Profile

Reply

17 kulanz September 28, 2010 at 12:52 pm

banyak pengajaran drp cerita dongeng macam ni sebenarnya.. :)

Reply

18 azizan4444 September 22, 2010 at 5:21 pm

magika tu mcm menarik….ada mase kena tengok tu..hehehe..
azizan4444 recently posted..Bila Kekasih Hati DicabulMy Profile

Reply

19 rashid September 22, 2010 at 6:23 pm

Hoho…esok ramai-ramai tengok filem magika…insya’Allah best…
rashid recently posted..Magika- Yang Ditunggu Telah Keluar 23 September 2010My Profile

Reply

20 iza September 22, 2010 at 10:07 pm

Selalu jgk layan tv 4.30 ptg ni setiap hari….
mengisi masa terluang…
iza recently posted..Candid Camera ContestMy Profile

Reply

21 ishak September 22, 2010 at 10:34 pm

macam best jer cerita tu nak tengok jugak nanti
ishak recently posted..Apa itu freemason My Profile

Reply

22 zik September 23, 2010 at 1:18 am

alamak tak sempat nak mengikuti cerita2 macam nie..huhu
zik recently posted..Kangoo Jumps- alat untuk bersenam alaf baru!My Profile

Reply

23 mrnamie September 23, 2010 at 2:12 am

jarang sangat ada masa nak tengok drama2 macam ni… tapi skali dah tengok, memang tak nak miss hehe
mrnamie recently posted..Guitar Hero Versi PC percumaMy Profile

Reply

24 eyriqazz September 23, 2010 at 12:02 pm

dah tak ingat dah kisah si kelembai ni..kecil2 dulu ada juga baca
eyriqazz recently posted..Cikgu Onizuka NuffnangMy Profile

Reply

25 DonHa September 23, 2010 at 3:41 pm

terbaik ni. aku pun ada tengok siti kelembai. petang2 tak tau nak buat apa.layan saja..
DonHa recently posted..Ahli perniagaan dibunuhMy Profile

Reply

26 etomyam September 23, 2010 at 9:27 pm

oh gitu rupanya, nak kena layan jugak citer2 khayal macam ni sekali-sekala :D
etomyam recently posted..Bila Kim Kardashian Nak kawan Dengan EtomyamMy Profile

Reply

27 donny September 23, 2010 at 10:26 pm

kena buat review gak ni..hehe

Reply

28 wazy September 23, 2010 at 10:53 pm

cerita Magika ni mesti best,ada masa nak tengok la nanti
wazy recently posted..PC Booster 70My Profile

Reply

29 CikLilyPutih September 23, 2010 at 10:55 pm

seronok plak layan trailer magika nie. sampai tgk 2 kali lah
CikLilyPutih recently posted..My Raya Moments ContestMy Profile

Reply

30 Guest September 25, 2010 at 11:09 am

Haha…teringat masa kecik2 beli buku cerita Hikayat Negeri. Ada negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah…semua lah.
Mana dah perginya semua buku2 tu.
Yang popular biasa, Pak Pandir, Si Luncai, Pak Kaduk, kisah Puteri-puteri tu…
Nanti cuba buh cerita Si Bongkok Tanjung Puteri, Cik Siti Wan Kembang, Tun Fatimah, Tun Teja, Puteri2 negeri Sabah Sarawak pulak ke. Banyak sebenarnya kisah dongeng dan hikayat Melayu yg org dah makin lupa.

Reply

31 Ali ridha September 28, 2010 at 4:05 pm

kebetulan hari aku balik rumah awal.
sempat aku tgk Siti Kelembai.

Reply

32 sunglasses September 29, 2010 at 3:27 pm

sumpah si Kelembai

Reply

33 suri September 29, 2010 at 11:48 pm

jika di beri pilihan suri nak tgok ctr magika heee.. ctr yg lagi satu tu cam dah bisa main kat tv jer huhu…

Reply

34 farah natasya October 1, 2010 at 1:57 pm

KAN BEST KALO ADE SUPER POWER MCM CT KELEMBAI………HEHEHE

Reply

35 spongebob October 8, 2010 at 1:59 pm

fatihah kau tengah buat apa tu

Reply

36 fatihah October 8, 2010 at 2:00 pm

aby tadi amirul tanya aqu dia suruh aqu tanya engkau qau suka dia lagi ke tak

Reply

37 fatihah October 8, 2010 at 2:03 pm

qau x nampak ke aqu gah watpe kan aqu tengah chat dgn qau nie

Reply

38 spongebob October 8, 2010 at 2:05 pm

aku skan dia

Reply

39 spongebob October 8, 2010 at 2:07 pm

fatihah kau ni lambatlah

Reply

40 anis and iylia October 13, 2010 at 1:58 pm

best gak cite tu.yg paling lucu mestilah pak nil sbg pak pandir.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner