Surat Daripada Google

Pagi tadi saya menerima surat daripada Google. Ingatkan surat nak bagi duit atau surat berkenaan Adsense, rupa-rupanya pihak Google menawarkan saya untuk menggunakan semula Google Adwords, sebab sebelum ini saya memang pernah guna Adwords untuk salah satu blog saya (bukan blog ini).

Berdasarkan kandungan dalam surat, saya boleh dapat kos pengiklanan sebanyak RM150 secara percuma apabila membelanjakan minimum RM50 untuk Google Adwords. Promosi tamat 15 Mac 2013.

Google Adwords

Terfikir juga untuk menggunakan semula Google Adwords tu sebab pengiklanan melalui Google Adwords memang sangat berkesan. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan perkhidmatan tersebut sebelum ini (yang juga diperoleh melalui promosi tanpa sebarang bayaran), nampak perbezaan ketara pada bilangan pelawat. Kalau sebelumnya bilangan pelawat cuma 50-60 orang sehari, selepas menggunakan Adwords, pelawat meningkat kepada 150-200 orang sehari. Kira berbaloi juga bagi blog yang baru 2 minggu online.

Pada rakan lain, ada tak sesiapa pernah menggunakan Adwords ni? Boleh kongsi pengalaman?

p/s: Sedang menunggu surat dari Google berkenaan Adsense.

Please like & share:

Comments

  1. says

    Saya pernah menggunakan Google Adwords sekali sahaja untuk mempromosikan 3 produk affiliate… Masa tu saya bayar dekat Google sebanyak RM40 dengan RM0.20 untuk setiap klik yang saya terima..

    Hasilnya memang berbaloi… Saya berjaya mendapat 3 jualan… Dengan jumlah komisyen yang berjaya saya perolehi sekitar RM65.00.. Kiranya dapat untuk RM25… Lepas tu saya tak pernah pun cuba lagi… ;)

    • Kulanzsalleh says

      memang berkesan adwords ni..
      aku hari tu dah dapat USD90.00++ untuk satu program affiliate.. lagi beberapa USD akan capai USD100.00.. jadi boleh tuntut bayar.. tapi tiba2 akaun aku kena banned.. jadi xda keuntungan.. nasib baik adwords pun free

  2. says

    Kalau blog yang ada sale tu rasanya lebih berbaloi guna adwords sebab kita boleh nampak hasilnya dari segi $$$. Kalau blog yang lain kena guna dalam jangkamasa yang panjang kot baru nampak hasilnya.

  3. says

    Dulu pernah dapat invitation ni, tak nah guna lagi. Email pun pernah dapat suruh cuba Adwords …dua tiga kali gak, dan seperti biasa .. bebal tak guna. Jadi nak sembang lebih pun tak tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>