Salam semua. Hari ini sudah masuk ke tarikh 1 Ogos. Jadi sebagai pembukaan kepada bulan ini, saya mulakan dengan review dan statistik kulanzsalleh.com sepanjang bulan Julai 2010. Walau bagaimanapun, nak bagitau awal-awal yang entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kerana memang tiada apa yang hebatpun di sini. Ini hanyalah sekadar rujukan pada masa akan datang di samping ucapan terima kasih kepada semua rakan pengunjung, sama ada di kalangan blogger ataupun silent reader.
Sama seperti review lepas, sekali lagi saya akan mulakan dengan 20 blogger paling steady yang paling banyak meninggalkan komen pada entri di blog ini.
- etomyam (42)
- suri (41)
- Affan (36)
- ishak (33)
- zik (25)
- tehr (24)
- Azuan (23)
- acapz (21)
- Amir (20)
- bujang3 (19)
- jawatan kosong (15)
- Thoha (15)
- cikmin (13)
- azizan4444 (11)
- fiezaradzi (11)
- iza (11)
- apiih (10)
- AyieBlog (10)
- eyriqazz (10)
- hafizmd (10)
Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang turut meninggalkan komen di blog ni. Untuk bulan Ogos, saya akan kekalkan 20 blogger steady/pengomen tegar di sidebar.
Keyword Popular – 10 Keyword paling popular berdasarkan Google Analytics yang banyak membawa pelawat datang ke blog ini sepanjang bulan Julai ialah: UFO Tuaran, Senarai menteri kabinet 2010, Urut payudara, Gambar UFO Tuaran, UFO di Tuaran, ciri-ciri pemimpin, UFO Kota Kinabalu, Isu Pendidikan, UFO di Kota Kinabalu, Urutan payudara. Selain tu terdapat juga beberapa keyword lain yang turut tersenarai, antaranya UFO in Kota Kinabalu, UFO in Tuaran dan Tuaran UFO. Ringkasnya keyword UFO adalah keyword paling panas pada bulan Julai lepas.
Entry Popular – 10 Entri (terbitan bulan Julai) yang paling banyak mendapat hit pula: UFO di Kota Kinabalu (9,318 views), Urut Guna Payudara, Ada Sesiapa Pernah Rasa? (6502 views); Gambar Asal UFO di Tuaran, Kota Kinabalu (5,962 views); Juara Piala Dunia 2010 (4276 views); Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1431H/2010M (1,885 views); Mohd Juara Mentor TV3 Musim ke-4 (1,512 views); Badrul Muhayat dan Maya Karin Bercerai (1,446 views); Keputusan Akhir Piala Dunia 2010 (1,076 views); Tabung Sumbangan Untuk Rakan Blogger ~ Lya (963 views); Bagaimana Mengecualikan Imej di Sidebar daripada Efek Lazy Load (879 views). Manakala entri yang paling sedikit dilihat pada bulan Julai ialah Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali (11 views ). Sesuailah sebab entri ini hanya di-publish pada 11.49pm, 31 Julai. Selain daripada tu, terdapat juga entri lain di blog ni yang turut mendapat hit yang banyak sepanjang Julai lepas, antaranya: Senarai Kabinet Malaysia 2010, Isu-Isu Pendidikan di Malaysia, Ciri-Ciri Pemimpin yang Baik dan Senarai A-Z Webhosting di Malaysia.
Statistik Pelawat – Alhamdulillah, akibat daripada penangan UFO yang bukan sahaja singgah di Tuaran, tetapi juga turut singgah di blog ni, unique visitors (UV) untuk blog ni ada peningkatan sedikit berbanding bulan lepas. Kali ni saya baik hati dan rajin sedikit capture awstats di cpanel. Jadi bolehlah dikongsikan di sini.
Kalau ikut statistik cpanel tu, buat pertama kalinya blog ni telah mencecah lebih 17,000 UV. Dan yang tidak disangka, boleh mencapai lebih 500,000 pages views hanya dalam masa 1 bulan. Itupun tidak termasuk 82,168 yang tersasar dan hanya melihat “Page not found”. Masalah tu mungkin disebabkan blog down akibat server busy, broken link, bad request, forbidden dan lain-lain punca.
Ada dua perkara yang cuba saya aplikasikan pada bulan Julai lepas. Pertama, berkenaan dengan kaedah meningkatkan page view. Banyak tips yang saya baca mencadangkan supaya pemilik blog meletakkan anchor text/internal link yang menghubungkan satu entri dengan entri lain jika ianya berkaitan. Ternyata usaha itu tidak sia-sia. Perkara kedua berkenaan dengan penjimatan bandwidth. Bulan lepas blog mengalami masalah penggunaan bandwidth dan memory usage hingga memaksa saya menukar template blog dan membuang banyak plugin. Sebenarnya masalah bandwidth tu adalah disebabkan imej hotlinking. Selepas mengalihkan imej tu, barulah bandwidth stabil semula. Jadi memang perlu sangat-sangat dielakkan imej hotlinking ni terutamanya apabila yang menggunakan imej kita tu blog yang trafik agak tinggi.
Ranking – Sehingga entri ni ditulis blog saya masih kekal dengan PR4. Itupun mungkin disebabkan google belum lagi update toolbar. Alexa rank pula tidak mengalami banyak perubahan. Sehingga review ini ditulis, alexa rank masih berada pada 142,855. Site Linking in ada sedikit pertambahan, daripada 39 kepada 61 selepas update baru-baru tu. Bagus juga kalau kali ni saya capture terus untuk rujukan masa akan datang.
Baru dapat 1 review. Ada lagi sesiapa sudi review blog ni?
Secara keseluruhan, sepanjang bulan Julai ni sebanyak 37 entri telah diterbitkan (berbanding 41 pada Jun 2010). 72.66% pelawat yang datang ke blog ni adalah daripada enjin carian, 16.22% Reffering sites dan selebihnya 10.55% Direct traffic. Bulan Julai lepas juga saya mendapat beberapa ‘penghargaan’ daripada pengunjung melalui email yang meminta izin untuk mengambil beberapa artikel dari blog ini untuk rujukan. Dan perkara yang membuatkan saya terus bersemangat untuk berkongsi sesuatu di blog ini juga ialah setelah mengetahui yang salah satu artikel di blog ini pernah diterbitkan dalam buletin pendidikan. Nanti ada masa boleh kongsikan pasal ni.
Setelah lebih setahun aktif menulis di blog, makin banyak perkara yang saya tahu. Dan barulah saya tahu semakin banyak perkara yang saya tidak tahu sebenarnya. Memang betul seperti apa yang boss saya cakap pasal tahu menahu ni. Jadi, harap-harap masih sempat untuk memperlajari banyak perkara.
Terima kasih sekali lagi kepada semua rakan yang memberikan sokongan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada aktiviti blogging ni.



{ 62 comments… read them below or add one }
wah..terbaik..keyword yang masuk tu..kagum betul.
nanti tiap2 bulan lanz capture lagi ye..kongsi kat sini..
tips letak link tu selalu je tak ingat..
cikmin recently posted..World Breastfeeding Week 2010
secara kebetulan juga keyword tu cikmin, tak ramai yang pos pasal tu..
boleh juga tu capture tiap bulan statistik tu, hehe.. tapi tak tau bulan ni boleh sampai macam tu lagi ke tak..
saya juga sedikit kagum dengan keyword yg bro dpt.. memang terbaik laa.. tahniah ye
RedBoy recently posted..Abdullah Bin Jaafar Yang Dermawan
Memang terbaek!
memang best la.. boleh dapat hot keyword..
thanks bro, kebetulan juga tu tau info pasal keywords tu.. kalau tak, susah juga nak dapat trafik yang baik..
No 1 . Terimakasih mention kat top 20 list tuuu!!!
No 2 . Issue yang bro ketengahkan memang mantap !!!
No 3 . Gua perhatikan, bro memang terrer main keyword…
No 4 . Bro banyak idea… ada saja post yang keluar dalam seminggu !!! Idea bernas plak tu !!!
No 5 . dari 1 – 4, semua tu bukan ayat bodek, aaa!!! Ikhlas…respect kat bro…Kekalkan ber”blogging”…orait!!!
bujang3 recently posted..Syukur !!!! Hari yang ditunggu hampir tibaaaa !!!!
Top 20 tu dah jadi senarai wajib.. akan diteruskan untuk bulan-bulan akan datang
owh… daku baru tahu.. nk rajin lah komen d blog bro ni.. hehee
RedBoy recently posted..Abdullah Bin Jaafar Yang Dermawan
@Redboy, silakan mengomen bro, hehe
boleh tak nak tiru idea lanz ni..nak letak top 20 jugak kat blog..hihihi..mcm la ramai beno yg komen..
aku x tersenerai sebab baru je kenal blog ni
bulan ogos ni boleh juga tu tersenarai..
@cikmin, boleh tu apa salahnya.. ni bukan idea aku.. ramai juga yang biasa buat mcm ni..
betul, saya first tau ni dr bto etomyam. hehe
bagus, untuk galakkan org komen
Affan recently posted..Tab napping- cara phishing terbaru!
wuhu. terbaik bro. bukn sng nk jadi blogger tegar mcm bro ni. haha. skit2 lama2 jadi bukit. insyallah bley jadi. hee. nice bro. keep blogging

acapz recently posted..Sebanyak 171 Juta Profil Facebook Di Muat Turun
hehe.. masih belum layak masuk senarai blogger tegar ni bro.. hehehe
wah… salam kenal… am from indonesia.. nice blog sir…:)
salam kenal, terima kasih sudi berkunjung
terbaiklah blog bro..nampaknya keyword ufo adalah paling tinggi untuk bulan julai..
memang hot keyword UFO bulan lepas bro.. banyak juga tersinggah di sini..
serupalah bro,
hits tertinggi pasai ufo lah..
tu lah, tengok entri bro pun duduk 1st page di google
ufo banyak betul orang cari kat blog nie…
zik recently posted..Imam muda minggu ke 9
ramai yg nak tahu pasal ufo rupanya… pandai bro main keyword ye.. macam2 yg masuk.. tahniah.. salute laa
RedBoy recently posted..Abdullah Bin Jaafar Yang Dermawan
tu pun kebetulan ada berita UFO kononnya muncul di tuaran ari tu.. sebab tu mungkin ramai yang nak tau.. kalau tak, xda siapapun yang kisah pasal UFO tu..
tahniah
semakin meriah dan mantap blog ni
meriah sungguh..
@Wan Perlis, baru nak merangkak juga ni bro..
tahniah bro atas pencapaian yg bertambah mantap, bulan ogos ni ufo tak de plan nak jenguk lagi ke m’sia nie hehehe

dah tahniah utk diri aku sendiri pasal dapat no 1 di blog ni hehehe..
etomyam recently posted..Review Bulan Julai- Jom Bincang!
haha…untuk diri sendiri,cun tu bro.
ufo cuti bulan ni kot
Bulan Ogos ni plan nak contact ultraman plk suruh singgah Malaysia… tapi aku kena taip entri awal-awal.. ngam ultramen tu muncul, aku terus publish entri, hehe..
tahniah juga bro
haha. xde UFO, kena cari mnde lain pulak.
cari jgn tak cari. hehe
Affan recently posted..Tab napping- cara phishing terbaru!
memang nak cari idea baru ni..
barulah aku tahu rupanya banyak lagi yang aku tidak tahu
hehehe
tehr recently posted..Hati-hati Bila Berblog
haha.. betul, betul, betul
kagum ngn sifu ne.. byk lg kene blaja dr bro…
darkbatman recently posted..Panduan Latihan Squat
hehe, aku pun kena belajar dari bro macam mana nak mantapkan trafik daripada loyalty visitors..
Wah memang hebatlah bro.. Caiyok2
eh, xdalah bro, biasa-biasa je ni
terbaik ah diorang…
chaiyok3…
semua orang terbaik..
tahniah bro!!
semoga terus sukses!
Mus recently posted..Kalau Nak Down Sekalipun- Biarlah Down Dengan Menarik!
semoga rakan-rakan yang lain pun sama-sama sukses
Emm, mantap lah bro.. traffic kencang jer.. keyword panas tu..
Azuan recently posted..Keputusan FIFA U20 Womens World Cup Germany 2010
trafik kalau tanpa keyword panas, biasa2 je bro.. kira nasib baik je tu dapat pos entri yang orang lain nak cari
Emm, rugilak aku tak buat juga post dengan keyword tu.. hehe
Azuan recently posted..Keputusan FIFA U20 Womens World Cup Germany 2010
“semakin banyak perkara yang saya tidak tahu” .. betul.. betull.. banyak benda lagi kena selongkar dan kaji..
Samdaddycool recently posted..Ngeri dengan isu ayam halal
sama-sama masih belajar.. jom tingkatkan ilmu blogging
kagumlah, bertambah hebat

ST recently posted..Tingkat kepantasan paparan blog WordPress
rezeki entri panas.. kalau xda tu, blog ni xda hebat mana pun..
wah,tahniah..sayapun byk berguru dari blog ini..teruskan perjuangan….
eyriqazz recently posted..Prestasi EyriqazzCom July 2010
bro, blog bro pun dah mantap. hehe
Affan recently posted..Tab napping- cara phishing terbaru!
@eyriqazz, akupun dah lama berguru dari blog bro.. dulu senyap2 baca.. sekarang dah berani tinggalkan komen di sana
Salam bro, tumpang tanya, sites linking in tu cmne ye?
Affan recently posted..Tab napping- cara phishing terbaru!
salam bro,
maksudnya kita letak link entri/blog lain di satu entri. contohnya macam part Entry Popular atas tu.. untuk ayat “UFO di Kota Kinabalu” tu, ada link yang kalau kita klik akan bawa kita ke entri tu.. lebih kuran macam tu lah
congratz bro. keep it up.
thanks bro..
fullamak memang meletop tu bro..fuuh..urut pakai payudara tu..memang boleh urutlah hehehehe
nak tanyer apa itu imej hotlinking?? hehee terima kasih..harap bro blh bagi jwpan pda suri
Dasat2..teruskan berblogging!
tahniah dan teruskan usaha..