Sekarang sudahpun menjangkau tarikh 2 September. Hari ni baru sempat menulis blog review untuk bulan Ogos 2010. Seperti biasa setiap awal bulan saya akan berkongsi prestasi untuk kulanzsalleh.com pada bulan sebelumnya. Bagaimanapun awal-awal saya maklumkan, ini hanyalah sebagai perkongsian dan kenangan peribadi. Kepada yang kurang suka dengan review atau yang melibatkan statistik blog tu, saya mohon maaf dan anda boleh memilih entry yang lain untuk dibaca jika sudi.
Blog Entry
Kali ni saya mulakan dengan blog entry dulu. Bulan lepas blog ni agak produktif berbanding bulan-bulan sebelumnya. Pada bulan Ogos bilangan entry yang berjaya diterbitkan adalah sebanyak 49 semuanya. Ni sebenarnya adalah untuk mempraktikkan tips yang diberikan oleh seorang rakan blogger. Nak tahu apa tip tu, kenalah baca sampai habis entry ni.
Entry yang paling banyak membawa pelawat masuk ialah Waktu Imsak dan Buka Puasa Negeri Sabah dan Jadual Waktu Imsak dan Buka puasa 2010. Kedua-dua entry inilah yang akhirnya merealisasikan angan-angan saya dulu untuk mendapatkan unique visitors 3,000 dalam sehari. Selain tu, dua entry lain yang sebelum ini memang mendapat hit terbanyak masih juga mengekalkan prestasinya. Entri yang dimaksudkan ialah Isu-isu Pendidikan di Malaysia dan juga Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2010. Malah, Isu-isu pendidikan tu turut menjadi medan pertanyaan daripada pembaca berkenaan tip-tip temuduga.
Statistik Pelawat
Alhamdulillah, sekali lagi terdapat peningkatan pada bilangan pelawat ke blog ini pada bulan Ogos lepas. Mengikut statistik cpanel bulan Ogos, Unique Visitors (UV) adalah sebanyak 24,868, Number of visits 52,118. Berbanding statistik bulan Julai 2010, UV bertambah sebanyak 7,680, manakala jumlah pelawat (number of visits) bertambah sebanyak 15,868.
Google Analytics
Kalau mengikut statistik daripada Google Analytics, bilangan pelawat yang datang ke blog ni kebanyakannya adalah daripada Google Organic atau melalui enjin carian. Selebihnya daripada referring sites dan direct traffic.
Blog Ranking
Sehingga entry ni ditulis, PageRank blog ni saya masih kekal dengan PR4. Bilangan halaman yang diindex oleh enjin carian: Google – 800; Bing – 95; Yahoo – 931. Manakala backlink menurut Google pula ada sebanyak 59, Bing sebanyak 356, dan Yahoo 10,575. Selain tu, blog ni belum lagi diindex atau mendapat ranking di Compete dan juga Quantcast.
Ranking Alexa pula mengalami perubahan yang cukup memberangsangkan. Pada awal bulan Julai lepas, Alexa untuk blog ni ialah 142,682. Kemudian pada 31 Ogos lepas, Alexa rank adalah 114,096. Perubahan ni mungkin juga disebabkan terdapat pertambahan pada bilangan pelawat blog ni dan juga hasil praktik yang saya sebutkan awal-awal tadi. Pada masa Alexa rank ni saya capture (1 September), Alexa Traffic Rank blog ni ialah 112,925 (global), Traffic Rank di Malaysia 425 dan sites linking in 61. Target blog ni adalah untuk mencapai Alexa Rank di bawah 100,000 sebelum berakhir tahun 2010 ni. Mudah-mudahan tercapai.
Blogger Sejati
Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi berkunjung ke blog ni, sama ada yang telah meninggalkan jejak atau komen di blog ataupun tidak. Dan seperti juga review bulan lepas, di sini saya letakkan senarai 20 blogger steady yang paling banyak meninggalkan komen pada setiap entri di blog ni.
- ray ban (75)
- donnyien (64)
- ishak (49)
- suri (46)
- tehr (44)
- etomyam (41)
- zik (41)
- cikmin (34)
- mancai (34)
- Amir (28)
- Steward John (26)
- bujang3 (25)
- iza (25)
- hafizmd (24)
- Samdaddycool (24)
- Azuan (23)
- Bang Iwan (23)
- jawatan kosong (23)
- Mr.Z (20)
- RedBoy (20)
Rumusan
Ada beberapa perkara sebenarnya yang cuba saya praktikkan pada bulan Ogos lepas. Pertama, berkenaan teknik untuk mendapatkan ranking yang baik untuk Alexa. Ilmu ni saya dapat daripada blog etomyam dalam entri Review Bulan Julai. Ilmu yang dimaksudkan adalah berdasarkan kepada pandangannya melalui pengalamannya sendiri, iaitu:
- Constant update merupakan kunci utama terhadap peningkatan ranking alexa.
- Meminimakan kesalahan HTML dan CSS dalam blog.
Sebab tu, entry di blog ni bulan lepas agak banyak. Selain tu, saya juga telah berusaha untuk mengurangkan kesalahan HTML dan CSS yang dimaksudkan. Dah checked blog ni dengan menggunakan W3C CSS Validation Service dan mendapati tiada kesalahan pada skrip blog.
Kedua; saya telah membuat perubahan pada setting robots.txt blog ni. Sebelum ni untuk robots.txt saya setkan kepada Allow all (User-agent: * – Allow:/). Setting seperti ni menyebabkan hampir semua URL yang terdapat dalam blog ni diindex oleh enjin carian, termasuklah URL untuk template, plugin dan sebagainya yang tidak sepatutnya diindex. Kesannya, bilangan halaman yang dindex oleh Google pada masa tu mencecah sehingga 1,600. Bagaimanapun apabila saya menukar template atau membuang plugins tertentu, URL untuk halaman yang diindex tu menjadi broken. Hanya pada awal bulan lepas saya menukarkan setting robots.txt tu kepada Disallow: berdasarkan setting minima yang diperlukan. Jika ada kesempatan, mungkin ada baiknya juga dibincangkan berkenaan robots.txt ni nanti.
Selain tu, pada minggu terakhir bulan Ogos lepas saya sebenarnya telah membuat perubahan pada permalink blog ni. Perubahan tu dibuat berdasarkan alasan tertentu. Bagaimanapun tindakan tu telah menyebabkan banyak entri blog ni yang ‘hilang’ daripada paparan enjin carian. Bukanlah bermaksud hilang terus daripada senarai index. Masih ada juga tapi berada di senarai paling belakang kebanyakannya. Saya sudah menulis berkenaan perkara ni. Nanti akan dikongsikan sedikit masa lagi.
Akhir sekali. Untuk bulan September ni, saya tidak pasti macam mana keadaan blogging saya, mungkin lebih aktif daripada bulan sebelumnya, boleh jadi juga kurang aktif. Apapun, terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyokong blog kulanzsalleh.com ni.
User-agent: * Disallow:





{ 50 comments… read them below or add one }
statistik yg agak mantap.. tahniah! semoga tuan akan terus maju dlm blogging..
Zon Artis staff recently posted..Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Bertunang Pada Raya Ke-4
makasih, zon artis sekarang pun makin mantap..
terkejut tengok pic Nia Ramadhani tu
heheehe mantap nih.. nia nya yang mantap ya..
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
blog yg begitu ramai trafic dan semestinya backlink yg banyak..tahniah bro
anuarkarimz recently posted..Belanja Raya- Keperluan Vs Ikut Nafsu
tak banyak sangat backlink tu bro..
kena lebih berusaha lagi ni untuk tambah
tahniah bro atas statistik yg menarik tu

terima kasih jugak pasal dapat backlink tu hehe
etomyam recently posted..Jangan Main Mercun
banyak belajar dari bro juga..
emmm, statistik yg menarik tu bro.. pengalaman aku pun sama, kalau rajin update blog, alexa skejap jer naik…
anyway, kalu nak lagi best check CSS dan HTML, blh guna site ni, http://xhtml-css.com/
Hidup Seorang Blogger recently posted..Gaya Hidup Seorang Blogger Separuh Masa
thanks bro bagi link untuk check html dan css tu..
Ur wlcm bro..
blh try tgk..
Hidup Seorang Blogger recently posted..Download MP3 Lagu Hari Raya Aidilfitri
congratz bro. ranking Alexa dah meningkat.
saya dah kurang aktif berblogging skg ni. busy sikit…
Amir recently posted..Gambar Kes Buang Bayi Di Seksyen 13- Shah Alam
thanks bro..
kalau kurang busy nanti bolehlah aktif semula berblog..
Salam…
Eh, termasuk jgk dalam senarai….
Rasa tak puas membaca entry ni, nak baca lagi tapi bersambung pulak…kena tunggu la ni…
Ada beberapa perkara yg kurang faham.
1. Site linking alexa tu untuk apa?
2. Tentang kesalahan html dan CSS. macam mana nak tau benda tu salah? Harap dapat terangkan panjang lebar.
3. tentang setting robots.txt, apa benda ni, di mana dan macam mana nak buat? adakah khas utk wordpress saja?bagaimana dgn blogspot? harap2 ada masa utk tulis ttg benda ni nanti..hehe…
Hmmm, setakat ni, yg tu je kot….
Selamat Hari raya…
iza recently posted..Merdeka Dan Award Terkumpul
salam,
terima kasih untuk iza juga sbb selalu singgah sini..
1. URL blog kita yang terdapat di blog lain dan diambil kira sebagai backlink. Penjelasan tentang backlink ada di blog ni juga.
2. Secara ringkas maksudnya skrip HTML/CSS yang kita guna tak mematuhi standard utk bahasa web. Nanti ada masa boleh bincangkan hal ni di entry..
3. robots.txt tu mekanisma untuk mengawal capaian spider mana2 mesin enjin carian untuk sampai ke blog kita. Kebanyakan laman ada robots.txt ni. kalau untuk blogspot, iza boleh tengok settingnya dengan menaip (robots.txt) selepas url blog. contohnya: http://azilas.blogspot.com/robots.txt
Thanks atas info tu….
Semalam dah try buka kesalahan html dan CSS.memang ada byk error, 53 tp tak tau mcm mana nak selesaikan masalah tu sebab dia tak bagi jln penyelesaian.
iza recently posted..Merdeka Dan Award Terkumpul
dah tulis tutorial pasal cara nak baiki error tu, tapi tak sempat habis lagi.. sabar ye..
thanks bro..kena curik mase nak bace sikit..:D
hafizmd recently posted..Tak balik kampung Jangan sedih- baca dulu entri ni…
blog aku ada 52 kesalahan dalan HTML dan CSS
adoiya… banyak2
tehr recently posted..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua
memang banyak juga tu bro..
owh kena rajin update la ek bro… kena rajin gak nie… teriam kasih bro…

zik recently posted..Statistik performance zikrihusainicom august 2010
kalau tak update blog dalam sehari pun xpa rasanya, boleh buat ping blog.. yang ni pun lebih kurang sama juga fungsinya..
fullamak 24 ribu lebih unique visitor tu…memang mantap…aku baru dapat 13 ribu lebih unique visitor bagi bulan ogos
ishak recently posted..free download aleo flash intro banner maker
kira nasib baik je tu bro sebab ada beberapa entri guna keyword panas, terutama waktu buka puasa tu.. bulan ni tak tau lagi mcm mana..
wah..cikmin tersenarai jugak..
jeles tengok Page hits tu..setengan juta lebih tu..bila la nak capai macam tu..
p/s hari tu cikmin ada jugak email panz tentang css validator tu..cikmin tunggu entri nya nanti..

cikmin recently posted..Trafik cikmincom Bulan Ogos
biasa kalau cpanel semua hit dia rekod, walaupun bukan entry
~ entri pasal html/css error tu dah separuh siap..
terima kasih atas tips2 menarik bro kulanz berikan..sy tak tau pula kalau error dalam css html..ia menjadi effect kepada alexa..thanks for info
New Entry “Saya Bodoh Kerana….? “
sama-sama bro,
error tu memang ada effect utk semua bot spider.. tapi taklah besar sgt effect dia
teringin nak jadi mantap macam ni.. TAHNIAH bro daripada mrnamie.

mrnamie recently posted..Bermain Mercun
thanks bro.
aku yakin bro boleh dapat lebih baik daripada ni..
bro, ape maksud meminimakan kesalahan HTML dan CSS?cmne nk tau kita dh wt kesalahan 2?tahniah bro..
darkbatman recently posted..Minuman Protein dan Fiber yang Wajib Minum
bro, aku dah tulis entri pasal tu, tapi tak siap lagi..
sabar ye bro.. siap nanti aku share sini..
kencang sungguh unique visitor bulan lepas ya…best

Sir Marcello recently posted..Jumaat Terakhir
kira okeylah untuk standard blog hentam sajalah macam ni
tahniah bro…fuh kencang gler trafik
Napie recently posted..Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53- Merdeka!
terima kasih bro.. syukurlah dengan apa yang ada sekarang
wahhhh. congrats bro…..
memang mantopppppp!!!!
makasih ain…
Memang terbaek la blog ranking bro~

hafidz recently posted..Satu September 2010
tahniah atas pencapaian dan peningkatan!
bestnya rasa 3k sehari kan?
hohohoho
hakimfaridzul recently posted..Mari pulang berhari raya
tahniah,,blog bro ni memang mantap..semoga terus berkongsi banyak informasi dengan pembaca..
eh, bro
ada ke orang tak suka baca entry macam ni?
aku memang suka, buat cari ilmu, tambah ilmu
hehehe
tehr recently posted..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua
Woho mantap blog ni.. tahniah bro. Trafik meletup-letup tu…
zoul recently posted..Proton Waja Lancer Baru
Tahniah bro,semakin mantap statistik blog ni
wazy recently posted..Koleksi MP3 Lagu Raya
tahniah..
makin ngetop..cayalah..
syahrilhafiz recently posted..Backtrack Di Genggamanku
syabas bro kulanz… memang best kalau dapat generate traffic yang macam tu punya banyak… sekurang2nya untuk kepuasan sendiri… apa rahsianyer yer ??? boleh share ker ???
bujang3 recently posted..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
peh… memang kuasa turbo betul ni… tahniah bro… blog bro pun isinya selalu mantap2 belaka…
Bila lar blog saya nak merasa kemeriahan organic visitor ni. Hehehehehe….
Congrats. Ni mesti duit masyuk banyak kan? hehehehe…
zezebel recently posted..Gecko tokay tokek price
Congrats bro. buat masa ni boleh berangan je lah nak dpt UV sebanyak tu. bilalah nak merasa UV camtu.hehe. anyways congrats again
btw boleh exchange link bro ?
ishak recently posted..Buka Puasa Ramadhan Buffet @ Riverstone Eco Resort
tahniah bro..

saya pun dalam usaha nak menurunkan lagi rank alexa..
btw harap hajat bro tercapai nak berada bawah rank 100,000.. insyaallah
Mr.Z recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri
You have inspired me to work harder now. I shall try as much as possible to enjoy life to the fullest and be satiated with the wonderful things that are around me, which I have been unaware of until now.