Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.
Punca profesional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.
2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.
Punca peribadi
1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah – Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
1. Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
2. Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
3. Kehidupan fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.
4. Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.



{ 37 comments… read them below or add one }
Salam…
Byk juga rupanya stress guru ni kan.
http://azilas.blogspot.com/2010/08/inikah-takdir-hidupku.html
iza recently posted..Pantun Hari Hari
memang banyak.. kesian cikgu-cikgu
baru tahu kalau ada stress dikalangan guru..
jawatan kosong recently posted..Fuji Electric Vacancy Engineers Kulim Kedah Jobs
artikel yang cukup berinformasi untuk kawal dan urus stress, boleh rujuk next time ni

etomyam recently posted..Hari Kitar Semula
saja kongsi ni bro.. anytime boleh jadi rujukan
boleh boleh jadi rujukan yg baik
apa yg saya nampak, ramai cikgu stress sebab terlampau banyak aktiviti kat sekolah. sampaikan suami/isteri, anak2 terabai kat rumah…
Amir recently posted..Drama Lagenda Budak Setan di Astro Prima
pagi kelas biasa, petang kelas tambahan, malam ada lagi kelas tambahan, hari minggu masih juga ada juga kelas tambahan, hari cuti umum [perayaan] pun terlepas pandang ada juga kelas tambahan
walau pun bukan sepanjang tahun, [bukan pula semua terlibat] tapi ia menambah kadar stress yang sedia ada
tehr recently posted..Berbuka – Ingat Lima Perkara
stuju sangat dgn bro.. guru lah org bnyk stress berbanding pelajar terbabit.. hiksss…
RedBoy recently posted..7 Perkara Jangan Lakukan Selepas Makan
memang banyak stress guru terutama kalau pihak pentadbir dah tak pedulikan keperluan guru-gurunya..
apa nak jadi nanti murid-murid tuuuuuuuuuu bro….
menjadi seorang guru ni memang stress terutama sebab nak melayan kerenah pelajar yang bermacam2 ragam ni..
Thoha recently posted..Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan Malaysia
bukan senang nak hadapi murid yang pelbagai karenah tu.. apa lagi kalau bilangan ramai dalam satu kelas..
lebih-lebih lagi kalau ada anak murid yang smaseng dan selalu memperlekeh serta mencabar kredibiliti seorang guru..
Samdaddycool recently posted..Selamat Berpuasa dan terima kasih
cuba/try/test jgn jadi guru bro & sis
Tanggungjawab seorg guru bukannya mudah bukan?
ProfHariz recently posted..Puasa Adat
memang tidak mudah.. banyak tuntutan yang perlu dipenuhi
tugas guru bukan main2… so diaorang pun kadang2 stress… tapi student tak boleh dijadikan bahan untuk meluahkan stress.. insyallah guru adalah profesional..
zik recently posted..Daun Stevia kawal gula dalam darah
betul bro.. guru kena menangani stress dengan cara yang betul.. bukan nak lepaskan pada student
memang guru-lah orang yang sering stress memikirkan kerja, kelas tambahan, ko kurikulum, mesyuarat dan sebagainya.. memang mencabar tugas sebagai guru ni..
RedBoy recently posted..7 Perkara Jangan Lakukan Selepas Makan
guru biasanya melaksanakan kerja yang sepatutnya dibuat oleh 10 orang atau lebih dalam sehari… tak kira kerja profesional, perkeranian hinggalah ke pada tukang kebun.. kalau tak cukup rehat, boleh jadi stress..
pd sy stress seorg guru x kan ade ubatnya.. sbb tekanan dtg setiap masa dan dr perbagai sudut.. kerja pengkeranian, tekanan dasar bersilih ganti pihak kementerian, ibu bapa yg tak tahu berterima kasih dan murid/pelajar yg tak tahu bersyukur dan menghargai..
kpd guru².. berserahlah kpd Allah mohon semoga dipermudahkan segala urusan..
yang paling penting anak2 murid perlu diutamakan jangan sesekali abaikan mereka
ray ban recently posted..Size guide
info ni bukan untuk guru sekolah je rasanya malah para pensyarah dan org macam aku ni yang selalu tak cukup ruang nak berfikir… terima ksih banyak2
memang sebetul nya..cikgu mengalami masaalah stess ni..,ada cara nya mungkin mengadakan aktiviti dengan pelajar..atau apa sahaja untuk hilangkan stress
ishak recently posted..Ujian air kencing ameng spring positif dadah
bahaya stress nie… tak ditangani betul2, boleh jadi gila niee !!!
bujang3 recently posted..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
heeee..thu tak per bro bujang
ermmm!!! kalau guru dah stress.. apa jadi ngan anak murid yer??
bujang3 recently posted..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
bab gaji heee rasanya gji guru blh tahan lagi nak2 yg bkje di sektor kerajaan.berbanding dgn gaji kerani biasa bkjer di syarikat swasta. klu syrikt cina dema kasi tinngi pada org2 dia,klu org mlyu dia bgi gaji paling rendah/ cukup2 mkan. tak kisah le byk mana pglaman ke tapi tu le kenyataannya dia..
sdhkan bro kulanz..
Setuju bro..Isteri seorang guru.mana tak stress…kerja tidak habis disekolah saja…balik rumah still kena buat kerja semak markah etc,weekend selalu ada kursus dan sebagainya..bukan mudah jadi seorang guru ni
eyriqazz recently posted..Pertama kali Trafik dapat 17K Seminggu
gaji guru sekarang dah ok kot berbanding guru..O
adamfaiz recently posted..Jodoh Di Batang Pokok
anak murid pandai drpd cikgu pun boleh buat cikgu-cikgi stress. skrg anak2 murid mmg ramai yg pintar ^___^
nazra recently posted..Raya 2010 – Apa Yang Naz Rindukan
masa kini bukan saja guru yg stress, persekitaran sediada yg membuat manusia stress, selepas 5 tahun peringkat awal pekerjaan guru selesa tetapi selepas itu ia akan membosankan. guru mesti membuat murid8 sebagai kawan/teman/sahabat yg boleh bercerita berbincang secara terbuka baru dpt menghilangkan stress, itu teori logik akal, cuba & cuba haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
berkemungkinan & kebarangkalian sbb utama menjadi guru bukan krn minat & tanggungjawab tetapi krn tiada pilihan & terpaksa atau pilihan terakhir heeeeeeeeeeeeeee renung-renungkan lahhhhhhhhhhhhhhhhhh bersama. apa-apa pekerjaan pun punya stress tersendiri, duduk-duduk rumah x kerja pun stress, byk kerja pun stress, kita kena cari kerja jgn buat kerja yg terpaksa buat tetapi kerana minat & suka kpd nya, pasti tiada stresssssssssssssssssssssssssssssssss
2 sbb nya anak-anak murid sekarang kurang(di)ajar sbb guru-guru yg byk stress. apa nak jadi??? generasi rakyat malaysia akan jadi yg byk stress. semua pihak dipertanggungjawabkan.
kerajaan patut ambik pkerja buat kerja sampingan di sekolah..tugas cikgu hanya mengajar..bukan buat benda yng kerja kerani buat,,pelik betul..patut ramai tk nk jadi cikgu,,,
nice article.
niveamenworld recently posted..NiveaMenWorld: @be_monstress hampers itu bingkisan, bro.