“….pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik.” (Akta Pendidikan 1996)”
10. Penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM.
11. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum
Bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan pakaian seragam seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005).
Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita tersebut. Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara keseluruhan.
Rujukan:
- 1. Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
- Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University Press.
- Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala Lumpur.
- Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
- Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
- Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.



{ 1 comment… read it below or add one }
salam..
saya nak bertanya pendapat encik mengenai isu2 dalam pendidikan sebagai pembina negara bangsa. apakah cabaran dan pendekatan yang perlu di ambil daripada isu2 tersebut. berdasarkan isu yang encik utarakan, adakah ianya disokong oleh pendapat tokoh2 tertentu?
jasa baik encik amatlah dihargai.. terima kasih.. =)