Home >> Artikel, Pendidikan >> Strategi Bagi Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah dan strategi telah disusun, antaranya; Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang Dasar Pendidikanmenyeluruh, seimbang dan bersepadu; Mendemokrasikan pendidikan; Pelaksanaan KBSR dan KBSM; Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan disiplin; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik; Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat universiti; Pengajaran bahasa ibunda; dan Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.

1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:

“Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.” (Akta Pendidikan, 1996)

Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.

2. Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama
Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996):

“Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.”

Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.

3. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

4. Mendemokrasikan pendidikan
Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.

Muka Surat 1 | 2 | 3

Kata kunci artikel:

dasar pendidikan kebangsaan, dasar pendidikan negara, dasar pendidikan negara 2011, strategi pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan, pencapaian dasar pendidikan kebangsaan, dasar pendidikan, langkah-langkah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, akta pendidikan 1996 bab11 seksyen 53, analisis dasar pendidikan, objecktif dasar pendidikan kebangsaan, objektif dasar pendidikan kebangsaan di malaysia, pelaksanaan kbsr, tujuan pemantapan teknik dan vokasional, strategi utk menjayakan satu malaysia, strategi dasar pelajaran kebangsaan, strategi untuk menjayakan 1 malaysia, langkah untuk meningkatkan mutu pendidikan, cara meningkatkan mutu pendidikan di negara malaysia, cara tingkatkan mutu pendidikan negara, dasar dan perancangan pendidikan

Pages: 1 2 3

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 syafiqah January 15, 2011 at 4:30 pm

salam..

saya nak bertanya pendapat encik mengenai isu2 dalam pendidikan sebagai pembina negara bangsa. apakah cabaran dan pendekatan yang perlu di ambil daripada isu2 tersebut. berdasarkan isu yang encik utarakan, adakah ianya disokong oleh pendapat tokoh2 tertentu?

jasa baik encik amatlah dihargai.. terima kasih.. =)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: