Home >> Artikel >> Stress Dapat Dikurangkan dengan Berehat

Salam semua. Sekali lagi Isnin menjelma. Selalunya pada hari Isnin mereka yang mula bekerja pada pagi hari ini akan tidur lebih awal. Tidur awal ni memang penting juga supaya kita dapat rehat yang cukup. Seterusnya dapat memulakan waktu pagi dengan lebih bersemangat tanpa stress. Tapi yang paling bagusnya hari Isnin kalau waktu cuti. Bolehlah berehat panjang. Cuma tak semua orang dapat cuti yang panjang macam pelajar sekolah. Contohnya, macam saya sekarang ni, hanya bercuti semasa cuti awam. Bilangannya boleh dikira dengan jari.

Cuma kelebihannya, saya dapat gunakan kemudahan cuti 25 hari setahun yang memang telah diperuntukkan kepada setiap pekerja. kali ni ambil cuti 3 hari berturut-turut. Isnin hingga Rabu. Tak ke mana-manapun. Sekadar berehat di rumah. Nak hindarkan diri daripada dilanda stress kerja :D

Sebenarnya ni saja nak kongsikan info tentang stress tu. Hanya untuk rujukan peribadi dan mereka yang memerlukan. Agak panjang artikel ni. Jadi kalau ada masa panjang, bolehlah luangkan sedikit masa untuk baca-baca. Bagus juga ni untuk kesihatan minda.

stress

Apa itu Stess?

Berikut adalah beberapa penjelasan (definisi) mengenai stress.

  • Stress ialah persepsi dan penilaian individu terhadap persekitaran. Setiap individu mempunyai pandangan yang unik terhadap persekitaran. Oleh itu, aspek persekitaran tertentu mungkin dianggap signifikan dan menyebabkan stress oleh segolongan individu namun tidak memberi kesan terhadap segolongan individu yang lain (Sharpe Robert, 1995).
  • Stress ialah ketidakseimbangan antara intelek, emosi dan fizikal individu yang disebabkan oleh persepsi individu terhadap sesuatu situasi sehingga menghasilkan tindak balas fizikal dan emosi. Tindak balas ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang positif atau negatif bergantung kepada interpretasi individu tersebut (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
  • Stress ialah keadaan atau perasaan yang dialami apabila seseorang berasa tuntutan melebihi kemampuan peribadi dan daya sosial yang mampu digerakkannya.
  • Stress ialah ‘false alarm’. Stress dilihat sebagai pengaktifan palsu sistem amaran bahaya dalam otak yang dimiliki oleh setiap individu. Fungsi biologi sistem ini adalah untuk membantu individu berhadapan dengan bahaya yang sebenar. Apabila tanda bahaya ini diaktifkan, tindak balas fisiologi yang dikenali sebagai ‘fight or flight’ berlaku. Tindak balas ini membantu individu untuk sama ada melawan atau melarikan diri daripada bahaya tersebut (Sarmiento Robert F. , 2003).
  • Stress ialah ‘the wear and tear’ yang dialami oleh tubuh semasa individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Stress mempunyai kesan fizikal dan emosi terhadap individu serta membentuk perasaan positif dan negatif (Dr. Hans Selye).
  • Stress ialah suatu tindak balas bukan spesifik tubuh terhadap rangsangan yang diterima. Rangsangan tersebut boleh jadi ancaman, cabaran atau sebarang perubahan yang memerlukan tubuh membuat penyesuaian. Tindak balas ini automatik. Stress yang positif dikenali sebagai ‘eustress’ sementara stress yang negatif dikenali sebagai ‘distress’. (Dr. Hans Selye dalam Phillip W. Long, 1995).

Apakah Tanda-tanda dan Punca Stress?

Tanda-tanda stress
Tanda-tanda stress secara umumnya dapat dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:

1. Fizikal
Letih, sakit kepala, sukar tidur (insomnia), ketegangan otot (terutamanya di bahagian leher dan bahu), jantung berdebar, sakit dada, kejang perut, rasa loya, gementar, sejuk yang keterlaluan, berpeluh dan sering demam.

2. Mental
Tumpuan dan ingatan berkurangan, fikiran bercelaru, hilang perasaan humor.

3. Emosi
Bimbang, muram, gugup, marah, kecewa, cemas, takut dan tidak sabar.

4. Perlakuan
Perlakuan gelisah (menggigit kuku, menggenggam penumbuk, mengeritkan gigi, menyentuh rambut), merokok, makan dalam kuantiti yang banyak, meminum minuman keras, menangis, menjerit, mengutuk, menyalahkan dan melemparkan barang-barang (Kirsta Alix, 1986)

Punca-punca stress
Terdapat dua punca stress, iaitu punca dalaman dan punca luaran.

1. Punca dalaman:

  • Persekitaran fizikal – Kebisingan, kecerahan lampu, kepanasan dan ruang yang sempit.
  • Sosial (interaksi dengan masyarakat) – Kebiadaban dan tabiat suka berkelahi dengan orang lain.
  • Organisasi – Peraturan dan tarikh akhir.
  • Peristiwa penting dalam hidup – Kematian dalam kalangan keluarga, kehilangan pekerjaan dan kenaikan pangkat.
  • Gangguan harian – salah letak kunci dan kerosakan kereta.

2. Punca luaran:

  • Gaya hidup – Kafein, tidak cukup tidur, jadual yang terlalu padat.
  • Bersikap negatif – pesimistik.
  • Pemikiran – Jangkaan yang tidak realistik, membesar-besarkan sesuatu hal, pemikiran yang tidak dapat diubah-ubah.
  • Personaliti – Mementingkan kesempurnaan, ingin menyenangkan orang lain dan suka bekerja keras (Philip W. Long, 1995).

Bagaimana Strategi Terbaik Untuk Menangani Stress?

Terdapat dua strategi untuk menangani stress, iaitu mengubah gaya hidup dan mengubah cara berfikir.

Mengubah gaya hidup
1.  Kurangkan atau hentikan pengambilan kafein.
Ramai individu tidak menyedari bahawa kafein yang terkandung dalam kopi, teh, coklat dan kola ialah dadah. Kafein ialah perangsang yang kuat dan sebenarnya menghasilkan tindak balas dalam tubuh. Kesan tanpa pengambilan kafein terhadap tubuh dapat diperhatikan selepas tiga minggu. Individu berasa lebih tenang, tidur dengan lena, lebih bertenaga, dan kurang kesakitan otot. Walau bagaimanapun, pengurangan pengambilan kafein hendaklah dilakukan secara berperingkat. Kurangkan segelas minuman berkafein sehari demi sehari sehingga pengambilan kafein ini dapat dihentikan selepas tiga minggu.

2. Senaman rutin
Tindak balas terhadap stress sebahagian besarnya berasal dari dalam diri kita sendiri bukannya dari rangsangan luar. Bersenam merupakan cara yang paling praktikal untuk meregangkan otot dan membuang tenaga yang berlebihan. Senaman rutin yang kerap diamalkan dapat mengelakkan stress dan situasi yang berlaku sentiasa terkawal. Sekurang-kurangnya lakukanlah senaman rutin tiga kali seminggu dengan kadar minimum 30 minit setiap hari.

3. Meditasi
Tahap rehat yang tinggi dapat dicapai sewaktu meditasi dilakukan kerana secara fisiologinya anggota tubuh sedang berehat dan bukan tidur. Meditasi boleh dilakukan sekali sehari dalam masa 20 minit. Teknik ini boleh dipelajari daripada kursus yang ditawarkan oleh pihak tertentu.

4. Tidur
Tidur boleh mengurangkan stress. Apabila individu yang mengalami stress tidur lebih lama, individu berkenaan akan lebih segar dan bersemangat untuk menghadapi pelbagai tugasan. Keperluan masa tidur adalah antara 5 hingga 10 jam satu malam, tetapi secara purata masa tidur yang diperlukan adalah antara 7 hingga 8 jam. Tidur yang mencukupi membolehkan individu berasa segar, bertenaga sepanjang hari dan bangun tanpa dikejutkan oleh deringan jam. Walau bagaimanapun, tidur terlalu lama boleh menyebabkan gangguan pada ritma tubuh pada keesokan harinya. Tidur pada siang hari amat berguna sekiranya dilakukan sesuai dengan tempoh masa. Tempoh tidur hanyalah antara 5 hingga 20 minit sahaja. Tidur yang melebihi 30 minit boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada individu berkenaan.

Mengubah cara berfikir
1. Jangkaan realistik
Individu mudah naik marah apabila hasil yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. Hidup akan lebih mudah diurus apabila individu mengamalkan jangkaan realistik. Setelah individu mempunyai gambaran tentang sesuatu, apa-apa pun hasilnya nanti tidak akan menyebabkan individu tadi mengalami stress yang melampau.

2. Unsur humor
Unsur humor perlu ada pada setiap individu. Walau bagaimanapun, tahap humor pada setiap individu adalah berbeza. Mungkin ada individu yang terhibur dengan rancangan National Geographic dan ada juga yang menganggap rancangan tersebut membosankan. Oleh itu, individu hendaklah sensitif ketika cuba berlawak atau menghiburkan hati individu lain.

3. Sistem kepercayaan
Sistem kepercayaan menyebabkan stress dari dua aspek, iaitu tingkah laku hasil daripada kepercayaan dan tatkala berlaku konflik dengan orang lain. Pendirian individu sering kali inginkan sesuatu yang sempurna tetapi tidak semestinya dapat dicapai. Oleh itu, sekiranya individu tidak fleksibel maka akan menimbulkan stress. Justeru, mengubah pendirian terhadap sesuatu yang positif boleh membantu mengurangkan stress.

Kita perlu sedar yang stress memang sukar untuk dielakkan. Stress yang berlaku sekarang akan berterusan tanpa mengira jantina, umur, kelas sosial, profesion dan zaman. Stress tidak semestinya membahayakan malah boleh menjadi aset selagi stress tersebut dapat dikawal. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan stress menyebabkan impak yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan, adalah penting untuk individu menangani stress dengan sewajarnya.

Kata kunci artikel:

artikel mengenai stress, tanda stress, mencegah stress bantuan doktor, info mengenai stress, bagaimana menangani stress secara positif, bantuan doktor untuk mengurangkan stress, teknik berehat yang betul, teknik berehat, tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada stress ], artikel mngenai stress, rencana mnengenai stress, punca ketegangan bahu dan leher, artikel pasal mengatasi stress, kesan stress dan tindak balas otot, hans selye dalam phillip w long (1995), definisi mengenai stress, definisi berehat, dadah kafein, cara untuk mengurangkan stress di kalangan pendidik, tentang stress

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 23 comments… read them below or add one }

1 etomyam August 9, 2010 at 9:48 am

menarik jugak ni, maksudnya kita boleh kawal stress dan tentukan cara untuk kurangkan stress dari kuasai diri kita :D
etomyam recently posted..Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53My Profile

Reply

2 kulanz August 10, 2010 at 12:22 am

lebih kurang macam tu lah bro.. :D

Reply

3 Amir August 9, 2010 at 11:37 am

kalau stress, saya dengar lagu atau tidur. :-)
Amir recently posted..Drama Lagenda Budak Setan di Astro PrimaMy Profile

Reply

4 kulanz August 10, 2010 at 12:22 am

itupun satu cara yang baik untuk menangani stres bro..

Reply

5 tehr August 9, 2010 at 1:52 pm

saya lebih suka tidur bila stress
tehr recently posted..Berbuka – Ingat Lima PerkaraMy Profile

Reply

6 kulanz August 10, 2010 at 12:23 am

tidur memang pilihan yang baik.. akupun macam tu juga :D

Reply

7 Dila.13 August 9, 2010 at 4:24 pm

Saya ada terbaca di internet yang lebih 90% penyakit yang boleh kita hidapi berpunca daripada stress. Amalkan tips di atas dah boleh bantu kita kurangkan penyakit :)

Reply

8 kulanz August 10, 2010 at 12:27 am

jika diamalkan dengan betul memang berkesan..

Reply

9 Thoha August 9, 2010 at 7:22 pm

sebagai seorang yang masih belajar saya juga sangat stress dalam pelajaran saya..
Thoha recently posted..Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan MalaysiaMy Profile

Reply

10 kulanz August 10, 2010 at 12:35 am

stress adalah normal kepada semua orang.. tapi xpa, yang penting masih boleh kawal

Reply

11 zik August 9, 2010 at 10:18 pm

stess… tidor..
zik recently posted..Daun Stevia kawal gula dalam darahMy Profile

Reply

12 kulanz August 10, 2010 at 1:01 am

haha, paling mudah macam tu.. harap2 lepas tidur stress hilang

Reply

13 RedBoy August 9, 2010 at 10:34 pm

wahhh.. penjelasan yg tepat dan padat.. tahniah bro.. saya suka baca.. saya kalau stress saya lebih suka dgr lagu.. hehe
RedBoy recently posted..7 Perkara Jangan Lakukan Selepas MakanMy Profile

Reply

14 kulanz August 10, 2010 at 1:11 am

sekadar berkongsi info ni.. itupun bukan saya yang tulis semua.. rujuk daripada bahan2 sedia ada..

Reply

15 mancai August 10, 2010 at 5:03 am

masa ni, segala permintaan daripada luar memang tak akan dilayan… huhuhu..

Reply

16 ishak August 10, 2010 at 11:45 am

wah lengkap ni thanks bro..sebenarnya memang kalau kita kuasai diri dapat mencegah stress ni
ishak recently posted..Ujian air kencing ameng spring positif dadahMy Profile

Reply

17 Mus August 10, 2010 at 6:50 pm

terima kasih bro.. info yang bagus sekali..
aku pun tengah stress jugak sekarang..
paling tak pun.. aku dah dapat info yang mamapu menghilangkan stress aku ni..
tq sekali lagi..
Mus recently posted..Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H-2010MMy Profile

Reply

18 bujang3 August 11, 2010 at 12:44 am

satu lagi ubat stress… cari member yang kelakar, suruh dia buat lawak… ketawa pun boleh hilangkan stress.. perhatikan budak-budak.. asyik ketawa ajer… mana ada istilah stress dalam hidup depa !!! tapi ..pastikan member tu boleh buat kita ketawa…kalau tak… lagi bertambah stress la jawabnyer !!! hahahahaa!!!
bujang3 recently posted..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!My Profile

Reply

19 Syafrizal August 11, 2010 at 12:56 am

stress juga dapat dikurangkan dengan roselle dan madu… vitamin C akan hilang kalau kita stress…
Syafrizal recently posted..Uji tahap air kencing andaMy Profile

Reply

20 Samdaddycool August 11, 2010 at 2:58 am

dahsyat ekk.. sampai hilang vitamin C kalau asyik stress.
Samdaddycool recently posted..Selamat Berpuasa dan terima kasihMy Profile

Reply

21 suri August 11, 2010 at 3:31 pm

suka bsndrian heee.. blh buatkan kita rasa tenang.. :)

stress sb fail kt pjbat bos tak beli.. suri gak yang jadi mangsa nak cari fail satu..satu tempat..bersepah2..dah kemas di serakkan lagi nombor tu…aduhhhh

Reply

22 jawatan kosong August 11, 2010 at 11:08 pm

benar2x menarik.. pembahasan mengenai stress yang lengkap. Betul la tu, stress dapat dikurangkan dengan berehat.
jawatan kosong recently posted..Fuji Electric Vacancy Engineers Kulim Kedah JobsMy Profile

Reply

23 aminurrahman sapri April 7, 2011 at 2:57 pm

askum…..tumpang tanya di mana saya boleh dapatkan artikel artikel mengenai stress di tempat kerja,peratusan stress di malaysia?

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: