Salam Ramadhan. Hari ni merupakan hari pertama Umat Islam berpuasa. Saya yang kebetulan masih lagi cuti rehat untuk menghindari menghilangkan stress (kepenatan sebenarnya setelah melakukan perjalanan jauh minggu lepas) hanya duduk di rumah dan melakukan beberapa perkara yang harus dilakukan. Kebetulan juga ada peluang berehat dan online, sempatlah membaca berita-berita serta isu semasa dalam dan negara.
Saya tertarik dengan satu berita berkenaan Sultan Johor Murka dan membaca baris demi baris ayat. Saya juga sempat merujuk daripada beberapa sumber lain. Walaupun ianya sudahpun berlaku 2-3 hari lepas, tetapi sengaja dituliskan di sini untuk meluahkan pandangan peribadi manusia kecil ini.
Bagi saya perbuatan meletakkan gambar Sultan pada kain rentang untuk satu acara ceramah politik tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat negeri Johor atau keseluruhan rakyat negara ini, apatah lagi ia dilakukan tanpa kebenaran. Perbuatan eksploitasi secara berrlebihan! Apa yang saya tahu kedudukan sultan adalah di atas semua parti politik, malah kerajaan sekalipun. Maka adalah tidak wajar baginda dipolitikkan atau digunakan untuk kepentingan politik.
Saya tidak tahu bagaimana cara sebahagian orang-orang politik/parti politik menghormati raja/sultan. Tapi apa yang saya tahu, menghormati Raja-raja Melayu, Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong adalah nilai-nilai tradisi yang sudah diamalkan sejak dahulu. Tradisi pemerintahan beraja sudahpun menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Malah kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini telahpun dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Malaysia, antaranya termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Kenapa sikap menghormati Raja-raja Melayu perlu diamalkan oleh semua rakyat negara ini? Sebabnya pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Raja juga mempunyai kedudukan yang tinggi untuk menjaga kepentingan masyarakat kita sendiri.
Sayangnya masyarakat hari ini seolah-olah sudah melupakan tradisi tersebut. Lebih malang lagi apabila ia dilakukan oleh segelintir individu yang terlibat secara aktif dalam politik negara. Tindakan mengeksploitasi gambar Sultan Johor dalam kain rentang untuk tujuan ceramah politik adalah tindakan yang tidak wajar. Menampakkan betapa terdesaknya sebilangan daripada mereka. Inikah pemimpin politik yang kita cari? Itu belum termasuk penipuan individu mengeluarkan Sijil pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) yang menambahkan lagi kemurkaan Sultan.
Mereka itu seolah-olah seperti kecanduan politik. Mereka hanya mahu jadi “Yang Berhormat“. Malangnya, setelah mendapat gelaran itu, mereka akan hilang rasa hormat kepada orang lain! Jauh tersasar daripada perjuangan sebenar parti politik melainkan hanya memperjuangkan kepentingan peribadi. Perhatikanlah sekeliling kita. Ramai di kalangan “Yang Berhormat” seperti itu. Tapi ingin saya tegaskan, bukan semua, hanya sebahagian sahaja. Pandangan ini juga tidak disasarkan kepada satu parti politik, tetapi secara umum. Pendirian saya bebas terhadap semua parti kerana saya bukan ahli mana-mana parti politik walaupun saya sudah pernah mengundi!
Akhir sekali. Saya bukanlah seorang patriotik, saya cuma warganegara biasa. Tapi saya sedaya upaya memelihara kehormatan diri sendiri, keluarga, pemimpin dan masyarakat lain di dunia ni. Kepada mereka yang hanya bergelar “Yang Berhormat“, saya tetap menghormati mereka sebagai manusia, tapi untuk menghormati mereka disebabkan gelaran itu, buat masa ini masih dalam pertimbangan.


{ 10 comments… read them below or add one }
daulat tuanku =)
ray ban recently posted..Size guide
ramai yg cuba guna taktik yang tak sepatutnya untuk raih pengaruh
etomyam recently posted..Pesan Anak Di Malam Ramadan
itulah dia tektik “yang berhormat”
hmm susah tu kalo sudah tak ada rasa hormat.
jawatan kosong recently posted..Fuji Electric Vacancy Engineers Kulim Kedah Jobs
Sendiri yang akan dapat susah..
betul tu bro
hormatkan orang lain untuk mendapat hormat dari orang lain
tehr recently posted..Hati Yang Sakit
Daulat Tuanku !!! padam muka depa yang suka main nama sultan
Mentol Bulat recently posted..Firasatku Berakhir…
Patut-patut dan berpada-pada…..
Samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
Kat Sabah tiada Sultan. Tapi di sini, time pilihanraya jer ada kes-kes politik atau ceramah ni. Di sana macam hari2 plak pilihanraya…. Hehehehehe
zezebel recently posted..Ikan Masin or Salted Fish
sifat dan sikap manusia memang payah nak di agak…