Home >> Blog >> Statistik Blog Bagi Bulan Jun 2010

Statistik Blog Bagi Bulan Jun 2010

by kulanz on 01/07/2010 · 49 comments

Sedar tak sedar, sudah berakhir bulan Jun 2010. Sedar tak sedar, entri pertama yang ada di blog ni, yang diimport dari blogspot dulu sudah melebihi usia setahun. Dan baru saya sedar, setelah berbelog lebih setahun, dan menggunakan wordpress selfhosting ni hampir 8 bulan, ni baru pertama kali saya membuat review (statistik) untuk blog ni.

Untuk review bulan ni, saya mulakan dengan 10 blogger paling steady yang rajin datang ke blog ni dan paling banyak meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak kepada:

Untuk bulan Julai, saya akan senaraikan 20 blogger steady di sidebar blog ni. Dan untuk 10 blogger yang tersenarai di atas, saya akan letakkan link blog rakan-rakan di sidebar sepanjang bulan Julai ni. Kepada rakan-rakan yang sebelum ni saya letakkan banner blog di sidebar, jangan kecik hati sebab banner tu terpaksa ditanggalkan sekejap memandangkan blog ni menghadapi masalah berat badan yang serius pada minggu-minggu terakhir bulan Jun lepas. Saya akan letakkan semula banner berkenaan dalam jangka masa terdekat ni.

Blog – Bulan Jun blog ni sekali lagi bertukar kulit. Saja mencari kelainan sedikit daripada paparan sebelumnya yang agak kosong. Malangnya template blog sekarang ni terlalu berat sebab menggunakan banyak skrip. Mungkin sebab template ni jugalah blog saya pernah shutdown 2 kali disebabkan memory usage yang agak melampau. Selepas ni saya mungkin akan tukar semula template yang ada sekarang dengan template yang lebih ringan.

Keyword Popular – 10 Keyword yang paling banyak membawa pelawat datang ke blog ini ialah sepanjang Jun lepas: kabinet malaysia 2010, senarai menteri kabinet 2010, ciri-ciri pemimpin, kpm malaysia, perlembagaan malaysia, organisasi kementerian pelajaran malaysia, menteri kabinet 2010, senarai kabinet 2010, kepimpinan berkesan, kementerian pelajaran malaysia kpm. Manakala keyword yang tidak pernah digunakan untuk masuk ke blog ini ialah Luna Maya, Cut Tari, Ariel Peterpan dan Redtube Malaysia :D

Entry Popular – 10 Entri paling banyak mendapat hit pada bulan Jun ialah: Senarai Kabinet Malaysia 2010, Isu-Isu Pendidikan di Malaysia, Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia, Ciri-Ciri Pemimpin yang Baik, Semakan Kemasukan KPLSPM, Kalender Acara Negeri Sabah, Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengenalan Tentang Perlembagaan, Temuduga Terbuka KPLSPM.

Statistik Pelawat – Bulan Jun lepas blog kampungan dan skema ni dilawati oleh unique visitors (UV) sebanyak 11,484, pertama kali mencecah 10 ribu UV sebulan sejak Oktober 2009. Jumlah visitors keseluruhan – 24,595 visitors, pages view – 227,656 dan jumlah hits 1,330,867. Bulan lepas juga blog ni pertama kali menggunakan Montly Bandwidth Transfer lebih daripada 40GB.

Ranking – Sehingga entri ni ditulis blog saya masih kekal dengan PR4. Kalau ikut jadual, sepanjang awal bulan Julai ni Google akan update ranking. Ada yang berpendapat, Google Page Rank ni penting, dan ada yang kata tidak. Tapi satu perkara yang terbukti, keyword lebih memainkan peranan penting untuk blog kita tersenarai di tangga teratas enjin carian dan bukannya disebabkan PR blog. Alexa rank pula setakat ni 178,217. Setakat ini pencapaian Alexa terbaik hanya setakat 175,095. Bilangan visitors yang turun naik menyebabkan ranking Alexa juga turun naik.

Secara keseluruhan, sepanjang bulan Jun 75.60% pelawat yang datang ke blog ni adalah daripada enjin carian. Selebihnya daripada lawatan rakan-rakan blogger yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Sejak Jun 2009, terdapat 202 entri yang sudah di-published di blog ni. Minggu lepas saya terpaksa buang shoutbox dan widget Alexa untuk menambah kelajuan loading blog ni. Dan hari ini saya membuat keputusan yang shoutmix tidak akan ada lagi di blog ni. Sampai bila tidak dapat dipastikan. Mungkin untuk selama-lamanya :D

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 49 comments… read them below or add one }

1 wazy July 1, 2010 at 3:26 pm

Mantap bro visitor bulan Jun ,semoga terus berkekalan

Reply

2 kulanz July 2, 2010 at 1:02 am

Alhamdulillah, bulan lepas ada baik ckit bro..
harap2 kekal utk bulan ni

Reply

3 eQuRlz July 1, 2010 at 4:02 pm

lama eqa xdtg sini..mcm2 da berubah..papehal pon congratz :) eqa masih merangkak slow2..
eQuRlz recently posted..Mone Yang Ku SayangMy Profile

Reply

4 kulanz July 2, 2010 at 1:03 am

blog je ada perubahan ckit.. orangnya x juga :D
terima kasih eqa datang sini..

Reply

5 azizan4444 July 1, 2010 at 4:07 pm

kami tetap mnyokong blog bro..moga makin maju lg.tahniah bro..
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam DilemaMy Profile

Reply

6 kulanz July 2, 2010 at 1:05 am

thanks bro.. moga sama-sama berjaya

Reply

7 eyriqazz July 1, 2010 at 5:20 pm

wah,mantap…teruja membacanya..teruskan usaha bro…keep it up…..
eyriqazz recently posted..Gambar Ariel Peterpan dan Luna Maya yang Terhangat -18 SX-My Profile

Reply

8 kulanz July 2, 2010 at 1:08 am

baru nak merangkak ni bro..
insyaAllah akan terus berusaha.. thanks bro

Reply

9 apiih July 1, 2010 at 6:46 pm

tahniah..mantop..aku pon slu komen blog ko..ehehehe
apiih recently posted..Budak 12 tahun ditahan kerana “Melepaskan Angin”My Profile

Reply

10 kulanz July 2, 2010 at 1:32 am

betul tu.. bro pun selalu singgah sini dan tinggalkan komen..
makasih banyak2 bro..

Reply

11 tehr July 1, 2010 at 7:04 pm

salam
termasuk dalam senari la…

sejak pertama kali jumpa blog ni [entah bila] saya sudah menyukainya kerana mementingkan maklumat dan cara penulisan bro kulanz yang kemas

semoga terus maju jaya
tehr recently posted..Teman Ketawa Teman MenangisMy Profile

Reply

12 kulanz July 2, 2010 at 2:20 am

salam,
terima kasih juga bro selalu datang sini..
blog bro pun unik juga… ringkas dan padat..

Reply

13 AyieBlog July 1, 2010 at 8:14 pm

Assalamualaikum,wa bro kulanz ayieblog tersenarai dari 10 blogger steady.Thank q bro kulanz.blog bro salah satu blog itu ayie selalu jenguk dan blog bro etomyam,banyak info terdapat dalam blog bro kulan dan bro kulanz tak malu berkawan dengan blogger muda yang serba kekurangan ini :) . Thank q banyak2.. :(

Reply

14 kulanz July 2, 2010 at 2:48 am

Walaikumsalam bro,
thanks bro selalu singgah sini..
ikhlas berkawan tak kira usia bro.. moga sama-sama dapat manfaat

Reply

15 etomyam July 1, 2010 at 9:52 pm

fuh..no 1 dan free backlink tu..terima kasih banyak2 bro kulanz. Syabas dan teruskan kejayaan ni :D
etomyam recently posted..Tutorial- Floating Social Bookmark Gaya MashableMy Profile

Reply

16 kulanz July 2, 2010 at 2:54 am

no 1 tu siapa bro? hehe
sama-sama memberi dan menerima bro :D
makasih juga selalu singgah sini…

Reply

17 zik July 2, 2010 at 12:34 am

terima kasih bro..tak sangka zik tersenarai , walaupun last… nie baru nak ke kl nie… hehe :-)
zik recently posted..Post schedule sudah habisMy Profile

Reply

18 kulanz July 2, 2010 at 2:59 am

terima kasih juga bro selalu singgah sini..
kalau dah balik KL, bolehlah aktif semula berblog kan bro? :)

Reply

19 Wan Perlis July 2, 2010 at 12:37 am

waa shoutmix dah xda
Wan Perlis recently posted..Perkara Menarik Jun 2010My Profile

Reply

20 kulanz July 2, 2010 at 3:00 am

tak larat bro blog aku mengandungkan shoutbox tu :D

Reply

21 yoy July 2, 2010 at 1:58 am

mmg terbaik..PR, Alexa, Traffik..
lengkap..nk kena usaha lebih ni:)
yoy recently posted..Weight Loss Challenge KelantanMy Profile

Reply

22 kulanz July 2, 2010 at 3:04 am

jom berusaha lebih bro.. :)

Reply

23 Amir July 2, 2010 at 9:31 am

sy br pas abis exam. boleh la smbg blogwalking..
apa2pun tahniah bro utk pencapaian bulan Jun. :-)
Amir recently posted..Review Nuffnang- Innity- Advertlets dan Mangga AdMy Profile

Reply

24 kulanz July 2, 2010 at 3:11 pm

syukur exam dah selesai..
tahniah utk kawan2 yg lain juga
kulanz recently posted..Duyong Aridinata Pasangan Serasi DyesebelMy Profile

Reply

25 Thoha July 2, 2010 at 10:55 am

salam. saya baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog ini.. :)
Thoha recently posted..Melahirkan Keikhlasan Dalam DiriMy Profile

Reply

26 kulanz July 2, 2010 at 3:13 pm

Salam,
terima kasih singgah sini..

Reply

27 suri July 2, 2010 at 1:55 pm

uik jauh pr4..satu pencapaian yang baik tu :) mmg terorlah bro kulanz ni

Reply

28 kulanz July 2, 2010 at 3:14 pm

xdalah suri,
biasa2 jak tu.. lagi pun PR ni bila2 masa boleh tukar
kulanz recently posted..Duyong Aridinata Pasangan Serasi DyesebelMy Profile

Reply

29 Nine July 3, 2010 at 12:09 am

mantap bro kulanz , traffic mencanak tiap2 hari..tahniah bro…

nak tergelak bro sebut pasal keyword luna,ariel ngan redtube tu..hehehe..

Reply

30 kulanz July 8, 2010 at 10:17 pm

Alhamdulillah ada peningkatan sedikit bro.. harap2 berterusan.
yang keyword tu mmg tak pernah guna sebelum ni.. dalam entri ni 1st time.. tu pun tak di-highlight-kan sangat :D

Reply

31 Anwar Osman @ Computer Technicians July 3, 2010 at 3:46 am

Salam.. bro. Baru 1st time sampai sini from denaihati. Kemas theme ni.. I Like. Owh.. pakai Woo patutla cun. Malangnya aku xleh pakai Woo.. byk lari tuning sedia ada. Anyway, I’ll be coming back.. fell in love with the contents and your story telling skill.
Anwar Osman @ Computer Technicians recently posted..Technicians Tool- VirusTotal WebMy Profile

Reply

32 kulanz July 8, 2010 at 10:36 pm

Salam,
thanks bro datang singgah sini..
Woo themes mmg best pakai.. tapi sekarang ni dah tukar kepada theme lain

Reply

33 Nadri July 3, 2010 at 9:57 pm

satu pencapaian yg agak membanggakan klu dinilai dr segi PR & Alexa..tu baru 8 bulan bro..tahniah..
Nadri recently posted..Baling Longkang -amp Bersih Longkang ClubMy Profile

Reply

34 kulanz July 8, 2010 at 10:38 pm

thanks bro,
hasil daripada banyak usaha… gudluck utk bro juga

Reply

35 Paksu-IT July 4, 2010 at 9:45 am

terbaik la web blog ni.. hanya dalam masa yang singkat dah mendapat traffik yg power… keep it up.. sy newbie yang akan follow blog ni sambil beri komen.. :)
Paksu-IT recently posted..NoScript Cegah Phishing Dan MalwareMy Profile

Reply

36 kulanz July 8, 2010 at 10:40 pm

xdalah power sangat.. kalau nak bandingkan banyak lagi blog yg baru meningkat lebih pantas.. apapun syukur dgn apa yg ada.. dan thanks juga sudi singgah sini

Reply

37 jawatan kosong July 4, 2010 at 7:59 pm

wow.. bole la rajin2x comment bulan july ni..
jawatan kosong recently posted..HELP University College Jobs Vacancies KL 2010My Profile

Reply

38 kulanz July 8, 2010 at 10:46 pm

boleh, xda masalah. :D
terima kasih banyak2

Reply

39 syahrilhafiz July 4, 2010 at 11:12 pm

fuyooo…
boleh tahan..
kena rajin2 singgah sini la pasni erk..hehe
syahrilhafiz recently posted..Blog aku dah OK-My Profile

Reply

40 kulanz July 8, 2010 at 10:48 pm

terima kasih bro sudi singgah..
boleh tu.. saling blogwalking kita..
boleh tukar2 idea

Reply

41 denaihati July 5, 2010 at 1:09 am

Tahniah blog ni memang best lah.

Reply

42 hafizmd July 5, 2010 at 5:06 pm

salam bro..satu yg saye rase cukup tertarik ke blog ni adalah kerna themenye..cukup kemas..bersih..dan sedap mate memandang..jeles pun ade..hahaha..

tahniah juge utk pencapaian setakat ni..bukan senang utk dapatkan pr4 dan maintainkannye..moge terus sukses dan terus menulis berkongsi cerita dan ilmu..

thanks bro utk link..:D
hafizmd recently posted..Iran dalam kenanganMy Profile

Reply

43 acapz July 7, 2010 at 7:45 am

yeah nama aku ada. hahha. lawl. btw gud luck bro. hrp blog ini smkin berkmbng maju hndaknya. keep it up bro! <3
acapz recently posted..Disqus Memperkenalkan Thread Migration Tool Untuk Import Komen LamaMy Profile

Reply

44 ishak July 8, 2010 at 1:36 am

fuhh memang dahsyat lah traffic bro
ishak recently posted..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda My Profile

Reply

45 Affan July 11, 2010 at 4:05 am

bro etomyam tu pun mana2 ada die. Tapi die mmg friendly lah. hehehe

Reply

46 ryodimas July 12, 2010 at 11:56 pm

Oh Cut Tari, betapa kasihannya dirimu menjadi korban Ariel. Padahal suami dengan setia tetap mendampingimu. Perasaan gantengan suaminya ketimbang si Ariel. Betapa bodohnya dirimu

Reply

47 ryodimas July 13, 2010 at 12:29 am

Selamet buat Aldi Bragi yang sudah menikah untuk yang kedua kalinya, semoga kali ini bisa awet

Reply

48 ray ban August 8, 2010 at 8:04 pm

mantap blog ini memang mantap dan menarik keep updated!!!
ray ban recently posted..Size guideMy Profile

Reply

49 yusri November 2, 2010 at 11:31 pm

Saya suka wajah blog ini yang nampak simple dan kemas dan mudah untuk di baca. Paling penting sekali bagi saya dalam mana mana blog ialah posting yang menarik dan bahan yang di perlukan oleh pembaca. Apa pendapat blogger lain?. Saya hanya suka suka menulis blog. Dan , saya mengaku pada awal posting saya , saya telah mengambil tulisan kulanzsalleh.blogspot untuk di tampal di blog saya. Namun ,pada masa itu saya memang naif tentang hakcipta atau harga diri seorang blogger.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: