Home >> Artikel, Pendidikan >> Strategi Bagi Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan

5. Pelaksanaan KBSR dan KBSM
Jawatankuasa kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam laporannya (1979) telah mendapati antara lain bahawa kurikulum itu digubal secara terpisah mengikut mata pelajaran dan terdapat sedikit sangat integrasi dalam mata pelajaran yang terkandung di dalamnya (Perenggan 194). Oleh itu, berdasarkan rasional tersebut, jawatankuasa kabinet memperakukan bahawa:

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira”

(Laporan Kabinet, Perakuan 2a)

Oleh yang demikian, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. KBSR dibentuk berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980).

6. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik
Bagi memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut mengambil langkah memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Tumpuan terhadap pemantapan pendidikan teknik dan vokasional ini dapat dilihat melalui penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi yang diambil termasuklah; menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu; dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada.

7. Memantapkan institusi pengajian tinggi
Bagi memastikan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerajaan telah mengambil beberapa langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut, antaranya;

  • Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 – membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi;
  • Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 – menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi;
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 – memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan;
  • Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 – memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta;
  • Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 – membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti; dan
  • Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 – membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

8. Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan disiplin
Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa mengira jenis dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996), Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

9. Pengajaran Bahasa Ibunda
Matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan antara lain ialah mewujudkan sistem pendidikan berteraskan masyarakat sendiri. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat di negara ini akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat majmuk Malaysia. Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah. Langkah ini diambil supaya setiap masyarakat di negara ini akan rasa dihargai dan tidak wujud perasaan disisihkan dalam negara sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan:

Muka Surat 1 | 2 | 3

Kata kunci artikel:

dasar pendidikan kebangsaan, dasar pendidikan negara, dasar pendidikan, langkah-langkah meningkatkan mutu pendidikan negara, dasar pendidikan negara 2011, dasar pendidikan malaysia, pencapaian dasar pendidikan kebangsaan, strategi pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan, langkah untuk menjayakan satu malaysia, pelaksanaan kbsr, akta pendidikan 1996 bab11 seksyen 53, langkah-langkah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, analisis dasar pendidikan, objecktif dasar pendidikan kebangsaan, meningkatkan mutu pendidikan negara, langkah-langkah untuk menjayakan satu malaysia, Langkah-langkah untuk memantapkan sistem pendidikan Malaysia, dasar-dasar kementerian pelajaran malaysia, langkah-langkah kerajaan memantapkan sistem pendidikan, objektif dasar pendidikan kebangsaan di malaysia

Pages: 1 2 3

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 syafiqah January 15, 2011 at 4:30 pm

salam..

saya nak bertanya pendapat encik mengenai isu2 dalam pendidikan sebagai pembina negara bangsa. apakah cabaran dan pendekatan yang perlu di ambil daripada isu2 tersebut. berdasarkan isu yang encik utarakan, adakah ianya disokong oleh pendapat tokoh2 tertentu?

jasa baik encik amatlah dihargai.. terima kasih.. =)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: