Fenomena Supermoon – Bulan Hampir Dengan Bumi

Pertama kali mengetahui istilah Supermoon ini ialah pada Mac 2011. Oleh kerana berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut, saya membuat beberapa rujukan dan turut menulis tentangnya di blog ini. Jadi kali ini saya tidak akan menulis semula dengan panjang lebar yang dimaksudkan dengan Supermoon ini. Kalau hendak mengetahui lebih lanjut juga, bolehlah baca Fenomena Supermoon (Syzygy) 19 Mac 2011. Fenomena Supermoon

Cuma secara ringkas saya kongsikan di sini, Supermoon ialah suatu keadaan di mana kedudukan bulan paling hampir dengan bumi. Ia sebenarnya suatu fenomena alam yang biasa cuma jarang-jarang berlaku. Walaupun adakalanya Supermoon boleh berlaku 3-4 kali setahun, tetapi daripada banyak-banyak ‘super’, ini adalah bapak semua ‘super’ (The Most Super). Pada tahun 2013 ini yang bakal berlaku pada Ahad ini (23 Jun). Dijangka pada masa ini kedudukan bulan dari bumi adalah kira-kira 357,000 km berbanding pada hari-hari lain sekitar 384,403 km.

Supermoon 2013

Bagi peminat-peminat fotografi pula, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar Supermoon ini kerana saiz pula pada masa ini 2.3% lebih besar daripada Bulan Mei. Kalau ada super-telephoto zoom lens 400-500mm pasti akan dapat imej yang lebih baik.

Gambar di bawah saya ambil pada petang tadi (22 Jun 2013). Ambil ala kadar saja dengan menggunakan lensa 300mm tanpa menggunakan tripod. Boleh nampak gambar sedikit kabur disebabkan getaran pada tangan dan juga jerebu yang menyelubungi langit Malaysia ketika ini. Perbezaan warna adalah disebabkan setting ‘white balance’.

Supermoon

Harap esok ada rezeki untuk menggambar Supermoon ni!

Please like & share:

Comments

    • Kulanzsalleh says

      Hampir kesemua tempat di Malaysia menghadapi keadaan serupa.. tempat kami malam tu pun awal2 dah mendung..

  1. says

    Subhanallah…tiada sesiapa yang dapat mencapainya walaupun bulan tu dah hampir ngan bumi…semuanya untuk memperlihatkan kepada manusia tentang kebesaran Allah.

  2. says

    Inilah dikatakan bulan menghampiri bumi walaupun parasnya masih jauh dari jarak bumi tetapi bayangkan jika bulan ni betul2 berhampiran bumi, apa akan terjadi ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>